Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi

10 Mei 2018

Kecantikan di Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Lebih daripada 800 juta akaun yang aktif,1 Instagram telah menjadi destinasi kepada orang ramai untuk berhubung dengan jenama, pencipta dan pakar kecantikan kegemaran mereka. Sama ada menerusi suapan, langsung atau cerita, Instagram mengubah cara pengalaman trend kecantikan dikongsikan. Sebagai sebahagian daripada acara Kuasa Kecantikan kami yang terbaharu di Los Angeles dan New York, kami menerokai bagaimana Instagram menyediakan peluang terbaik kepada pengiklan untuk berhubung dengan komuniti secara aktif dan lebih menarik.

Daripada 10 akaun yang diikuti oleh pengguna Instagram kecantikan, sembilan daripada akaun ini merupakan jenama kecantikan.
Data Instagram, Apr 20182
Dibina untuk Kecantikan

Kesemulajadian visual Instagram membolehkan orang ramai mengikuti dan berkongsi minat mereka di mana-mana sahaja—terutamanya dalam komuniti kecantikan. Malah, pengguna Instagram kecantikan sentiasa aktif di platform pada setiap hari setiap bulan,3berlangsung dalam 33 sesi purata dalam sehari.4 Sebab bagi peningkatan aktiviti ini ialah berikutan kandungan yang telah banyak dihasilkan oleh pelbagai jenama komuniti, pencipta dan pakar yang menggemari bidang ini—terutamanya menerusi video. Semakin banyak kandungan yang dikongsikan para pencipta di Instagram, komuniti kecantikan kami telah membantu Instagram menjadi sebuah destinasi penemuan dan tindakan.

Selepas tempoh 28 hari, pengguna Instagram kecantikan memperoleh purata sebanyak 300 tontonan video.
Data Instagram, Apr 20185
Suapan Kuasa Kecantikan

Dengan tumpuan uniknya terhadap dunia menerusi imej dan video menarik, kepelbagaian alatan dan saluran Instagram bekerjasama untuk memberikan 'hasil' yang sempurna kepada pengiklan apabila berkongsi cerita dengan komuniti mereka. Bagaimanakah anda boleh mengetahui alatan atau saluran yang hendak digunakan? Apabila mencipta titik sentuhan unik untuk dialami oleh para pengguna—sama ada siarang langsung, mesej langsung atau cerita—ia merupakan tindakan terbaik untuk menggunakannya bersama bagi memaksimumkan kuasa sebenar Instagram dalam mendorong hasil perniagaan.

Contohnya, jenama kecantikan di Instagram boleh menggunakan pengalaman kandungan berjenama ini untuk berkongsi rakaman eksklusif di sebalik tabir, siaran langsung, gambar yang indah dalam suapan, atau menawarkan pelbagai pilihan produk dalam cerita—sama seperti yang telah diusahakan oleh jenama kosmetik Cover FX (@coverfx) semasa kempen mereka pada baru-baru ini.

Menyerlah dengan Kecantikan

Sama seperti mempersiapkan wajah, Instagram memberikan perhatian kepada pelbagai elemen dan bagaimana ia bekerjasama sehingga menjadikan Instagram sebagai destinasi pusat kecantikan. Sama ada jenama ingin mempersembahkan produk terkini, pakar hendak berkongsi tips peribadi dan nasihat, ataupun pelanggan yang masih mencari minat mereka, Instagram telah menawarkan kandungan kecantikan terbaik untuk mereka yang memerlukan.

Untuk melihat bagaimana jenama kecantikan seperti Benefit Cosmetics (@benefitcosmetics), L'Oréal Paris Hair (@lorealhair) dan Birchbox France (@birchboxfr) menggunakan Instagram untuk menghasilkan kandungan yang menarik perhatian dan mendorong hasil perniagaan, sila lihat cerita kejayaan mereka di sini.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA