Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Tip

30 November 2018

Wawasan Berinspirasi untuk Perniagaan di Instagram – Galakan Komuniti Facebook London

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Galakan Komuniti Facebook ialah program global yang menyediakan perniagaan dan usahawan dengan kemahiran untuk membantu mereka bersaing dalam ekonomi mudah alih dewasa ini. Pada 13 dan 14 November di Menara Millbank, Galakan Komuniti Facebook menganjurkan acara selama 2 hari yang menampilkan bengkel dan ceramah termasuk satu sesi yang sungguh istimewa yang dihoskan oleh Instagram Perniagaan.

Sepanduk Galakan Komuniti Facebook London
Mengusahakan Perniagaan

Kami mengumpulkan panel pakar pemilik perniagaan kecil persendirian untuk berkongsi pandangan masing-masing tentang cara mereka melibatkan penonton melalui Instagram dengan jayanya dan Mengusahakan Perniagaan menerusi penampilan yang aktif di platform.

Foto panel empat wanita pemilik perniagaan kecil persendirian
Kenali pakar

  • Carrie Dennahy ialah pengasas Carrie Elizabeth (@carrie_elizabeth_jewellery), sebuah jenama barang kemas berpangkalan di London yang dilancarkan pada November 2015 setelah Carrie mengenal pasti jurang dalam pasaran barang kemas mewah pada harga yang berpatutan.

  • Emma Watkinson ialah CEO SilkFred (@SilkFred), iaitu platform digital untuk pembeli mencari dan membeli daripada jenama fesyen bebas yang terkemuka. SilkFred berbangga kerana menjadi pusat fesyen yang menambat perhatian bagi pembelian dalam talian.

  • Shara Tochia ialah pengasas bersama DOSE (@dose), sebuah komuniti dalam talian untuk “hedonis yang sihat” yang menerapkan keseimbangan antara kesejahteraan dan pengalaman yang menggembirakan, daripada yoga lilin hinggalah koktel dan bar.

Berhubung dengan komuniti

Panel berkongsi perspektif mereka tentang rahsia Instagram untuk muncul sebagai sumber inspirasi harian yang diiktiraf secara global, menyatukan orang dalam ruang lingkup yang mereka sukai dan menghubungkan orang dengan perniagaan yang memahami minat mereka:

Saya menganggap komuniti saya sebagai sebahagian daripada jenama saya—semua orang berganding bahu dan saling membantu. Komuniti di Instagram menjadikan penonton saya berasa seolah-olah mereka ialah sebahagian daripada jenama.
CARRIE DENNAHY, PENGASAS, CARRIE ELIZABETH

Keupayaan menjangkau dan mendampingi komuniti yang berkembang maju di Instagram mencetuskan inspirasi buat usahawan ini untuk berani tampil dan memperlihatkan tawaran unik mereka kepada seluruh dunia dengan penuh yakin:

Instagram ialah tempat untuk kami melihat sama ada wujud orang seperti kami di luar sana dan sama ada mereka akan terlibat dengan kandungan kami. Ini membantu kami mewajarkan perkara yang kami telah lakukan dan meneroka komuniti yang sudah ada di luar sana.
SHARA TOCHIA, PENGASAS BERSAMA, DOSE

Komunikasi dua hala strim yang didayakan oleh Instagram antara perniagaan dan khalayaknya mewujudkan dialog yang memberikan gambaran jelas sekaligus membantu merangka strategi jualan yang lebih baik dan melonjakkan pertumbuhan perniagaan mereka:

Jika saya merancang topik baharu dan memerlukan nasihat, orang yang paling tepat untuk ditanya ialah pengikut saya di Instagram. Saya menggunakan cerita saya untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang suatu perkara, kerana jika mereka mengundi perkara tersebut, anda tahu mereka menyukainya dan lebih cenderung untuk membelinya.
CARRIE DENNAHY, PENGASAS, CARRIE ELIZABETH
Dengan komuniti kami, kami menggunakannya untuk memahami perkara yang didambakan oleh pelanggan kami. Idea untuk satu daripada kempen pemasaran kami yang paling berjaya datang daripada seorang pengikut.
EMMA WATKINSON, CEO, SILKFRED
Foto seorang khalayak yang mendengar panel pembicara
Kekuatan dalam Cerita

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, Cerita Instagram terbukti amat berkesan sebagai alat untuk perniagaan, dan usahawan ini telah menyaksikan kesan menjemput pelanggan mereka untuk melihat di sebalik tabir dan mendapatkan gambaran tentang perniagaan mereka:

Kami telahpun menggunakan cerita untuk menyingkap kisah di sebalik tabir syarikat kami. Kami sering mengetengahkan pekerja kami untuk mempamerkan personaliti kami.
EMMA WATKINSON, CEO, SILKFRED

Saban hari, cerita mencipta peluang untuk perniagaan menghasilkan garapan spontan dan menyediakan coretan sementara yang relevan sekali dengan detik ketika itu:

Suapan Instagram lebih mirip seperti hadapan kedai anda tetapi dalam cerita, anda boleh mengutarakan apa-apa sahaja yang anda mahukan. Hasilnya tidak begitu sempurna, jadi anda boleh menunjukkan kandungan masa nyata yang asli.
CARRIE DENNAHY, PENGASAS, CARRIE ELIZABETH

Cerita di Instagram tidak hanya hebat untuk mengeratkan kesalinghubungan dengan jenama, malah berjaya mendorong tindakan yang boleh diukur:

Tiket berjaya dijual namun agak perlahan. Sebaik sahaja Cerita Instagram disiarkan, tiket habis dijual dalam masa sejam. Ini membuktikan kepada anda tentang kuasa kandungan masa nyata.
SHARA TOCHIA, PENGASAS BERSAMA, DOSE
Pergi lebih jauh dengan iklan

Banyak perniagaan di Instagram memahami kekuatan jangkauan komuniti organik tetapi berasa ragu-ragu untuk beranjak kepada iklan berbayar. Pemilik perniagaan yang berjaya di Instagram ini mengetahui bahawa iklan berbayar ialah langkah semula jadi yang seterusnya bagi mana-mana perniagaan yang ingin berkembang dan meraih khalayak yang mantap:

Setelah kami membuktikan model kami, kami terus menumpukan sepenuh perhatian pada pengiklanan.
SHARA TOCHIA, PENGASAS BERSAMA, DOSE
Saya memulakan pengiklanan berbayar apabila saya menyedari hal yang sesuai untuk khalayak kami—jenis kiriman dan kandungan yang mereka ingin lihat.
CARRIE DENNAHY, PENGASAS, CARRIE ELIZABETH

Boleh dikatakan sebaik sahaja usahawan ini beranjak kepada iklan berbayar, kesan positif terhadap perniagaan mereka adalah luar biasa.

Pendapatan saya menokok dua kali ganda pada bulan pertama saya memulakan pengiklanan berbayar di Instagram. Sungguh mengagumkan.
CARRIE DENNAHY, PENGASAS, CARRIE ELIZABETH
Pengiklanan berbayarlah yang menjadi tulang belakang perniagaan kami. Ia mampu mengesan permintaan dan sumbernya dengan jayanya.
EMMA WATKINSON, CEO, SILKFRED
Lihat, Ketik, Kedai

Membeli-belah di Instagram telah membawa kualiti Instagram yang penting dan berinspirasi beberapa langkah ke hadapan dengan membenarkan penonton agar segera terlibat dengan produk yang menarik perhatian mereka tanpa perlu meninggalkan platform:

Di Instagram, tingkah laku adalah berbeza daripada platform lain. Orang ingin melihat produk, perkara baharu dan trend terkini.
EMMA WATKINSON, CEO, SILKFRED

Bagi usahawan ini, Membeli-belah di Instagram telah memberi mereka alatan untuk memberikan pengalaman yang lebih pelbagai dan berganjaran buat komuniti mereka:

Beli-belah Instagram menjadi lebih mudah untuk pelanggan dan lebih mudah buat anda dan masa anda. [Orang] tidak perlu lagi risau tentang Mesej Langsung yang meminta pautan ke produk.
CARRIE DENNAHY, PENGASAS, CARRIE ELIZABETH
Ia memberi pelanggan pengalaman yang lebih lancar daripada kami perlu meletakkan perihalan 'mencari'.
EMMA WATKINSON, CEO, SILKFRED

Bagi perniagaan itu sendiri, Membeli-belah di Instagram telah memberi mereka alatan untuk memupuk pemahaman yang lebih mendalam dan lebih bermakna tentang khalayak mereka:

Kami amat mahukan Instagram yang membolehkan beli-belah supaya lebih memudahkan pengukuran dan penjejakan pendapatan kami.
EMMA WATKINSON, CEO, SILKFRED
3 perkara yang harus difikirkan

Kami menutup tirai panel kami dengan beberapa ringkasan tentang cara Instagram Mengusahakan Perniagaan untuk perniagaan ini dan banyak lagi:

  • Instagram ialah tempat orang berhubung dengan minat mereka dan juga perniagaan yang mengongsikannya

  • Instagram berfungsi untuk perniagaan bagi setiap saiz, dan sangat bagus untuk perniagaan yang ingin menghasilkan kesan sebenar

  • Cerita Instagram membolehkan perniagaan mencipta kandungan bermakna yang berhubung dengan khalayak pada detik tersebut, dan menyuntik sentuhan manusia pada jenama mereka.

Jika anda ingin membaca lanjut tentang perniagaan yang berkembang di Instagram dengan jayanya, anda boleh melihat Siri Menyerlah kami dan meneroka Cerita Kejayaan Instagram.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA