Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi, Tip
Business Brought to Life: Instagram Pop Up Shop
Perniagaan kecil hanya dalam talian berkembang pesat di Instagram, tetapi apakah yang akan berlaku jika jenama ini dibawa ke bangunan gedung tradisional?
Bulan lepas, persoalan ini terjawab apabila kami menjemput 6 perniagaan kecil UK terkemuka untuk menampilkan jenama mereka ke Kedai Timbul Instagram di Covent Garden, London. Bagi sesiapa yang tidak dapat menyertai kami di sana, berikut ialah beberapa sorotan daripada 2 hari tersebut.
Kedai Timbul Instagram dimulakan dengan panel perbincangan yang dikendalikan oleh usahawan berpengaruh Freddie Harrel bersama pengasas RIXO, Scamp & Dude dan Never Fully Dressed.
Panel ini menyingkap setiap ranjau dan liku pengasas dalam menempa kejayaan mereka di Instagram, serta cara mereka mendampingi khalayak dan cara menangani tabiat pembeli yang sentiasa berubah-ubah pada masa kini.
Satu perkara yang menonjol dalam kalangan usahawan berjaya ini adalah keterujaan mereka untuk Membeli-belah di Instagram dan peluang yang dibuka oleh ciri baharu ini kepada mereka—daripada penggunaan yang mudah, kepada keberkesanannya menghubungkan pelanggan dengan perkara yang penting.
Cerita di Instagram telah menjadi cara yang hebat dan berkesan untuk perniagaan berkongsi kandungan “belakang pentas” eksklusif dengan khalayak dan menarik mereka menyelami jenama:
Dengan jangka hayat sementara selama 24 jam dan orientasi vertikal yang sesuai untuk tontonan mudah alih, Cerita Instagram merangsang perniagaan untuk berfikir dan mengolah secara kreatif dalam cara yang berbeza.
Kami telah menyusun sesi pembelajaran interaktif untuk membantu perniagaan kecil memahami cerita dengan lebih baik dan mendapat inspirasi tentang cara menggunakannya. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, lawati laman web Sekolah Cerita kami.
Pembeli yang datang ke Kedai Timbul Instagram mendapat peluang keemasan untuk bertemu dan berbual dengan pengasas beberapa jenama fesyen dan gaya hidup kegemaran mereka serta membeli beberapa item pilihan daripada koleksi kapsul yang ada di acara tersebut. Berikut ialah sorotan mereka yang hadir:
@rixo telah dicipta oleh rakan karib Henrietta Rix dan Orlagh McCloskey yang terkenal dengan cetakan berinspirasikan vintaj mereka yang unik dan ranggi.
@neverfullydressed menampilkan reka bentuk cetakan garang dan gaun lilitan yang telah menarik ramai pengikut global.
@haeckels menjelajah ke bandar dari ibu pejabat pinggir pantai mereka di Margate untuk berkongsi barangan penjagaan kulit dan wangian semula jadi yang anggun.
@scampanddude ialah jenama pakaian dan aksesori ibu dan anak yang direka supaya kanak-kanak berasa “bagaikan sentiasa dilindungi oleh adiwira”.
@carrie_elizabeth_jewellery memperlihatkan koleksi barang kemas separa halus mampu milik mereka yang indah lagi memukau.
@oh_squirrel mempamerkan koleksi alat tulis buatan tangan yang menarik—hadiah sempurna untuk orang yang tidak sabar menyambut ketibaan Krismas!
Kami mengambil beberapa petua hebat daripada peserta tentang rahsia untuk tampil menyerlah dan berjaya di Instagram sebagai perniagaan kecil. Dapatkan semua yang kita telah pelajari dengan memuat turun panduan berguna ini.