Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Cerita kejayaan

20 Julai 2017

Penglihatan, Bunyi dan Pengelolaan

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Sepanjang tahun lepas, terdapat peningkatan yang dramatik dalam penggunaan video mudah alih di seluruh dunia—termasuk di AS dan Kanada. Dan fenomena video mudah alih ini nampaknya tidak menunjukkan sebarang titik noktah buat masa ini, terutamanya apabila lebih daripada satu pertiga orang yang ditinjau di AS dan Kanada dijangka menggunakan lebih banyak video pada telefon pintar mereka pada masa hadapan. Terutamanya di Instagram, 45% orang yang ditinjau mempercayai penggunaan video mudah aliih mereka turut akan lebih meningkat lagi pada masa hadapan.1

Dari tahun ke tahun, masa yang orang luangkan untuk menonton video di Instagram meningkat lebih daripada 80%, manakala bilangan video yang dihasilkan setiap hari pada wadah terus meningkat sebanyak 4X setiap tahun.2 Dengan kemunculan format video mudah alih yang inovatif seperti Instagram Stories, para pemasar mempunyai lebih banyak peluang untuk berhubung dengan khalayak mereka, sama ada semasa dalam perjalanan mahupun pada waktu ini.

Untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang destinasi video mudah alih yang seterusnya, kami bekerjasama dengan pengguna dalaman kami (IQ Facebook) untuk menerokai cara penggunaan video mudah alih mengubah cara kami berbelanja, berkongsi dan kekal berhubung.

Mencari Kemudahan, Komuniti dan Keterkaitan

Walaupun peningkatan dramatik dalam penggunaan video mudah alih didorong sebahagiannya oleh keinginan untuk hiburan semasa dalam perjalanan, pengalaman versatil ini tidak hanya bersandar kepada kemudahan, bahkan lebih daripada itu. Di seluruh dunia, semakin ramai pengguna Instagram yang tertarik dengan video mudah alih kerana ia menghubungkan mereka kepada komuniti yang terlibat dan menawarkan mereka kandungan yang peribadi dan berkaitan.

Dalam kalangan pengguna Instagram yang ditinjau, 60% mempercayai bahawa penggunaan video mudah alih mereka di Instagram telah meningkat dalam masa dua tahun lepas (lwn 33% peningkatan pada tontonan TV dalam kalangan penonton TV yang ditinjau).
Sumber IQ Facebook: "Sikap Media" oleh Lieberman Research Worldwide (kajian yang ditugaskan Facebook, iaitu sebanyak 1,500 orang di AS dan Kanada berusia 18-64 tahun, termasuk 409 orang yang menggunakan Instagram sekurang-kurangnya seminggu sekali), Mac 2017.

Apabila dibandingkan dengan TV tradisional, video mudah alih di Instagram adalah 2.9X lebih cenderung untuk membantu orang berasa terhubung dengan rakan dan keluarga dan 1.9X lebih cenderung untuk memberi mereka sesuatu untuk bercerita. Dalam erti kata lain, ia adalah pemangkin untuk bersambung kepada perkara yang paling penting. Bukan sahaja interaksi ini berlaku semasa orang sedang melakukan aktiviti di luar, tetapi ia juga terjadi semasa mereka berada di rumah. Malah, rumah adalah tempat yang paling biasa orang menonton video mudah alih.1

Dan perasaan mereka apabila menonton video pada mudah alih memainkan peranan yang paling besar dalam pengalaman ini.

Meningkatkan Emosi dan Penglibatan

Adalah tidak menghairankan bahawa orang yang menonton video mudah alih di Instagram mengaitkannya dengan emosi yang sangat positif—serta berasa gembira sebagai hasil. Orang sama yang ditinjau juga mengatakan bahawa mereka 2.4X lebih cenderung untuk mendapat ilham daripada video mudah alih di Instagram berbanding TV dan 1.7X lebih cenderung untuk berasa teruja.1

Tetapi jenis kandungan video mudah alih yang dijumpai di Instagram bukanlah satu-satunya medium yang memberikan ilham kepada golongan positif ini. Tempat terciptanya kandungan tersebut juga mencetuskan ilham sebegitu.

Membina Jenama Yang Lebih Mantap dan Kukuh

Jenama kecergasan Australia, Kayla Itsines (@kayla_itsines) berniat untuk memacu kesedaran untuk apl kecergasannya yang baharu, "Sweat" tetapi memerlukan sedikit ruang bagi membantunya menjangkau khalayak sasaran wanita yang berumur 18-42 di AS. Bekerjasama dengan Kedai Kreatif Facebook, Kayla Itsines mampu melakukannya.

Dioptimumkan untuk mudah alih, jenama tersebut mencipta kempen video bercorong penuh yang berjalan merentas Facebook dan Instagram dengan mesej ringkas "Bersenam, pada bila-bila masa, di mana jua." Menjangkau khalayak luas yang merangkumi 6.4 juta orang, kempen tersebut menjana kenaikan yang mengagumkan sebanyak 21 mata dalam kesedaran jenama dengan 6X kenaikan dalam jangkauan jenama yang lebih tinggi (dibandingkan dengan norma kempen pasaran e-dagang). Bukan sahaja ini menunjukkan kelebihan menggunakan video mudah alih, tetapi juga cara jenama dapat berbuat lebih lagi dengan Facebook dan Instagram.

Facebook dan Instagram merupakan wadah pilihan kami untuk berhubung dengan komuniti kami. Menerusi kempen ini, kami dapat melihat hasil jenama dan peningkatan dalam kesedaran yang sebenar—kemampuan untuk berhubung dengan khalayak baharu dan memberikan ilham kepada mereka menggunakan mesej yang tepatlah yang menjadikan Facebook dan Instagram tempat untuk mengembangkan jenama kami.
Tobi Pearce, Ketua Pegawai Eksekutif, Kayla Itsines
Menghilangkan Rasa Dahaga (dan Lain-Lain)

Berniat untuk mendorong jualan dalam gedung bagi produk kemegahannya, Gatorade Thirst Quencher, jenama minum inovatif Gatorade (@gatorade) bekerjasama dengan rakan kongsinya di Facebook, agensi media OMD dan agensi digital VML untuk mencipta iklan video yang hebat, khusus bagi komuniti Instagram dan Facebook.

Memanfaatkan Khalayak Tersuai di Instagram dan Facebook, kempen mudah alih pertama menumpukan strateginya di sekitar individu yang berumur 18+ dan menggunakan visual menarik dengan penjenamaan yang mantap untuk mendapatkan perhatian khalayak sasarannya. Hasilnya, pasukan Gatorade dapat menaikkan penembusan isi rumah sebanyak 3.29% dan jualan jangka pendek sebanyak 4.62% (diukur oleh analisis kempen ROI Awan Data Oracle).

Menghidupkan Fesyen

Untuk kempen pengiklanan kreatif pertamanya pada Instagram Stories, peruncit fesyen dalam talian ASOS (@asos) ingin meningkatkan kesedaran jenama dan penglibatan di AS (dan UK) dengan khalayaknya yang sangat aktif, iaitu terdiri daripada golongan remaja yang gemar berfesyen.

Dengan menggabungkan nilai pengeluaran yang tinggi dan gaya fesyen yang diambil menggunakan video mudah alih, jenama mudah alih pertama tersebut mencipta siri iklan bijak yang dibuat khas untuk khalayaknya daripada golongan muda-mudi dan gemarkan digital. Daripada mendesak pemesejan jualan atau produk tertentu, kempen tersebut bertumpu kepada kesedaran jenama dan menghiburkan pengguna Instagram agar mereka berasa diterima, yang mengakibatkan kenaikan sebanyak 7 mata dalam kesedaran jenama di AS (dan kenaikan 14 mata dalam pengingatan kembali iklan di UK).

Instagram Stories merupakan tempat terbaik untuk mencipta iklan yang tidak mendesak pemesejan jualan atau produk tertentu. Kami benar-benar ingin menyampaikan mesej jenama yang teguh dan membantu memacu kesedaran dan penglibatan dengan cara yang sahih dan disenangi kepada saluran tersebut dan menghiburkan khalayak kami dalam detik yang sangat menarik perhatian mereka.
Leila Thabet, Pengarah Kandungan & Penglibatan Global, ASOS
Mengelola Masa Depan Video

Dari pejabat ke rumah dan seterusnya, jumlah orang yang semakin meningkat menonton video pada peranti mudah alih mereka dari pelbagai lokasi dan cara—membentangkan kemungkinan yang baharu untuk perniagaan di Instagram berkongsi cerita mereka kepada dunia.

Untuk mengetahui cara jenama anda boleh memaksimumkan arah aliran yang semakin popular ini, semak IQ Facebook untuk artikel penuh.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA