Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

30 Januari 2018

Kini Anda Boleh Menjadualkan Kiriman dengan API Graf Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Pada tahun lalu, kami mula memproses pengemaskinian API Instagram kepada API Graf Instagram yang dibina pada API Graf Facebook. Perubahan ini membantu perniagaan untuk menyerlahkan kehadiran mereka dengan lebih cekap. Hari ini, kami memperkenalkan ciri baharu pada API seperti membolehkan perniagaan untuk menjadualkan kiriman, melihat kiriman yang ditag atas nama mereka dan melihat profil perniagaan yang lain.

Ciri ini ditambah kepada API Graf Instagram terdahulu seperti melihat wawasan organik dan kawalan komen. Ciri tambahan ini mewujudkan perancangan kandungan yang lebih baik dan pengurusan akaun yang lebih selamat, tanpa memerlukan pekerja untuk berkongsi kata laluan log masuk untuk mengakses wawasan atau mencipta kiriman.

Bagi memulakan penjadualan kiriman, sila rujuk salah seorang daripada Rakan Kongsi Pemasaran Facebook atau Rakan Kongsi Instagram kami.

Penjadualan dan penerbitan kandungan Instagram telah menjadi pilihan ramai dengan permintaan yang banyak dari 16 juta pelanggan kami. Kini, mereka boleh mengurus jumlah kandungan yang banyak, dengan beberapa ahli pasukan dan akaun Instagram dengan mudah dan selamat. Hootsuite teruja untuk bekerjasama dengan Instagram bagi melaksanakannya.
Ryan Holmes, CEO, Hootsuite
Sokongan Akhir untuk Platform API Instagram

Instagram berbesar hati menyediakan alatan terbaik untuk komuniti pembangun kami bagi menyokong kerja keras mereka di platform dan berterusan menambah ciri baharu pada API Graf Instagram. Bagi memberi peluang kepada pembangun untuk mengenali API Graf, kami akan memulakan sokongan akhir bagi Platform API Instagram pada awal tahun 2020.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemas kini API Graf Instagram dan cara menukar akaun, sila lawati di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA