Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

19 November 2018

Mengurangkan Aktiviti Tidak Sahih di Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Setiap hari, kami melihat lebih banyak perkongsian yang wujud antara pencipta dengan perniagaan. Dengan cara yang betul, usaha ini dapat memacu nilai yang bermakna bagi pencipta, perniagaan dan yang paling penting, untuk orang ramai. Bagi memastikan perkongsian ini terus memberikan pengalaman nyata dan interaksi sebenar, kami akan mula mengalih keluar sukaan, ikutan dan komen yang tidak sahih daripada akaun yang menggunakan apl pihak ketiga untuk melonjakkan popularitinya. Kami telah membina alat pembelajaran mesin untuk membantu mengenal pasti akaun yang menggunakan perkhidmatan ini dan mengalih keluarkan aktiviti yang tidak sahih. Kelakuan seperti ini tidak baik untuk komuniti, dan apl pihak ketiga yang menjana sukaan, ikutan dan komen yang tidak sahih adalah melanggar Garis Panduan Komuniti dan Terma Penggunaan kami.

Kami mengambil beberapa langkah untuk membendung kelakuan yang tidak disenangi seperti ini. Akaun yang kami kenal pasti akan menerima mesej dalam apl yang memaklumkan bahawa kami telah mengalih keluar aktiviti tidak sahih ke atas akaun mereka daripada orang lain. Kami juga akan meminta mereka untuk melindungi akaun dengan menukar kata laluan mereka. Akaun yang menggunakan apl jenis ini berkongsi nama pengguna dan kata laluan mereka, yang kadang-kadang digunakan untuk memberi sukaan, ikutan dan komen kepada orang lain yang tidak sahih.

Terdapat sesetengah akaun yang berkongsi akses log masuk mereka dengan apl pihak ketiga tanpa disedari. Jika anda menerima mesej dalam apl, ubah kata laluan anda untuk membatalkan akses mereka ke atas akaun anda. Langkah baharu ini adalah berterusan, sekaligus mempengaruhi pengalaman Instagram bag akaun yang masih menggunakan apl pihak ketiga untuk mengembangkan khalayak.

Sejak Instagram mula diperkenalkan, kami telah mengesan secara automatik dan mengalih keluar akaun palsu untuk melindungi komuniti kami. Kemas kini hari ini merupakan satu lagi langkah demi memastikan Instagram menjadi komuniti yang bersemangat di mana orang boleh berhubung dengan orang dan perkara yang mereka suka. Ikuti perkembangan banyak lagi kemas kini dalam beberapa minggu akan datang berkenaan langkah tambahan yang kami ambil untuk menghapuskan aktiviti tidak sahih di Instagram.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA