Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

29 April 2020

Cara Menggunakan Instagram Direct untuk Menjawab Soalan dan Memberikan Kepastian

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Instagram Direct merupakan cara yang mudah untuk anda berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan, menjawab soalan dan menyediakan sokongan. Pada waktu yang tidak dijangka ini, orang ramai mempunyai banyak soalan untuk diajukan kepada anda di Instagram. Berbanding menjawab setiap satu soalan dalam Instagram, cuba urus mesej Instagram Direct daripada Peti Masuk Halaman Facebook anda pada mudah alih atau komputer meja.

Bermula

Anda perlu menyambungkan Halaman Facebook perniagaan dan akaun Instagram. Untuk melakukannya, anda perlu memiliki pentadbir atau akses penyunting pada Halaman Facebook serta nama pengguna dan kata laluan bagi akaun Instagram. Lihat panduan ini untuk maklumat lanjut.

Pada mudah alih
  • Mulakan dengan memuat turun apl Pengurus Halaman Facebook daripada App Store atau Google Play. Jika anda sudah memuat turun apl Pengurus Halaman Facebook, pastikan anda memasang pengemaskinian terkini.

  • Klik tab Peti Masuk di bahagian bawah skrin, kemudian klik tab Instagram Direct.

  • Jika ini ialah kali pertama anda menyambungkan akaun Instagram, klik butang “Sambung Akaun”.

  • Jika anda pernah menyambungkan akaun Instagram sebelum ini, anda perlu menyambungnya semula. Klik butang “Sambung Semula Akaun”.

Pada komputer meja
  • Mulakan dengan menavigasi ke tab Peti Masuk pada Halaman Facebook, kemudian klik tab Instagram Direct.

  • Jika ini ialah kali pertama anda menyambungkan akaun Instagram, klik butang “Sambung Akaun”.

  • Jika anda pernah menyambungkan akaun Instagram sebelum ini, anda perlu menyambungnya semula. Klik butang “Sambung Semula Akaun”.

PETUA DAN IDEA

  • Cipta Balasan Segera berkaitan situasi semasa perniagaan anda untuk menjimatkan masa sewaktu memberi respons terhadap sebab berlakunya penutupan atau kelewatan dalam perkhidmatan biasa anda. Lihat di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

  • Gunakan wadah Instagram lain seperti Suapan dan Cerita, untuk menjawab soalan daripada khalayak yang lebih luas.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA