Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

17 September 2018

Mengumumkan Beli-belah di Cerita Instagram dan Terokai

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Sejak mengembangkan beli-belah di Instagram ke lebih banyak negara pada bulan Mac, perniagaan di seluruh dunia dapat berhubung dengan pelanggan melalui cara yang segar dan mengujakan di Instagram—memberi mereka lebih banyak peluang untuk mempamerkan produk di samping membenarkan pengguna menerokai jenama yang mereka suka. Pada bulan Jun, kami mengumumkan bahawa kami telah membawa beli-belah ke Cerita Instagram melalui ujian dengan sebilangan kecil perniagaan.

Hari ini, kami memberikan semua perniagaan yang diluluskan dengan akses membeli-belah di Instagram untuk Beli-belah di Cerita dan melancarkan ujian Saluran Beli-belah di Terokai.

Dengan lebih daripada 90 juta akaun memeriahkan tag dalam kiriman beli-belah di Instagram setiap bulan, 1 Instagram menjadi destinasi beli-belah lain dari yang lain dalam masa yang singkat. Ini kerana Instagram membenarkan pembeli untuk menerokai semua produk kegemaran mereka secara visual dan menemui produk baharu yang mengilhamkan mereka.

42% wanita daripada tinjauan Instagram di US menyatakan bahawa mereka gemar membeli-belah dan menjadikannya sebagai hobi.
Data Instagram, Jan 20182

Beli-belah di Cerita

Untuk memberikan cara membeli-belah di Cerita Instagram yang lebih cepat kepada orang, kami membenarkan perniagaan untuk menambah pelekat produk dalam cerita, supaya mereka dapat menyepadukan produk ke dalam kandungan cerita mereka dengan mudah.3 Cerita Instagram telah menyaksikan pertumbuhan pesat penggunaannya dalam kalangan pengguna, dengan lebih daripada 400 juta akaun menggunakan ciri itu setiap hari.4 Orang menyukai cerita kerana format skrin penuhnya yang mengujakan, dan satu pertiga cerita yang paling banyak dilihat adalah dari perniagaan.5 Kini, perniagaan yang diluluskan untuk menggunakan ciri beli-belah dapat bertemu lebih banyak pembeli di mana saja mereka berada dalam cara yang bermakna melalui beli-belah.

Perniagaan yang diluluskan dan disediakan untuk menggunakan beli-belah kini dapat menambah satu pelekat produk pada sebarang cerita6 dengan warna teks yang boleh disuaikan. Apabila pembeli mengetik pelekat produk, mereka akan dibawa ke halaman butiran produk yang sama yang mereka lihat ketika mereka mengetik pada kiriman beli-belah dalam suapan. Di sana, mereka dapat melihat imej produk tambahan, butiran dan item yang serupa, serta pautan ke tapak mudah alih perniagaan untuk membuat pembelian.

Beli-belah di Terokai

Dengan lebih daripada 200 juta akaun Instagram yang melawat Terokai setiap hari, 7 ia merupakan wadah yang berkesan di mana orang ramai boleh menyelami minat mereka. Beli-belah ialah satu daripada minat yang mereka ingin temui apabila mereka datang ke Terokai, dan kami sedang mempelajari cara untuk memperibadikan jenama dan produk untuk memenuhi selera setiap pembeli. Ini mewujudkan pengalaman beli-belah yang lebih berkaitan dan menyeronokkan untuk pengguna, serta membantu jenama memperlihatkan produk mereka kepada pelanggan yang sesuai.

Selain penggunaan pelekat produk dalam cerita yang kian meluas, kami turut menguji saluran topik untuk beli-belah di Terokai.8 Saluran beli-belah adalah berdasarkan minat beli-belah khusus setiap pengguna dan akan memaparkan kiriman beli-belah daripada pelbagai perniagaan yang pengguna mungkin sukai, justeru memberi mereka peluang untuk menemui perniagaan baharu. Saluran beli-belah di Terokai sedang diuji dan akan dilancarkan ke seluruh dunia sepanjang minggu-minggu akan datang.

Berpandangan Jauh

Memandangkan semakin ramai orang melawat Instagram untuk membeli jenama dan produk yang mereka sukai, kami akan terus meneroka cara baharu untuk menambah baik keseluruhan pengalaman beli-belah di Instagram.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang cara baharu untuk membeli-belah di Instagram ini, lawati halaman beli-belah di Instagram kami dan baca cara untuk memulakan akaun perniagaan Instagram.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA