Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi

24 Oktober 2017

Meningkatkan Kreativiti: Cara Budaya Makanan Beralih ke Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Ingatkah pada suatu ketika, sajian makan malam pada hari Selasa ialah daging yang dipanggang selama dua jam, segar daripada ketuhar? ... Kami juga tidak. Ini kerana waktu makan tidak seperti dahulu: sebab utama adalah kerana ia telah menjadi lebih cekap dan mudah alih.

Membentuk cara orang menerokai, membeli dan berkongsi makanan baharu, telah mengilhamkan cara baharu untuk berhubung dengan makanan—terutamanya di Instagram. Tidak kira sama ada anda berada di kedai hujung, restoran kegemaran anda mahupun restoran dalam talian, mudah alih telah digunakan di serata tempat yang membolehkan orang ramai membeli makanan. Di Instagram, sebanyak 81% tinjauan daripada orang ramai menganggap diri mereka sebagai pencinta makanan dan 2X lebih cenderung membeli menggunakan telefon pintar,1 interaksi seumpama ini mencipta lebih banyak peluang kepada pemasar makanan untuk tampil menginspirasikan tindakan melalui mudah alih.

Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai cara mudah alih terus memberi inspirasi kepada bidang-bidang yang ada di Instagram, kami bekerjasama dengan kumpulan wawasan dalaman kami, Facebook IQ untuk menerokai perubahan utama makanan2 yang sedang mempertingkatkan kreativiti di seluruh komuniti kami di AS.

Menikmati Gigitan Hidangan

Oleh kerana ramai orang memikirkan #makanan3 di luar rutin biasa untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam, kami memerhati peningkatan dalam tabiat snek bersaing dengan tabiat makan tradisional—menyebabkan masa makan menjadi lebih cekap daripada biasa. Dipengaruhi oleh gaya hidup individu dan keutamaan, sebanyak 63% para pengguna (di AS) lebih gemar menikmati snek berbanding hidangan, sementara 84% memilih untuk menikmati snek semasa hidangan.4 Tetapi ia bukan hanya berkenaan cara orang menikmati snek adalah berbeza, ia juga berkenaan makna sebenar menikmati snek.

Dalam kesibukan hari ini, budaya dalam perjalanan bukan lagi suatu kejutan kerana 4 daripada 10 pengguna di AS bersetuju bahawa apa-apa sahaja makanan dikira sebagai snek.5 Dan apabila orang ramai berbual tentang #snek,6 mereka juga bercakap tentang makanan yang asalnya dianggap sebagai sebahagian daripada hidangan, seperti salad, kentang goreng dan sandwic.7

Dengan pelbagai jenama snek di luar sana, kami perlu mencari jalan untuk menunjukkan betapa enaknya bar kami dan orang ramai perlu mencubanya. Kedai Kreatif Facebook membantu kami mencipta kreatif unik untuk menarik perhatian orang ramai dalam Suapan Berita mudah alih yang telah berjaya meningkatkan kesedaran jenama.
Elena Parlatore, Pengarah Pemasaran Digital, INIT Snacks
Merangsang Tabiat Baharu

Kemudahan memacu pemilihan makanan orang ramai dan memotivasikan mereka untuk membeli dan menyediakan makanan menggunakan cara baharu. Selain merancang kehidupan dengan makanan, kini orang ramai mengutamakan aspek produk yang menjimatkan masa apabila merangkumi makanan pada kehidupan mereka. Pembelian runcit dalam talian di AS merupakan satu contoh bagi ikut-ikutan yang meningkat naik ini. Antara 2014 dan 2016, bilangan orang yang menyatakan mereka membeli barang runcit dalam talian dan akan mengulang pembelian adalah lebih daripada dua kali ganda,8 sementara akaun di Instagram adalah 2.6X lebih gemar membuat pembelian dalam talian untuk makanan yang dibungkus.9

Tambahan lagi, keperluan kemudahan juga memacu peningkatan alat hidangan (perkhidmatan langganan seperti Blue Apron atau Plated) dan perkhidmatan penghantaran berdasarkan apl. Kajian terkini menunjukkan purata setiap lapisan kemudahan yang ditambah ke urusan pembelian makanan, orang ramai sanggup membayar sehingga lebih daripada 11%.10

Dari Mana Makanan Itu Datang adalah Penting

Untuk #makanan11 di Instagram, tempat makanan tersebut berasal dan cerita di sebaliknya adalah penting sebagaimana ia digambarkan dan rasanya. Keinginan orang ramai semakin meningkat untuk mendapatkan makanan sihat dalam kandungan zat serta sumber kulturnya yang asli. Daripada pengaruh kawasan kepada sumber semula jadinya, si pemakan terus membentuk pemilihan makanan dan ragam orang ramai di seluruh dunia—terutamanya dalam bahan utama seperti rempah, bahan membakar dan pewarna antarabangsa.

Matcha, serbuk teh hijau istimewa berasal daripada Jepun merupakan satu contoh bahan utama dalam trend pemasaran. Paling terkenal dalam kalangan generasi muda di US, terutamanya wanita berusia 21+,12matcha telah menjana pertumbuhan perbualan di Instagram tentang kualitinya yang bermanfaat dan penampilan visualnya yang menyihatkan. Cha Cha Matcha (@chachamatcha), sebuah singgahan teh di Bandar New York, telah mencampurkan matcha yang istimewa ke dalam minuman dan menampilkannya menerusi suapan Instagram mereka.

Tidak kira sama ada menunjukkan gedung kami, produk baharu atau berkongsi fakta menarik mengenai jenama kami, Instagram telah banyak membantu perniagaan kami dengan pelbagai kaedah yang tidak terkira. Ia merupakan satu-satunya platform media sosial yang kami gunakan. Ia membenarkan kami berinteraksi dengan pelanggan seperti biasa dan memberi mereka gambaran tentang apa yang kami lakukan di sebalik tabir.
Matthew Morton, Pengasas Bersama, Cha Cha Matcha
Tempat untuk Makanan, Kreativiti dan Kesan

2Sedang mudah alih terus membentuk semula dunia sekeliling kita, adalah penting untuk pemasar makanan memahami kesannya dan cara Instagram boleh menghubungkan mereka dengan pelanggan mereka. Sama ada menerusi cerita, suapan atau peralatan kreatif yang lain, platform kami sedang mengubah cara orang menemui, membeli dan berkongsi makanan baharu di mudah alih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan mudah alih terhadap rasa dan ragam orang ramai berkenaan makanan, terus lawati Facebook IQ untuk artikel penuh. Juga, untuk melihat cara jenama makanan lain seperti Teddy dan DiGiorno beroleh kejayaan di Instagram, ketahui cerita mereka di sini.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA