Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Menyediakan Sokongan Skrin Penuh untuk Semua Iklan dalam Cerita Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Bermula pada hari ini, penciptaan iklan Cerita Instagram yang asli lagi menarik menjadi lebih mudah. Apabila pengiklan memuat naik kreatif Suapan Instagram dalam Pengurus Iklan, ia akan ditukarkan ke dalam cerita berformat skrin penuh, sekaligus membolehkan pengiklan menyiarkan iklan dengan mudah di seluruh Instagram.
Apabila perniagaan memuat naik gambar atau video tunggal di bawah 15 saat dalam nisbah aspek Suapan Instagram, Instagram akan menyediakan sokongan skrin penuh secara automatik bagi kandungan ini di Cerita Instagram. Tidak kira sama ada di berbilang peletakan mahupun yang eksklusif, pengiklan boleh menjangkau orang ramai di seluruh Facebook dan Instagram dengan mudah.
• Teknologi padanan bagi piksel kami akan memilih rona latar belakang secara automatik untuk menukarkan iklan ke dalam format skrin penuh.
• Jika kreatif berada dalam bentuk petak atau lanskap, teks daripada unit Suapan Instagram atau Suapan Facebook akan ditambah dalam bentuk teks cerita di bawah gambar atau video. Jika kreatif iklan lebih tinggi daripada petak, teks kapsyen tidak akan ditunjukkan pada masa ini.
• Kebolehan meleret ke atas membolehkan pengiklan untuk menambah pautan destinasi pada iklan cerita mereka.
Dengan wujudnya perkembangan sokongan skrin penuh bagi kesemua dimensi Suapan Instagram dalam cerita, kini segalanya lebih mudah untuk bermula dengan Cerita Instagram. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemas kini ini, klik di sini.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA