Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Tip, Inspirasi
Cara menggunakan Hyperlapse
Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan
San Francisco, CA
Lupakan tripod yang sangat besar dan peralatan yang mahal, dengan Hyperlapse—apl daripada Instagram—anda boleh mencipta video selang masa lancar yang rakaman goyah diperbetulkan untuk anda. Dengan cara itu, subjek yang paling biasa juga boleh menjadi video hebat, yang diperbuat dengan baik. Semua yang anda perlu lakukan adalah memuat turun Hyperlapse untuk iOS.
Tonton cara kedai basikal elektrik, Vintage Electric Bikes (@vintageelectric), menggunakan Hyperlapse untuk mempamerkan basikalnya beraksi—daripada cara basikal tersebut dibuat hingga cara ia befungsi. Dan ketahui petua-petua tentang cara anda boleh menggunakannya untuk perniagaan anda.
• Mulakan: Tentukan perkata yang anda ingin rakamkan sebelum anda mulakan
• Pilih kelajuan: Anda boleh melajukan video anda sehingga 12x. Anda turut boleh mengekalkannya pada 1x seperti mana-mana video yang lain, tetapi dengan Hyperlapse video anda distabilkan secara automatik—menjadikan rakaman yang kurang goyah.
• Kongsikan: Muat naik terus ke akaun Instagram atau Facebook anda dalam apl Hyperlapse tersebut. Anda turut boleh menyimpan video anda dan memuatnaikkannya ke Instagram Story anda.
• Petua bonus: Sebelum merakam video, anda boleh mengetik catur kutub pada skrin menggunakan empat jari untuk mendedahkan menu rahsia. Daripada situ anda boleh memilih peleraian video anda, kadar bingkai dan melajukannya sehingga 40x.
Selain daripada mempamerkan cara basikalnya dibuat, lihat beberapa cara lain Vintage Electric Bikes menggunakan Hyperlapse untuk berkongsi cerita perniagaannya.
Tinjau Belakang Tadbir: Tunjukkan peri kemanusiaan kepada perniagaan anda dengan video tanpa persediaan tentang perkara yang geng tersebut lakukan.
Pamerkan Produk Beraksi: Kongsikan kes penggunaan untuk produk atau perkhidmatan yang anda sedang jual dengan cara yang boleh dikaitkan setiap hari.
Kongsikan perspektif yang lain: Kejutkan pelanggan anda dengan cara-cara penggunaan produk atau perkhidamatan anda yang diluar jangkaan.
Mulakan hari ini, setelah kini anda mengetahui tentang Hyperlapse, cara ia berfungsi dan menjadi inspirasi kepada perniagaan anda.
Untuk mendapatkan bantuan lanjut tentang Hyperlapse, lawati pusat bantuan.
Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan
San Francisco, CA