Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi
Daripada Menyemak Imbas kepada Membeli: Meneroka Perjalanan Beli-belah di Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Jika anda pernah bekerja dalam bidang peruncitan, anda tahu bahawa penjual yang bagus amat memahami tingkah laku manusia seperti ahli terapi. Para penjual sentiasa mencari petunjuk. Pernahkah pembeli datang ke kedai itu beberapa kali? Adakah mereka memegang banyak baju? Adakah mereka terus pergi ke bahagian jualan murah?
Petunjuk ini dikumpulkan untuk membantu para penjual menentukan waktu yang sesuai untuk mendekati seseorang, perkara yang perlu dikatakan dan perkara yang perlu dilakukan. Tetapi apabila pembeli pergi ke dalam talian, tanpa akses kepada data yang betul, peruncit "tidak akan mendapat petunjuk". Tetapi bagaimana jika peruncit tidak memerlukan petunjuk? Dengan memberikan pelbagai maklumat kepada peruncit berkenaan perjalanan beli-belah, isyarat daripada piksel Facebook boleh membantu peruncit memahami cara pembeli mereka membeli dan hasilnya dapat mendorong penukaran.
Untuk mengetahui cara isyarat boleh membantu peruncit memahami perjalanan yang unik ini dengan lebih baik1 dan untuk membawakan pembeli daripada "Terima kasih, saya hanya tengok-tengok sahaja", kepada "Saya inginkan yang ini", kami telah bekerjasama dengan Facebook IQ2 dan telah meneroka perkara yang mendorong pembeli dalam kategori runcit khusus—terutamanya pembeli yang berbelanja lebih besar.
Dengan 800J akaun di Instagram yang sering berkongsi minat mereka dengan seluruh dunia, peruncit menggunakan rangkaian alatan dinamik Instagram untuk berhubung dengan pembeli menjangkaui bahagian kedai. Bertindak sebagai tempat pameran untuk dunia, instagram menawarkan cara baru dan menarik untuk mendapatkan pengalaman berkenaan sesuatu jenama dan/atau produk, tidak seperti di tempat-tempat lain. Sama ada menerusi suapan, cerita atau secara langsung, peluang untuk peruncit menonjolkan diri mereka dan mengilhamkan tindakan tidak pernah sebaik ini.
Seperti apa yang kami pelajari semasa kajian wawasan fesyen kami baru-baru ini, Instagram merupakan tempat orang ramai berkumpul dan meluahkan perasaan mereka secara visual serta berhubung dengan orang yang penting—sama ada dengan rakan, pemberi pengaruh akaun perniagaan kegemaran mereka. Malahan, 80% daripda akaun Instagram mengikuti sesuatu perniagaan untuk merasai rasa kehampiran akan hubungan dengannya—menjadikan ramai yang merasakan mereka seolah-olah adalah sebahagian daripada kumpulan eksklusif.3 Keunikan platform ini bukan sahaja dari sudut Komuniti tetapi juga dari segi masa yang orang ramai luangkan pada platform untuk berinteraksi dengan 15J profil perniagaan kami.
Walaupun kategori beli-belah runcit telah mewujudkan subset kecil daripada penjual dalam talian, tingkahlaku pembelinya adalah tidak sekata. Dalam kedai yang menjual bahan binaan, keupayaan penjual untuk memberi respons kepada keperluan unik setiap pembelian adalah tidak sama antara seseorang yang membuat pembelian atau yang meninggalkan kedai tanpa membeli apa-apa. Perkara yang sama berlaku di dalam talian. Menggunakan isyarat untuk meneroka pelbagai tingkah laku beli-belah orang ramai di sepanjang perjalanan, kami mendedahkan dua segmen pembeli unik4 membentuk cara orang ramai menyemak imbas dan membeli di Instagram.
Pakar Beli-belah dan Peminat Fesyen
Untuk ramai orang, Instagram merupakan tempat penemuan yang diidam-idamkan. Ia adalah tempat orang ramai seperti Pakar Beli-belah5 dan Peminat Fesyen6 boleh mendapat ilham daripada trend terkini dan membeli jenama kegemaran mereka. Seterusnya, Instagram mengubah secara aktif cara dunia menggunakan kandungan dan membeli dalam talian.
Menggunakan hashtag popular seperti #shopping,7 #style8 dan #fashion,9 pembeli yang gemar berbelanja besar berhubung dengan perniagaan di Instagram pada tahap yang lebih mendalam—mencetuskan hubungan yang lebih peribadi (serta setia) dengan mereka. Malahan, merentas kategori runcit khusus, 40% pembeli telah dikenal pasti sebagai pelanggan setia dalam kategori tersebut, terutamanya Peminat Fesyen.10
Dan rasa kesetiaan ini datang daripada minat yang mereka rasai. Untuk Pakar Beli-belah dan Peminat Fesyen, fesyen dan beli-belah merupakan sebahagian besar daripada diri mereka sebagai seorang individu. Ciri ini terdapat dalam identiti mereka yang membuatkan mereka berasa penting.11
Inilah sebabnya setiap bulan, 75% Pakar Beli-belah dan 70% Peminat Beli-belah beralih kepada Instagram.12 Mereka lebih berkemungkinan akan menyatakan bahawa mereka menggunakan platform untuk menemui produk atau perkhidmatan baharu, untuk melibatkan diri dengan pakar industri dan menyemak imbas foto kandungan atau produk/jenama yang memberi ilham. Ia membolehkan mereka berhubung dengan bahan yang penting, di samping menyuarakan dan berkongsi suara mereka merentas komuniti kami.
Memandangkan terdapat bermacam ragam tingkah laku beli-belah, penting bagi peruncit dan pemasar untuk memahami tingkah laku pembeli mereka. Dengan memberikan maklumat berkenaan perjalanan lengkap pembeli kepada peruncit, isyarat ini boleh membantu pemasar menjadikan pembeli mereka daripada "hanya melihat" kepada membeli. Dan Instagram adalah cara yang terbaik untuk melakukannya—terutama sekali dengan pembeli yang gemar berbelanja besar.
Bagi perniagaan yang layak di AS, ciri beli-belah di Instagram merupakan cara yang terbaik untuk mencapai pelanggan yang berharga dan mengilhamkan tindakan. Dengan meletakkan tag pada produk dalam kiriman, perniagaan di Instagram membolehkan orang ramai bertindak dengan mengetik untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang ditampilkan atau melawat laman webnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang segmen pembeli dan isyarat yang boleh memberitahu anda tentang perjalanan beli-belah, lihat siri tiga bahagian FBIQ. Dan untuk melihat cara perniagaan seperti Country Road (@countryroad) dan Pura Vida Bracelets (@puravidabracelets) memperoleh kejayaan dalam berhubung dengan pembeli di Instagram, terokai kisah kejayaan mereka di sini.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA