Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi
Tatal, Leret dan Menang: Detik Utama dalam Sukan di Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Sama seperti sukan, Instagram terus berhubung dan mengilhamkan dunia dengan cara terbaharu dan memukau. Sama ada dalam suapan atau Cerita, Instagram melahirkan rasa minat komuniti–terutamanya semasa detik bersejarah dalam suatu tahun. Seperti Super Bowl tahun ini misalnya, 53 juta orang dari seluruh dunia mengikuti permainan di Instagram, berkongsi ramalan mereka dan mengulas perlawanan bersejarah pada malam itu. Hasilnya, perbualan ini telah menjana sebanyak 198 juta interaksi dari seluruh dunia di Instagram.1
Dengan lebih daripada 800 juta akaun aktif di Instagram seluruh dunia, 243 juta dikenal pasti sebagai penggemar sukan,2 Instagram ialah platform tumpuan bagi orang yang hendak berhubung dengan pemain kegemaran mereka, pasukan dan juga peminat-peminat yang lain. Ia telah menjadi sumber dipercayai untuk berita semasa, sorotan hari perlawanan dan video eksklusif, begitu juga dengan menampilkan sisi peribadi kebanyakan atlet popular di dunia kepada orang ramai. Malah, 54% peminat dari hasil tinjauan di Instagram mengatakan bahawa mereka menggunakannya sebagai saluran kepada gaya hidup pasukan dan pemain kegemaran mereka.3 Dan pengiklan telah memperuntukkan saluran dengan menjadikan atlet sebagai rakan kongsi dan menyertakan mereka ke dalam kempen untuk meningkatkan kesedaran jenama.
Perkara yang membuktikan keunikan Instagram ialah komuniti global yang berhubung dari seluruh dunia dengan berkongsi tentang apa yang mereka minati. Salah satu daripada minat itu ialah sukan—terutamanya sukan musim sejuk. Sempena sukan musim sejuk tahun ini yang bertempat di Korea Selatan, pengguna dari seluruh dunia menggunakan Instagram untuk berkongsi detik kegemaran ketika perlawanan yang berlangsung pada minggu yang sebelumnya. Sama ada langsung dari astaka ataupun dari rumah, penggemar sukan setia menunggu siaran permainan musim sejuk tahun ini di Instagram dengan pengalaman yang bermakna.
Ia disebabkan oleh tabiat tontonan dalam kalangan penggemar sukan yang terus berubah, terutamanya sekitar empat tahun yang lepas. Ini juga disebabkan oleh kehendak ramai terhadap keaslian dan penambahbaikan dalam kualiti tontonan video mudah alih. Orang ramai mempunyai tanggapan yang besar terhadap kandungan video dalam suapan Instagram mereka, terutamanya bagi sukan yang sebenar. Tiada bentuk hiburan lain yang tersedia dengan mudah untuk dijadikan video. Penggemar sukan membuktikannya dengan menonton dan berkongsi jumlah video yang tidak dijangkakan—menjana lebih daripada 250K muat naik video dari 200 buah negara dan menonton video dengan jumlah dua kali lebih banyak daripada mereka yang bukan penggemar sukan.4
Penggemar sukan di Instagram suka berhubung dengan jenama kegemaran mereka. Malah, 53% daripada mereka akan mengikuti jenama yang disukai di media sosial5—memberikan peluang keemasan kepada pengiklan untuk menyampaikan cerita mereka. Dengan mencipta kandungan asli dan terkini yang mengujakan serta menjemput penggemar sukan memasuki dunia mereka, jenama di Instagram sepertiTrident (@tridentgum) dan Miller Lite (@millerlite) mampu tampil menyerlah ketika permainan berlangsung di Korea Selatan dan berhubung dengan peminat setianya menggunakan cara yang menyeronokkan dan terkini.
Sama ada permainan musim sejuk di Korea Utara atau perlawanan bola sepak yang bakal berlangsung di Rusia, penggemar sukan dari seluruh dunia pasti akan mengunjungi Instagram setiap hari untuk berkongi minat dengan rakan, keluarga dan ramai lagi. Oleh itu, lebih banyak lagi perniagaan mencari tempat ideal untuk berhubung dengan komuniti kami dan terus mengilhamkan tindakan.
Untuk melihat jenama lain seperti Under Armour (@underarmour), Gatorade (@gatorade) dan the LA Kings (@lakings) menggunakan Instagram untuk mencipta kandungan menarik yang mampu mendorong hasil perniagaan sebenar, lihat kisah kejayaan mereka di sini.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA