Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi
Apabila Keghairahan Bergabung dengan Fesyen Memiliki Pentas Peragaan di Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Daripada perkara yang menjadi trend di pentas peragajaan kepada perkara yang menjadi trend dalam suapan dan cerita, perhubungan antara fesyen dan Instagram tidak pernah segera, mengasyikkan dan antarabangsa seperti sekarang. Dengan lebih 200J orang yang berada di Instagram yang disambungkanm kepada akaun fesyen di seluruh dunia,1 Instagram telah menjadi destinasi global untuk orang mengalami industri bergaya ini yang tidak dialami di tempat lain.
Untuk melihat sebab 143 juta pengguna yang beralih kepada Instagram untuk menerokai, berkongsi dan berbincang trend musim panas yang terkini pada Minggu Fesyen Musim Bunga/Panas 2018,2 Kami telah bekerjasama dengan kumpulan cerapan dalam syarikat kami Facebook IQ dan Ketua Perkongsian Fesyen, Eva Chen (@evachen212), untuk menerokai cara yang membolehkan pengiklan berhubung dengan para pelanggan semasa di majlis Minggu Fesyen di seluruh dunia dan selainnya.
Sama ada di Eropah3 atau AS, penggemar fesyen menghabiskan lebih banyak masa daripada sebelumnya di Instagram melibatkan diri mereka dengan perniagaan kegemaran, pereka dan produk kegemaran mereka—mengubahnya menjadi inspirasi yang tidak dapat mereka temui di tempat lain. Atas sebab itu, 45% daripada akaun Instagram yang menjalankan tinjauan di Great Britain, Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman mengikuti jenama atau pempengaruh fesyen untuk mendapat inspirasi bagi penampilan yang berbeza yang boleh gabungkan atau beli. Sementara itu di AS, orang menggunakan Instagram pada setiap hari untuk menemui produk baharu, mengikuti perkembangan dengan trend yang terkini dan berkongsi gaya peribadi mereka sendiri4 dengan hashtag popular seperti #fashion5 dan #ootd.6
Tetapi itu bukan sahaja tentang kekal berada dalam kalangan orang yang tahu dan menemui penampilan yang baharu. Penggemar Fesyen di Instagram menghargai juga hubungan dan komuniti yang diwujudkan oleh platform ini. Hampir separuh daripda akaun Instagram mengikuti sesuatu perniagaan untuk merasai rasa kehampiran akan hubungan dengannya —menjadikan ramai yang merasakan mereka seolah-olah adalah sebahagian daripada kumpulan eksklusif.7
Dengan nama yang sinonim dengan fesyen Amerika dan pentas peragaan antarabangsa, jenama pakaian Tommy Hilfiger (@tommyhilfiger) mahukan cara untuk menjangkau kalangan orang muda di Amerika Latin dan menjana kesedaran di sekitar keluaran pakaian lelaki tempahan sendiri yang baharu. Untuk menyampaikan mesejnya, jenama anggunnya telah melancarkan kempen iklan video di Instagram.
Dengan menggabungkan strategi kempen globalnya, yang menampilkan video yang dibintangi oleh Rafael Nadal, dengan kandungan setempat yang eksklusif yang diwujudkan oleh pempengaruh Amerika Latin, Tommy Hilfiger yang telah dapat memberi tumpuan terhadap segmen pasarn yang luas8 dan menjangkau khlayak sasarannya di negara yang berasingan di seluruh rantau. Iklan video menarik 3X lebih banyak tontonan video daripada kempen yang sebelumnya, dan jualan keluaran yang diiklankan meningkat dengan sebanyak 28%.
Untuk menjana kesedaran dan berita di sekitar koleksi lelaki Musim Bunga/Panas 2017, gedung fesyen Perancis Louis Vuitton (@louisvuitton) telah menggunakan kisah mengasyikkan Instagram, format skrin menegak untuk mewujudkan kandungan video yang eksklusif untuk keluaran baharu jenama tersebut.
Dan bukan sahaja jenama fesyen yang besar yang telah memperoleh kejayaan di Instagram. Perniagaan daripada semua saiz sedang menghubungkan komuniti unik kami melalui pelbagai cara dan menginspirasikan tindakan melalui suapan, cerita dan siaran langsung.
Regang. Fleks. Leret. Melihatkan kesedaran untuk membina kesedaran dalam kasut aktif modennya, dan meningkatkan jualan di laman web, jenama pakaian olahragawan (@inflowstyle) dilancarkan pada kempen berterusan pada bulan Februari yang di reka khusus untuk Instagram. Dengn bantuan Pakar Kehamilan Facebook, jenama berfesyen memandang ke hadapan telah dapat mewujudkan dan melaksanakan strategi yang lebih dinamik untuk menjangkau lebih banyak orang yang mungkin lebih berminat dengan produknya.
Dengan menggunakan Facebook Pixel, Khalayak Tersuai dan iklan pautan yang membawa terus ke koleksi produk di laman webnya, InflowStyle telah dapat menarik khalayak yang sesuai dan mendorong pembelian dalam talian melalui kempen Instagramnya yang bergaya. Hasilnya, jenama ini telah jauh melepasi jangkaan awalnya dan mencapai 6X pulangan daripada perbelanjaan terhadap ilan, serta 5X peningkatan dalam jualan.
Untuk membantu pengiklan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang trend baru muncul ini dan cara mereka boleh menggabungkannya ke dalam kempen mereka sendiri di Minggu Fesyen di seluruh dunia dan selainnya, lihat temu bual podkas dan artikel Facebook IQ mendalam Eva Chen yang terkini untuk melihat dengan lebih rapat lagi pertembungan fesyen dan Instagram. Dan jangan lupa untuk membaca ikhtisar kami bagi Minggu Fesyen tahun ini untuk menemui perkara yang paling banyak menjadi perbualan dalam kalangan komuniti Instagram.
Bagaimanakah perniagaan anda akan memiliki pentas peragaannya sendiri di Instagram?
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA