Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

22 Mac 2017

Mengalukan-Alukan 1 Juta Pengiklan

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

1 Juta Pengiklan pada video Instagram

Pada tahun lepas, Instagram mempunyai lebih banyak perubahan berbanding lima tahun sebelumnya. Kami memperkenalkan Instagram Stories—cara baharu bagi perniagaan untuk berkongsi detik harian—cetusan video, kami mengalu-alukan identiti jenama baharu dan komuniti berkembang kepada 600J secara global. Pada masa yang sama, kami membina perniagaan yang berkembang maju. Kami kini mempunyai 8J perniagaan menggunakan profil perniagaan, dengan penggunaan hebat yang datang dari Amerika Syarikat, Brazil, Indonesia, Rusia dan United Kingdom.1 Kami juga mempunyai lebih daripada 1J pengiklan aktif bulanan2—sehingga daripada 200R waktu ini pada tahun lepas—dan pada bulan lepas, lebih daripada 120J pengguna Instagram melawat tapak web, mendapatkan arah, menelefon, menghantar e-mel atau mesej langsung untuk mengetahui tentang perniagaan.3

Cara Perniagaan Berkembang di Instagram

Komuniti terbentuk berasaskan minat. Orang datang ke Instagram untuk merealisasikan minat mereka, daripada pengembaraan dan fesyen kepada makanan, hiburan dan semua perkara yang berkaitan. Dan minat tersebut sebahagian besarnya adalah jenama, dengan 80% pengguna Instagram mengikuti perniagaan hari ini.4

Kesederhanaan adalah penting. Alatan seperti Boomerang dan Hyperlapse membantu orang dan perniagaan membangunkan kandungan yang menarik dengan cepat. Dan dengan platform mudah alih pertama, meletakkan iklan juga menjadi lebih mudah. Ia mengambil minimum empat ketikan untuk mencipta iklan daripada profil perniagaan.

Tindakan Yang Boleh Dilihat. Sejumlah besar pengiklan dan mereka yang menggunakan alat perniagaan adalah perniagaan kecil, seperti Shari Lott, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas SpearmintLOVE, yang merupakan tapak web meluas untuk pakaian dan aksesori bayi dan kanak-kanak. "Instagram memberi kami pilihan untuk mengembangkan perniagaan. Dari awal komuniti yang membantu untuk menyebarkannya adalah para ibu, kemudian para pembeli mengetag kami dalam foto yang memaparkan produk yang mereka rasakan kami akan suka bagi gedung tersebut, kepada meningkatkan jualan melalui iklan yang menjangkau orang yang berminat tetapi masih belum membeli."

Contoh iklan SpearmintLOVE dalam apl Instagram

Kemudian hadirnya Suann Song, pengasas dan pereka kreatif Appointed, syarikat barangan kertas yang bertempat di Washington, D.C. Seorang pereka yang disegani, Suann mendapat ilham daripada kertas semasa pengembaraan beliau dan membuat keputusan untuk mencipta produknya sendiri pada tahun 2015. Syarikat tersebut bermula di Instagram dengan membina kesedaran untuk kempen Kickstarter. Baru-baru ini, untuk menyambut hari lahir keduanya, Appointed mengirim eksklusif produk di Instagram menggunakan kiriman berbilang imej dan kemudian memilih kreatif berprestasi terbaik untuk iklan yang hampir menjual produk tersebut. Appointed kini menawarkan lebih daripada 50 produk dan tersedia di 300 gedung. "Dalam kebanyakan alat yang kami gunakan, Instagram adalah alat yang paling berpengaruh dalam apa jua perkara yang kami lakukan," kata Song, "dan Instagram akan memainkan bahagian yang penting dalam cara kami menggandakan hasil kami tahun ini."

Contoh iklan Appointed dalam apl Instagram
Mendalami perhubungan di antara orang dan perniagaan

Tahun ini kami merancang untuk berbuat lebih lagi bagi membantu orang berhubung dengan perniagaan yang mereka sukai di Instagram. Kami bermula dengan wawasan lebih lanjut tentang cerita, kiriman yang disimpan dan imej berbilang kiriman agar perniagaan seperti Matchaeologist, jenama matcha yang mewah, boleh terus meningkatkan perspektif ke atas para pengikutnya. Pengasas Matchaelogist berkongsi, "Wawasan telah memberi kami perspektif baharu ke atas para pengikut kami - kami berfikir kebanyakannya bertempat di UK tetapi menjumpai bilangan yang sama di Hong Kong dan Taiwan. Kami kini mengirimkan kandungan lebih awal agar kami boleh mendapatkan orang sebelum mereka beradu. Sebagai hasil, kami telah melihat peningkatan dalam penglibatan dan jualan dari rantau ini, membantu kami untuk memperkenalkan perniagaan kami kepada lebih ramai orang di seluruh dunia." Dan usaha yang dibuat untuk membantu perniagaan bukan sekadar perniagaan sahaja... syarikat tersebut juga melihat ramai orang menghubungi mereka melalui profil mereka. "Sejak penukaran kepada profil perniagaan di Instagram, bilangan orang yang menghubungi kami secara langsung telah meningkat; melalui telefon, menghantar e-mel dan melalui mesej langsung."

Contoh iklan Matchaeologist dalam apl Instagram

Untuk membantu Matchaeolgist, berserta jutaan perniagaan lain di seluruh dunia, kami merancang untuk meneruskan perkembangan profil perniagaan Instagram. Contohnya, kami mengeluarkan keupayaan untuk menempah perkhidmatan dengan perniagaan secara langsung daripada profil mereka pada tahun ini.

Lihat pratonton ciri tempahan kami di bawah:

Contoh penempahan janji temu dalam apl Instagram

Video dicipta oleh artis origami dan pengguna Instagram @white_onrice

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA