Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman, Inspirasi

13 April 2017

200J Orang Menggunakan Instagram Stories

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Instagram Stories semakin berkembang sejak dilancarkan tahun lalu. Kini, lebih 200 juta orang menggunakan cerita setiap hari untuk mengikuti secara kreatif dengan rakan-rakan dan akaun-akaun yang mereka gemari. Kami turut memperkenalkan alatan pelekat baharu yang membantu Pengguna Instagram menjadi lebih kreatif, sama ada mereka berkongsi akan sesuatu cerita atau sekadar berbual bersama rakan dalam Direct.

Bagaimana Perniagaan Menggunakan Cerita

Pelbagai saiz perniagaan di seluruh dunia sudah pun menggunakan cerita untuk berkongsi detik di sebalik tabir, kisah seharian dan personaliti mereka. Perniagaan seperti Akbank.

Salah sebuah daripada bank terbesar di Turki, Akbank mengendalikan kempen iklan selama dua minggu di Instagram Stories untuk menyampaikan mesej teras dalam bentuk ceria sambil menyasarkan untuk mempertingkat kesetiaan pada jenama dan equiti sikap. Pada penghujung kempen, peningkatan 28 mata pada pengingatan kembali iklan dan peningkatan 5 mata dicatatkan pada persekutuan mesej.

200J Orang Menggunakan Instagram Stories
Akbank merupakan suatu jenama warisan yang utuh namun suatu yang baru dan dinamik. Instagram sering sealiran dengan dasar Akbank yang mendahulukan media.
Murat Göllü, Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat di Akbank
Lakukan Pelbagai Lagi menggunakan Pelekat pada Instagram

Kami turut memperkenalkan alatan pelekat baharu. Jadikan swafoto kepada pelekat yang boleh anda gunakan pada keseluruhan cerita anda, letakkan pelekat swafoto di mana sahaja, sesuaikan saiz dan gunakan alatan kreatif lain seberapa banyak yang anda mahu. Anda juga boleh pinkan pelekat swafoto—sebagaimana pelekat atau teks yang lain—pada tempat tertentu dalam video.

Jika anda tinggal di, atau mengembara ke, Chicago, London, Madrid atau Tokyo, anda boleh mula melihat pelekat geo untuk kota tersebut pada hari-hari yang mendatang. Semua pelekat geo telah direka oleh ahli komuniti tempatan bagi membantu menyemarakkan kota yang mereka diami.

Kami turut memperkenalkan pintasan agar mudah untuk mendapatkan pelekat kegemaran anda. Hanya ketik muka senyuman dan leret ke kanan untuk melihat pelekat yang baru anda gunakan. Akhir sekali, apabila anda merakam video menggunakan mod 'Bebas Tangan', ketik dan tahan butang tersebut untuk melihat pemasa hitung membilang-bawah untuk video bermula.

Milikan Instagram sentiasa dilingkungi komuniti yang bersemangat, di mana orang dan perniagaan berhubung. Kini, dengan alatan pelekat baharu beserta ratusan juta manusia menggunakan cerita, terdapat pelbagai kaedah lagi bagi perniagaan untuk menjadikan detik santai seharian mereka kepada sesuatu yang menyeronokkan untuk dikongsi.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA