Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Memberikan Lebih Fleksibiliti Kepada Pengiklan dalam Cerita Instagram
Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan
San Francisco, CA
Sejak pelancaran Cerita Instagram yang pertama pada bulan Ogos 2016 dan iklan dalam cerita pada bulan Mac, kami sungguh teruja kerana dapatkan menyaksikan komuniti perniagaan kami menggunakan pengalaman skrin penuh ini dan menghasilkan pengalaman mereka sendiri. Dalam masa hanya setahun, format cerita telah mengubah cara jenama berhubung dan memberi ilham kepada pelanggan mereka—lebih daripada 50% perniagaan telah mencipta cerita sepanjang bulan lalu1.
Memandangkan 250 juta orang di serata dunia melihat dan mencipta cerita setiap hari, Cerita Instagram kini menjadi satu cara yang semakin hebat untuk menonjolkan jenama dan mengilhamkan tindakan. Dan hari ini, kami memberikan lebih fleksibiliti kepada pengiklan berkenaan cara mereka mencipta dan membeli iklan dalam cerita dengan keupayaan tambahan yang menyertakan:
• Penyepaduan dengan Kanvas Facebook, menawarkan sambungan pengalaman skrin penuh Cerita Instagram yang lancar
• Alat muat naik yang membolehkan perniagaan menggunakan cerita organik mereka yang sedia ada sebagai iklan dalam Penyunting Kuasa dan Pengurus Iklan, mengaktifkan alat kreatif kamera Cerita Instagram natif
• Pengoptimuman peletakan untuk menjalankan kempendi seluruh Facebook, Instagram dan Rangkaian Khalayak
Dengan keupayaan untuk menggunakan format Kanvas skrin penuh Facebook yang cepat dimuatkan dalam Cerita Instagram, pemasar dapat menggunakan kepelbagaian fungsi kreatif Kanvas untuk menceritakan kisah jenama dan produk dengan cara yang menarik perhatian. Lanjutan pengalaman skrin penuh yang lancar ini membolehkan pengiklan menarik perhatian pelanggan dengan hanya satu iklan.
Semasa kempen Cerita Instagram baru-baru ini, Casper, sebuah syarikat tilam, (@casper) menggunakan Kanvas Facebook untuk mendidik para penonton tentang manfaat produknya yang unik dan waranti serta berkongsi testimoni pelanggan untuk jenama yang menarik ini.
Bagi pengiklan yang ingin memanfaatkan sepenuhnya Cerita Instagram dan format skrin penuhnya yang mendalam, kini +kami memberikan mereka keupayaan untuk memuat naik kreatif organik sedia ada mereka yang ditambahkan. Ciri muat naik baharu ini membolehkan pengiklan meluaskan jangkauan kreatif cerita sedia ada dan menyiarkannya secara langsung selama-lamanya dalam Penyunting Kuasa dan Pengurus Iklan untuk kegunaan pada masa akan datang.
Kini, pengiklan boleh menggunakan ciri kamera seperti penapis wajah, boomerang dan alatan melukis untuk mencipta media organik dan digunakan semula sebagai iklan. Sebagai contoh, penjual bunga dalam talian, The Bouqs Company (@thebouqsco) dan kempen terbaharu mereka.
Menawarkan potongan bunga mengikut pesanan daripada ladang yang mesra alam dan mapan, The Bouqs Company menggunakan semula media cerita organik yang dicipta dengan kamera cerita kami menggunakan alatan muat naik kami untuk dimuat naik ke dalam Pengurus Iklan sebagai iklan yang dioptimumkan untuk Penukaran Laman Web.
Untuk melihat cara alat ini berfungsi, lihat demo ini daripada luxury candy boutique, Sugarfina (@sugarfina).
Ingin membina kesedaran pada produk kecantikan terbaharunya, Genoptics, jenama SK-II Procter and Gamble (@skii) menjalankan ujian berbeza untuk melihat prestasi Cerita Instagram berhubung kempen suapannya di seluruh Facebook dan Instagram. Ia mencapai kenaikan jenama sebanyak +13pts untuk produk baharunya dan +30% jangkauan di antara khalayak sasaran wanita di Jepun yang berusia 18-54 berbanding menyiarkan pada suapan Instagram dan Facebook sahaja. Pengiklan dapat melihat kejayaan dalam memacu pertambahan impak apabila menambahkan Cerita Instagram pada kempen mereka.
Dan kini, kami mengeluarkan keupayaan untuk menambahkan secara automatik Cerita Instagram pada kempen Facebook, Instagram dan Rangkaian Khalayak menerusi pengoptimuman peletakan dan membolehkan pengiklan untuk mengambil peluang daripada kecekapan menjalankan kempen kohesif. Kami teruja untuk membawakan lebih fleksibiliti kepada cara pengiklan boleh membeli Cerita Instagram. Ciri ini akan dikeluarkan sepenuhnya secara global pada minggu akan datang.
Untuk mengetahui cara perniagaan dan pengiklan lain berjaya menyiarkan iklan dalam cerita dan menggunakan keupayaannya yang serba boleh untuk berkongsi minat mereka dengan dunia, lihat panduan cara dan mulakan hari ini.
Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan
San Francisco, CA