Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Cerita kejayaan

26 Julai 2018

#INTHEKNOW dengan Instagram: Edisi Musim Panas

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

SECARA RINGKAS

Ikuti kemas kini produk terkini Instagram, ketahui petua baharu daripada komuniti perniagaan kami dan baca cerita kejayaan mereka. #INTHEKNOW

Selamat datang ke IGTV

Kami melancarkan apl baharu untuk menonton video menegak yang panjang daripada pencipta Instagram kegemaran anda, LaurDIY yang menyiarkan projeknya yang terkini atau King Bach yang berkongsi skit komedi terbarunya. Walaupun terdapat apl IGTV yang berdiri sendiri, anda juga dapat menonton dari dalam apl Instagram, jadi seluruh satu bilion komuniti boleh menggunakannya dari awal lagi.

Lihat video acara untuk mengetahui perihal IGTV, caranya berfungsi dan melihat penampilannya secara lebih dekat.

Memperkenalkan Muzik dalam Cerita

Kini anda boleh menambahkan runut bunyi pada cerita anda yang sesuai dengan sebarang detik dan membantu mengungkapkan perasaan anda. Cerita Instagram kini digunakan oleh 400 juta orang setiap hari, dan kami teruja memberikan cara baharu ini kepada komuniti agar lebih dekat dengan rakan dan pengikut mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang muzik dalam cerita

Memperkenalkan Pelekat Soalan

Pelekat soalan interaktif dalam Cerita Instagram membolehkan rakan anda mengajukan soalan untuk dijawab oleh anda. Ia merupakan cara baharu yang menyeronokkan untuk memulakan perbualan dengan rakan supaya anda lebih mengenali antara satu sama lain.

Ketahui lebih lanjut tentang pelekat soalan

WAWASAN
Ruangan baharu untuk membina kepuasan jenama. Gunakan cerita untuk menghidupkan jenama anda di Instagram.

• Gunakan kanvas menegak untuk menyampaikan cerita kreatif

• Bina kreatif yang berkaitan dan berjenama untuk membina ekuiti dan persepsi jenama

• Pilih detik yang unggul bagi jenama seperti pelancaran dan tayang perdana bagi mendorong tindakan dan kesedaran

• Kongsikan kandungan asli (seperti selayang pandang bagi produk) untuk mendorong kesetiaan jenama

Lihat cara membina jenama anda dengan Cerita Instagram di bawah

Capai prestasi lebih mantap. Ilhamkan tindakan dengan cerita.

• Optimumkan objektif yang tepat

• Tumpukan kandungan kreatif anda kepada ciri dan manfaat produk

• Ukur dan jejaki hasil sebenar perniagaan berdasarkan orang ramai

Ketahui cara mendorong pemasaran prestasi dengan Instagram di bawah

ILHAM

Berjaya dengan Instagram

Jenama fesyen Defshop ingin mencuba satu daripada ciri beli-belah baharu Instagram untuk melihat sama ada ia mampu menjual lebih banyak produk terus dari akaun Instagramnya. Berbanding sebelum menggunakan ciri beli-belah Instagram, DefShop menyaksikan peningkatan 56% pelawat ke laman webnya, menghasilkan 64% kenaikan jualan pada kadar penukaran 13% lebih tinggi.

Jenama pakaian senaman UK, Gymshark yang menggunakan iklan dalam Cerita Instagram untuk mempromosikan keluaran terbarunya, berjaya membuat lebih 2,400 jualan langsung melalui iklannya. Hasil: 9X pulangan bagi perbelanjaan iklan.

Bank Perancis Crédit Agricole yang menggunakan video di Instagram dan Cerita Instagram untuk mempromosikan tawaran perbankan baharu kepada golongan milenium, berjaya meningkatkan kesedaran jenama dan pengingatan kembali iklan. Hasil: Tambahan 20 mata dalam pengingatan kembali iklan.

Syarikat makanan ringan Itali, Pan di Stelle oleh Mulino Bianco menggunakan iklan Instagram untuk menjangkau khalayak sasarannya yang paling sukar semasa pelancaran semula Mooncake—mencetuskan pengingatan kembali iklan dan pengaitan mesej di luar jangkaan. Hasil: Kenaikan 5 mata bagi pengaitan mesej dalam golongan milenium.

Kecemerlangan Global

Dengan memanfaatkan Cerita Instagram, Under Armour Mexico berjaya berhubung dengan khalayak dan mendorong lawatan ke laman webnya, sekaligus meningkatkan jumlah jualan dalam talian. Hasil: 33% - kos setiap jualan lebih rendah di laman web mereka dan 2X ganda jualan semasa kempen.

Apabila Greenpeace Brazil menggunakan iklan dalam Cerita Instagram bagi mengumpul tandatangan petisyen untuk membina tempat perlindungan marin di Antartika, 2,633 orang berjaya direkrut hanya dalam 10 hari—dengan kos 5.7X lebih rendah berbanding sasaran awal.

Pasukan NBA Portland Trail Blazers menyiarkan iklan yang mengujakan dalam suapan dan Cerita Instagram untuk menarik peminat dan meningkatkan jualan tiket, menghasilkan 14X pulangan bagi perbelanjaan iklan, 56X pulangan bagi perbelanjaan iklan kempen suapan Instagram waktu puncak dan 33X pulangan bagi perbelanjaan iklan kempen Cerita Instagram waktu puncak.

Lihat lebih banyak cerita kejayaan perniagaan di Instagram

BEKERJASAMA

Jenama kecantikan L'Oréal sedang melakar kejayaan besar dengan pelancaran produk #ShapeUp baharu mereka. Bagi memupuk kesedaran tentang rangkaian produk baharu mereka, penting bagi iklan mereka untuk menarik perhatian penonton dengan cara yang berani dan bijak.

L'Oréal dan agensi mereka DMI melantik Vidsy, Rakan Kongsi Pemasaran Instagram, untuk mencipta kandungan yang mempamerkan produk baharu dengan kreatif yang menarik serta menyerlahkan manfaat produk. Iklan dalam Cerita Instagram menghasilkan kadar tontonan 32% lebih tinggi berbanding tanda aras.

Jika anda sibuk atau memerlukan bantuan tambahan, cari Rakan Kongsi Instagram untuk membantu anda dengan semua perkara—daripada membeli iklan kepada mencari sumber dan menyampaikan kreatif. Semua Rakan Kongsi terbukti pakar dalam bidang mereka dan diperakui oleh kami.

Dapatkan Rakan Kongsi Pemasaran Instagram yang sesuai dengan keperluan anda

Pautan Pantas

Untuk semua pengumuman terkini, kemas kini dan amalan terbaik dari Instagram, lihat blog perniagaan kami.

Manfaatkan sepenuhnya Instagram dengan peralatan Perniagaan Kecil kami

Ketahui lebih lanjut tentang mengiklankan di Instagram dengan kursus dalam talian percuma ini

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA