Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Mengumumkan 15 Juta Profil Perniagaan
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan bahawa komuniti perniagaan kami telah meningkat kepada 15 juta (lebih dari lapan juta di bulan Mac). Oleh kerana orang terus menggunakan Instagram untuk menemui jenama yang mereka suka, berkongsi dan mengikuti nyala rasa mereka merentasi mudah alih, perniagaan dari semua saiz mendapatinya tempat yang sempurna untuk menyerlah dan menceritakan kisah mereka-terutamanya apabila 80% Pengguna Instagram mengikuti perniagaan hari ini di Instagram.1
Dengan bantuan alatan kreatif yang segar seperti Cerita Instagram, perniagaan kini mencipta semakin banyak kandungan yang lebih menambat perhatian untuk dikongsikan dengan komuniti mereka, sama ada secara organik—dimaklumkan melalui alatan wawasanyang kami sediakan untuk perniagaan—atau sebagai iklan berbayar.
Walaupun terdapat banyak cerita kejayaan daripada jenama utama di seluruh dunia, majoriti yang menggunakan alatan perniagaan adalah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana seperti Vitaly dari Toronto dan Le Chocolat des Françaisdi luar Paris.
Semasa perjalanan penemuan diri di Bali pada tahun 2011, pengasas jenama fesyen Vitaly (@vitalydesign), Shane Foran (@shanevitalyforan), telah menemui sesuatu yang lebih daripada sekadar dirinya sendiri. Bekerja bersama orang seni di pekan kecil Ubud, Shane telah mencipta cincin buatan tangan pertama yang kemudiannya telah mengilhami seluruh barisan keluaran perhiasan lelaki berseni halus beliau.
Semenjak saat itu, Vitaly telah berkembang menjadi ikon fesyen dengan lebih dari 400 peruncit yang kini membawa kepingan seni bina yang tidak dapat disangkal. Tetapi walaupun semua kejayaan yang telah dikecapi selama ini, jenama itu masih memerlukan sedikit bantuan untuk menarik pelanggan yang telah lawati (dan meninggalkan) tapak webnya.
Berkerjasama dengan Instagram untuk membangunkan kempen mudah alih sahaja, Shane (dan pasukan) menggunakan iklan dinamik untuk menyasarkan semula orang dengan produk yang mereka sudah berminat, tetapi masih belum membelinya. Vitaly dapat mencapai lebih daripada 243,000 orang dengan pemaduan produk dan gaya hidup yang sangat bergaya dengan tumpuan terus pada produk yang mencapai pulangan 3.9X dari perbelanjaan iklan.
Untuk Le Chocolat des Français (@ lechocolatdesfrancais ), jenama coklat kreatif Perancis, "Instagram adalah salah satu cara komunikasi utama kami," kata Matthieu Escande, pengasas bersama jenama yang berwarna-warni dan lazat. "Ini alat yang hebat untuk berinteraksi dengan komuniti kami dan membangunkan kesedaran jenama kami," sambung pengasas bersama Vincent Muraire, "terutama kerana dunia coklat kami sangat tampak dan kreatif."
Bekerjasama dengan tukang yang terpilih untuk membuat setiap bungkusan yang unik untuk coklat berseninya, "Le Chocolat des Français mampu menerajui aspek makanan dan ilustrasi, dua fungsi yang cukup berkesan di Instagram," kata Vincent. Dan sebagai hasilnya, jenama itu kini menjadi jenama tempatan bertaraf antarabangsa.
"Terima kasih kepada wadah ini, kami telah didekati oleh beberapa pengedar," dan kini tersedia di seluruh dunia di pelbagai jabatan dan kedai konsep, serta dalam talian.
Untuk mengetahui cara perniagaan anda mampu meraih keuntungan yang lebih banyak dari profil perniagaan serta menyertai semakin banyak jenama yang melakukan perkara yang sama, semak langkah mudah ini how-to steps untuk mengemas kini profil semasa anda di Instagram.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA