Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

19 Mei 2020

Memperkenalkan: Kedai di Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Perniagaan menghadapi cabaran menjual secara dalam talian apabila mereka mengubah model perniagaan semasa krisis COVID-19. Hari ini, kami mengumumkan pengalaman membeli-belah baharu untuk memastikan kelangusngan perniagaan dan memudahkan orang membeli barang yang mereka gemari.

Kedai merupakan kedai skrin penuh yang mengasyikkan yang membolehkan perniagaan membina kisah jenama mereka dan mendorong penemuan produk - semuanya dalam pengalaman membeli-belah asli.

Orang boleh mengunjungi kedai dari profil Instagram perniagaan atau melalui Suapan dan Cerita. Semasa berada di kedai, orang dapat melihat produk, meneroka koleksi dan membeli produk dengan lancar melalui pelayar dalam apl kami atau tanpa meninggalkan apl dari kedai menerusi semak keluar.

Dengan adanya kedai, kami ingin memberi orang tempat untuk menikmati kegembiraan membeli-belah berbanding kerumitan ketika membeli. Koleksi dalam kedai membolehkan perniagaan menyesuaikan pengalaman membeli-belah dan menyusun produk mengikut tema yang menyampaikan cerita jenama mereka.

Penciptaan kedai adalah mudah dan ringkas. Mulai hari ini, kami akan memulakan pelancaran kedai secara berperingkat ke semua perniagaan di seluruh dunia di Facebook dan Membeli-belah Instagram. Kami akan bermula dengan perniagaan yang layak yang menggunakan Kedai Profil Instagram dan akan meluaskan akses dalam beberapa bulan akan datang. Perniagaan yang layak akan menerima e-mel apabila kedainya bersedia untuk disesuaikan.

Untuk maklumat lanjut tentang kedai, lawati Facebook for Business. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mendayakan membeli-belah di akaun perniagaan Instagram, kunjungi panduan penyediaan kami.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA