Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Tip

19 Ogos 2018

Menyerlah di Instagram dengan Kandungan Kreatif

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Kemas kini kiriman asli pada 17/9/2018 pada pukul 10am [PT] 1

Hari ini, terdapat lebih daripada 200 juta pengguna Instagram yang aktif melawat profil perniagaan setiap hari.2 Memandangkan orang ramai meluangkan lebih banyak masa menerokai Instagram dan berkongsi minat mereka, bagaimanakah anda memastikan jenama anda tampil menyerlah dalam jenama-jenama yang lain?

Terdapat beberapa cara berbeza untuk perniagaan anda bermula di Instagram dan membina kreatif yang mendorong hasil perniagaan sebenar.

Menghasilkan Kreatif yang Mengujakan

1. Jadikan jenama anda sebagai tumpuan utama.

Gunakan elemen jenama anda yang berbeza, seperti logo, warna dan produk jenama semasa membuat iklan. Ini membolehkan perniagaan anda melaksanakan identiti jenama, mencipta pengalaman kreatif holistik untuk komuniti anda serta mendorong pengingatan kembali jenama.3

2. Cipta untuk mudah alih terlebih dahulu.

Kini semakin ramai orang berinteraksi dengan kandungan pada peranti mudah alih mereka, pastikan anda mengambil perhatian terhadap khalayak ini semasa mencipta kandungan di Instagram—memandangkan mudah alih merupakan salah satu cara terbaik untuk menjangkau mereka. Fikirkan penciptaan rekaan 'mengujakan' pada mudah alih.

3. Manfaatkan sepenuhnya kanvas menegak anda.

Pada mudah alih, tempoh perhatian orang ramai adalah lebih singkat, jadi pastikan anda mencipta kandungan yang boleh menarik perhatian khalayak anda dengan sekelip mata. Visual, ciri Instagram yang mendalam dan format menegak memudahkan perniagaan anda untuk melakukannya—mendorong lebih banyak penglibatan dan mengilhamkan tindakan sebagai hasil.

4. Mereka untuk objektif.

Sama ada menentukan semula tujuan bagi aset sedia ada atau mencipta yang baharu, pastikan setiap bahagian kreatif anda bekerjasama untuk membantu dalam mencapai matlamat keseluruhan perniagaan anda. Contohnya, jika anda ingin meningkatkan pemasangan apl mudah alih, gunakan kreatif yang sebaris dengan pemesejan dan sorotan bersama butang seruan tindakan.

Ilhamkan Tindakan dengan Cerita Instagram

1. Sorotkan jenama anda dalam tiga saat.

Semasa mencipta kandungan, pastikan anda meletakkan detik kreatif yang paling menawan hati dalam beberapa saat pertama pada video untuk menarik perhatian. Ini bagi membolehkan mesej dan cerita anda dilihat oleh kebanyakan penonton dari permulaan.

2. Hasilkan kreatif dengan ciri dalam platform.

Ciri dalam platform seperti pelekat, GIF dan jenis muka yang berbeza membolehkan anda menjadi lebih kreatif dengan kandungan di Instagram, manakala peralatan seperti Rewind dadn Boomerang memberikan penampilan masa sebenar yang segar untuk anda dengan gaya menarik—menyerlahkan keaslian cerita anda.

3. Sesuaikan kreatif kepada sebuah objektif.

Sama ada perniagaan anda ingin meningkatkan tontonan video, mendorong pemasangan apl atau menjual lebih banyak produk, anda perlu mengetahui kepentingan mereka dengan objektif semasa mencipta kandungan di Instagram. Perkara yang mudah seperti menggunakan ciri 'Leret Ke Atas' sebagai seruan tindakan mungkin menjadi perbezaan antara membuat jualan atau kehilangan bakal pelanggan.

4. Menentukan semula tujuan aset sedia ada.

Kini Instagram menyediakan sokongan skrin penuh untuk semua iklan dalam Cerita Instagram, dan menjadikannya lebih mudah untuk perniagaan anda mencipta pengalaman iklan asli dalam cerita tanpa perlu membina kandungan baharu. Ia merupakan cara yang hebat untuk berkongsi kandungan sedia ada dalam format menegak dan memanfaatkan ciri Cerita Instagram yang mendalam.

Dapatkan Ilham

Bagi mengetahui cara perniagaan pelbagai saiz seperti Samsung Australia (@samsungau), Beanpole Outdoor (@beanpole_official) dan Zexy (@zexyrecruit) telah berjaya mencipta kandungan yang menarik di Instagram, lihat cerita kejayaan merekadi sini.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA