CERITA
Pikat penonton anda dan pacu hasil perniagaan dengan video pendek yang menyeronokkan lagi mengasyikkan.
Soalan Lazim
Dapatkan jawapan bagi soalan lazim mengenai Instagram Stories.
Tidak. Walaupun kami mengesyorkan penggunaan foto dan video untuk Cerita yang dicipta dengan mempertimbangkan skrin menegak penuh, terdapat banyak cara untuk mengoptimumkan kreatif anda dan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan yang ditawarkan oleh Cerita.
Semasa membina kempen, terdapat alat dalam Pengurus Iklan seperti templat Cerita automatik yang akan mengubah kandungan anda menjadi iklan Instagram Stories yang asli, mengasyikkan dan cemerlang.
Anda juga boleh mengerjakan semula foto atau video sedia ada. Anda boleh memangkas semula gambar agar sesuai dengan skrin menegak, menambahkan penyandar buku di bahagian atas dan bawah imej, atau menumpuk beberapa imej di atas satu sama lain.
Jika anda memerlukan bantuan dalam mencipta aset untuk iklan Cerita, sila bekerjasama dengan salah satu rakan kongsi kreatif kami yang bertauliah.
Dalam Pengurus Iklan, gunakan Peletakan Automatik atau Sunting Peletakan dan pastikan Instagram Stories dipilih untuk mendapatkan penyampaian yang paling berkesan. Facebook akan menyampaikan kandungan iklan di peletakan yang dipercayai kemungkinan besar akan membantu mendorong hasil kempen dan menggunakan bajet anda dengan cekap berdasarkan matlamat pengoptimuman anda. Apabila anda memilih iklan Instagram Stories sebagai peletakan, kreatif anda yang ada akan secara automatik diubah menjadi iklan Cerita asli. Atau anda boleh memuat naik kandungan yang dicipta khusus untuk Cerita.
Tidak. Instagram Stories Organik (cerita yang belum dibayar yang mungkin anda hantar secara langsung daripada akaun Instagram anda) hilang daripada tontonan selepas 24 jam secara lalai. Dengan iklan Cerita, anda memilih tempoh kempen dan kekerapan iklan anda disiarkan, dan platform iklan Facebook menjalankan iklan berdasarkan objektif perniagaan yang anda pilih.