Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Membawakan Iklan Karusel ke Cerita Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Hari ini, kami memperkenalkan Iklan Karusel untuk Cerita Instagram bagi membolehkan pengiklan mengirim sehingga tiga media dalam setiap iklan Cerita yang dihadkan kepada satu sahaja sebelum ini.
Sejak melancarkan Cerita Instagram, kami menyaksikan komuniti menyerlahkan kreativiti masing-masing yang mengagumkan. Daripada penapis wajah kepada superzoom kepada pelekat gif, Cerita telah mengubah sepenuhnya cara pengguna berkongsi di Instagram. Bidang perniagaan juga menampilkan kreativiti yang sama. Contohnya, pengeluar kasut mewah baru-baru ini menggalakkan pembeli “menahan dan jeda” pada kasut kegemaran mereka sebaik sahaja jenama ditambah pada cerita baharu.
Iklan Karusel untuk Cerita Instagram berfungsi sama seperti kandungan Cerita lain yang boleh ditekan, diputar semula atau dijeda pada bila-bila masa yang anda kehendaki.
Kini dengan adanya dua tambahan media, pengiklan boleh menguatkan lagi penceritaan dengan cara yang sama digunakan oleh komuniti pada masa ini. Gap (@gap) telahpun memanfaatkan Iklan Karusel untuk Cerita Instagram bagi menggabungkan elemen asal—seperti alatan mengepin dan mewarna—serta menggunakan ruang tambahan untuk menyerlahkan lebih banyak kempen.
Untuk mengetahui cara komuniti dan jenama menggunakan format iklan baharu ini, kami bermula dengan set pengiklan terhad sedunia seperti Coca-Cola (@cocacolamx), Renault (@renault_france) dan Paramount (@paramountpics). Kami akan berkongsi dengan lebih banyak apabila Iklan Karusel untuk Cerita Instagram boleh didapati secara menyeluruh.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA