Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

8 Mei 2018

Memudahkan Urusan Perniagaan di Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Orang ramai menggunakakan Instagram untuk berhubung dengan komunikasi dengan perniagaan yang mereka gemari. Malah, lebih daripada 200 juta pengguna Instagram yang aktif mengunjungi profil perniagaan setiap hari.1

Instagram merupakan rumah pertama bagi Flour Shop. Syarikat saya mungkin tidak dapat diwujudkan tanpa peluang yang ditawarkan menerusi platform ini. Instagram telah menjadi CMO saya sejak pertama kali lagi.
Amirah Kassem, Pengasas dan Pembuat Tepung, @flourshop
Memudahkan Peti Masuk

Lebih daripada 150 juta pengguna berbual dengan perniagaan menerusi Mesej Langsung Instagram pada setiap bulan, dan sepertiga daripada mesej tersebut dimulakan dengan Cerita Instagram.2 Bagi memudahkan pemesejan dan menjadikannya lebih cekap, kami memperkenalkan sebuah set ciri baharu untuk perniagaan menggunakan Mesej Langsung Instagram.

Bermula dari hari ini, perniagaan diberikan cara yang lebih mudah untuk mengurus mesej mereka. Kini anda boleh melihat mesej penting daripada pelanggan baharu dalam peti masuk utama Mesej Langsung anda, yang dilihat dalam folder tertangguh sebelum ini. Anda juga boleh membintangkan dan menapis perbualan untuk kembali kepada mesej yang hendak disusuli. Selain itu, kami akan bermula dengan menguji balasan pantas pada minggu akan datang supaya anda boleh bertindak balas kepada soalan lazim dengan lebih mudah.

Ramai dalam kalangan pelanggan mencari kami menerusi Instagram, dan lebih mudah bagi mereka untuk menghantar DM kepada kami menerusi Instagram berbanding dengan membuka apl mel mereka.
Alex Mazerolle, Penulis dan Guru Yoga, @girlvanayoga
Beralih dari Penemuan kepada Tindakan

Dengan adanya lebih ramai orang terus berinteraksi dengan perniagaan di Instagram dan mengambil tindakan semasa ilham diperkenalkan, kami memastikan penemuan ditukarkan kepada tindakan dengan lebih mudah. Menerusi butang tindakan kami, kini orang ramai boleh Tempah, Dapatkan Tiket, Mulakan Pesanan atau Tempah menerusi rakan kongsi pihak ketiga yang popular tanpa perlu meninggalkan Instagram.3 Sebagai contoh, HomeState (@homestate) yang merupakan restoran Texas yang terkenal, mereka telah bekerjasama dengan ChowNow untuk menggunakan butang 'Mulakan Pesanan'—membenarkan pelanggan memesan taco istimewa secara langsung daripada profil perniagaan Instagram mereka.

Kami mengeluarkan butang ini dengan beberapa rakan kongsi, termasuklah:

• Acuity, Atom Tickets, Booksy, ChowNow, Eatstreet, Eventbrite, Fandango, GrubHub, MyTime, OpenTable, Reserve, Restorando, Resy, SevenRooms, StyleSeat, Tock dan Yelp Reservations—kini semua tersedia

• Dan akan datang: Appointy, Genbook, LaFourchette, Mindbody, Schedulicity, SetMore, Shedul dan Vagaro

Instagram menjadi tempat di mana saya mengirimkan cerita mengenai hidangan baharu, hidangan istimewa dan/atau hidangan khusus yang digemari oleh para tetamu...Semenjak mempunyai butang 'Tempah' Resy pada profil, saya mendapati tambahan tempahan sebanyak 15-20 setiap minggu.
Annie Tucker, Pengurus Pemasaran, @thejonesokc

Ketahui lebih lanjut tentang cara menambah butang tindakan ke profil perniagaan anda di sini.

Sesetengah daripada rakan kongsi ini juga boleh didapati bagi butang tindakan di Halaman Facebook; kami mengesyorkan perniagaan yang berkaitan untuk mendapatkannya.

Mari Bermula

Kini lebih banyak perniagaan menganggap Instagram sebagai sebuah saluran untuk melaksanakan urusan, dan kami berusaha dalam memastikan kemudahan untuk mengurus kehadiran mereka pada platform. Sama ada menerusi pelanjutan beli belah di Instagram yang terkini,4pengenalan terhadap butang seruan tindakan atau pengemaskinian Mesej Langsung Instagram, perniagaan memiliki lebih banyak peluang untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Untuk memulakan penggunaan Instagram bagi perniagaan anda, cipta profil perniagaan di sini. Dan pastikan anda memerhatikan siri tutorial dalam produk kami, di mana kami akan mengongsikan tips berkenaan cara mengirim rancangan, mencipta kandungan menarik dan mengembangkan komuniti anda.5 Ia boleh didapati dalam tetapan apl, di bawah Tutorial.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA