Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Cerita kejayaan

15 Disember 2017

Imbasan sepanjang Tahun Meraikan Kejayaan Perniagaan dalam Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Dari jenama utama hinggalah kedai ibu bapa, perniagaan dari seluruh dunia bertumpu di Instagram dan menyatukan semua orang dengan cara baru dan mesra. Menerusi komuniti kami yang gigih dan giat, perniagaan mampu menzahirkan pengalaman unik pada produk dan perkhidmatan mereka dengan iklan Instagram yang sukar ditemui di medium yang lain. Sama ada melalui cerita, langsung atau suapan, semakin hari semakin banyak kejayaan tercipta dan membuahkan hasil dalam Instagram — terutamanya pada tahun 2017.

Dalam persediaan menghadapi tahun baru dan segala perkara mengujakan yang bakal mendatang, kami ingin mengambil kesempatan meraikan komuniti kami meliputi 25 juta perniagaan dan semua kejayaan yang telah dikecapi. Tidak kira makanan, fesyen dan banyak lagi, perniagaan merentasi pelbagai bidang dan minat terus menyerlah dan mencetus aksi seantero dunia.

Berikut merupakan kegemaran ramai tahun ini.

AUTOMOTIF

Maserati

Dengan hasrat memanfaatkan kerancakan suasana pelancaran Levantes SUV terbaru di AS, pembuat kereta mewah Maserati (@maserati) menggunakan kempen video dua-fasa di Instagram dan Facebook untuk meraih satu pertiga daripada prospek—berhasil menjual 127 unit (daripada prospek tersebut).

Renault

Demi merancakkan pelancaran kereta edisi terhad baharunya, Twingo Twilight, pembuat kereta Renault (@renault_france) mengunakan Cerita Instagram untuk mencipta kempen video menarik yang menyasarkan penonton muda alaf baru—berhasil meningkatkan persepsi jenama dan pengingatan kembali iklan, terutamanya di kalangan wanita berumur 18-24 tahun.

KECANTIKAN

Tulio Cotta

Sebagai langkah mencari pengguna sasaran yang tepat untuk kursus mikropigmentasi bulu kening di bandar São Paulo, Brazil, pakar kecantikan Tulio Cotta (@tuliocottaoficial) menggunakan Instagram untuk menghasilkan kempeniklan prospek yang berkesan—melebihi sasaran awal 20% pendaftaran dengan 77% jumlah pendaftaran kursus melalui Instagram.

SK-II

Mleihat kepada peluang yang besar dalam memacu kesedaran jenama produk kecantikan terbarunya iaitu Genoptics, pusat penjagaan kulit SK-II (@skii) menggunakan iklan dalam Cerita Instagram1 untuk mencipta kempen video yang bergaya dan mewah setanding jenamanya. Dengan menyasarkan wanita dalam lingkungan 18–54 di Jepun, kempen ini berjaya meraih kenaikan pengingatan kembali iklan sebanyak 13-mata2 tontonan video lengkap juga meningkat 62%.3

FESYEN

Louis Vuitton

Untuk menjana kesedaran dan kerancakan di sekitar koleksi lelaki Musim Bunga/Panas 2017, gedung fesyen Perancis Louis Vuitton (@louisvuitton) telah menggunakan format skrin menegak bagi menampilkan cerita Instagram yang mengasyikkan untuk menghasilkan video istimewa kempen jenama baharu—peningkatan sebanyak 28 mata berjaya dikumpul dalam pengingatan semula iklan, begitu juga peningkatan yang memuaskan dalam kegemaran jenama.

ASOS

Untuk kempen pengiklanan kreatif pertamanya pada Instagram Stories, peruncit fesyen dalam talian ASOS (@asos) ingin meningkatkan kesedaran jenama dan penglibatan di AS (dan UK) dalam kalangan pengguna digital remaja. Dengan menggabungkan nilai penghasilan dan peragaan fesyen yang tinggi menggunakan video mudah alih, jenama tersebut mampu mencipta kempen tempahan yang menjana peningkatan sebanyak 7 mata dalam kesedaran jenama di AS (dan peningkatan 14 mata dalam pengingatan semula iklan di UK).

MAKANAN

Heinz

Bagi menggalakkan pengenalan dan menunjukkan jenama kepada orang ramai, São Paulo mempersembahkan rahsia produk sos tomato, mustard dan mayonis mereka mampu menghasilkan pelbagai jenis resepi, Heinz Brazil (@br_heinz) menggunakan Cerita Instagram untuk menghasilkan video yang mampu membuat oran ramai kecur melihatnya. Bekerjasama dengan Kedai Kreatif Facebook dan agensi Afrika, jenama terkemuka yang menyiarkan kempen iklan dalam Cerita Instagram yang sememangnya dihidangkan ketika 4—menjana peningkatan 11 mata dalam pengingatan semula iklan dan menggembirakan ratusan pelanggan yang mencari makan tengahari.

Lay's

Menggabungkan Cerita Instagram dengan siri animasi terperinci untuk menyokong pelancaran snek lazatnya yang baharu (Lay's STAX) di Rusia, jenama snek global Lay's (@lays_russia) menghasilkan kempen video menarik yang menawarkan hiburan mengasyikkan dengan penampilan istimewa Lay's—memacu peningkatan 33 mata dalam pengingatan semula iklan dan 6 mata tambahan dalam kesedaran produk.

SUKAN

Kayla Itsines

Jenama kecergasan Australia, Kayla Itsines (@kayla_itsines) berniat untuk memacu kesedaran untuk aplikasi kecergasannya yang baharu, "Sweat" tetapi memerlukan sedikit ruang bagi membantunya menjangkau khalayak sasaran wanita yang berumur 18-42 di AS. Untuk melaksanakannya, jenama tersebut mencipta kempen video bercorong penuh yang berjalan merentasi Facebook dan Instagram dengan mesej ringkas "Bersenam, pada bila-bila masa, di mana jua." Menjangkau khalayak luas yang merangkumi 6.4 juta orang, kempen tersebut mencapai kenaikan yang mengagumkan sebanyak 21 mata dalam kesedaran jenama dengan 6X kenaikan dalam jangkauan jenama yang lebih tinggi.5

Adidas

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi yang asli? Mencetuskan fenomena merata dunia dengan tarikan muzik, seni, meluncur dan bersukan, jenama gaya terkenal adidas Original (@adidasrussia) menghasilkan kempen video yang mengagumkan di Instagram hanya untuk mengajukan soalan tersebut kepada remaja di Rusia. Perbualan berkenaan Asli terhadap para pengikut telah menjana pengingatan semula iklan daripada 20 mata—kepada 27 mata dalam kalangan khalayak sasaran yang berusia 18-24 tahun.

MELANCONG

Qantas

Dengan penerimaan format iklan dalam cerita Instagram terbaharu, syarikat penerbangan terkemuka Qantas (@qantas) melancarkan kempen jenama sulung mereka untuk platform kandungan berjenama AWOL.6 Untuk menarik minat perhatian pengguna mudah alih masa kini, syarikat penerbangan tersebut menghasilkan kempen video dalam format menegak yang membawa penonton merentasi seluruh destinasi untuk menyuntik keinginan para pelancong meneroka pengembaraan baharu. Kerjasama mereka bukan sahaja mendorong kesedaran khalayak muda terhadap jenama, malah menjana peningkatan yang bermakna dalam pengingatan semula iklan dan juga cadangan.

Hopper

Sebagai tulang belakang bagi jenamanya yang menghiburkan, aplikasi mudah alih syarikat penerbangan Hopper (@hopper) memanfaatkan Cerita Instagram untuk menjangkau pelancong muda di Amerika Utara dan memikat mereka untuk menempah penerbangan menerusi aplikasi tersebut. Dengan penampilan ilustrasi daripada pelbagai destinasi serata dunia, kempen iklan dalam cerita telah memperoleh kadar pemasangan aplikasi 67% lebih tinggi manakala 80% lebih tinggi bagi kadar tempahan oleh pengguna baharu.7

MEMBELI-BELAH

Dobra

Dengan misi untuk menjangkau golongan yang menunjukkan minat terhadap produk di laman web, tetapi masih belum pasti untuk pembelian, jenama dompet Brazil, Dobra (@querodobra) menggunakan piksel Facebook untuk menyasarkan semula pelanggan di Instagram menerusi iklan karusel. Menggabungkan visual ringkas produk dengan salinan asal jenama, kempen ini terbukti di luar jangkaan—memberi 30X pulangan dalam pelaburan Instagram dan penurunan 32% kos pemulihan troli beli-belahnya.

SpearmintLOVE

Ekoran kejayaan besar siaran organik di Instagram, gedung kanak-kanak atas talian SpearmintLOVE (@spearmintbaby) ingin membawa jenama lebih jauh ke depan sempena kempen penyasaran semula Thanksgiving. Dalam misi untuk menjangkau pelanggan dengan lebih mudah, terutamanya pengunjung yang masih belum membuat sebarang pembelian, mereka memanfaatkan piksel Facebook dan iklan dinamik di Instagram bagi tujuan tersebut. Hasilnya, SpearmintLOVE mengaut pulangan 33.8X bagi perbelanjaan iklan dan penurunan sebanyak 47% dalam kos setiap pembelian.

Tahun Baru, Cara Baru untuk Meluaskan Perniagaan Anda

Perniagaan pelbagai saiz di merata dunia kini menggunakan Instagram untuk menayangkan penampilan sebenar produk dan perkhidmatan mereka. Tidak kira di Mexico, Indonesia atau mana-mana negara seantero dunia, komuniti kami yang bersemangat sentiasa membantu menghubungkan perniagaan dan pengguna serta perkara yang mereka gemari. Menjelang 2018, kami sungguh teruja untuk melihat seberapa jauh lagi kesinambungan perniagaan mereka berkembang menerusi platform teperinci kami.

Jika anda berminat untuk berkongsi bagaimana perniagaan anda mampu berkembang dengan bantuan Instagram, sila hantar kisah kejayaan anda di sini. Kami sentiasa berusaha untuk menyoroti kejayaan komuniti perniagaan kami sekerap mungkin, jadi mulakan dari hari ini!

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA