INSTAGRAM DIRECT

Jalinkan perhubungan peribadi dengan pelanggan anda dan kembangkan perniagaan anda dengan pemesejan Instagram.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.

Ikon anak panah ke bawahPETUA

Cipta pengalaman pemesejan terbaik menggunakan petua ini untuk Instagram Direct.

Keresponsifan ialah kunci untuk menjalinkan sebarang perhubungan yang teguh.

Pertimbangkan penggunaan balasan segera atau respons automatik untuk mencipta mesej berada jauh, berkongsi waktu untuk sembang langsung atau memberikan anggaran masa respons jika penglibatan segera tidak dapat dilakukan.

Mengesahkan penerimaan mesej, walaupun semasa anda tidak tersedia, membantu membina kepercayaan pelanggan.

Orang ramai yang menghantarkan mesej kepada anda kemungkinan berminat terhadap jenama anda atau telah menjadi pelanggan sebelum ini. Tunjukkan perkara yang mereka suka tentang perniagaan anda dalam mesej serta perbualan anda.

Setiap perbualan ialah peluang untuk menjalinkan perhubungan dan mengembangkan perniagaan anda. Berinteraksi dengan mesej cinta jenama dan balas sebutan Cerita, jika relevan.

Cuba kongsikan Cerita, siaran, imej, pautan dan video untuk berhubung dengan pelanggan anda, membantu mereka menemukan perkara yang mereka perlukan serta menyelesaikan isu mereka.

Pemesejan peribadi juga merupakan peluang yang baik untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu, menyediakan pengalaman membeli berpandu dan mengumpulkan maklum balas pelanggan yang berharga.

Pemula Bicara ialah cara yang menyeronokkan dan mudah untuk memulakan perbualan.

Balasan Segera menawarkan gesaan yang telah ditentukan untuk dipilih oleh pelanggan bagi mendapatkan jawapan dan maklumat dengan cepat. Ciri ini boleh membantu membimbing perbualan anda, meningkatkan keupayaan anda untuk membalas lebih banyak mesej.