Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

9 September 2019

Baharu: Mencuba Siaran Membeli-belah Instagram sebagai Iklan

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Instagram sememangnya tempat yang terbaik untuk penemuan. Orang gemar menyemak imbas, menerokai dan membeli daripada perniagaan terus dari apl. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mencipta ciri-ciri membeli-belah organik untuk memudahkan orang mencari dan membeli setiap kali ilham itu tercetus. Malah kini, ada lebih daripada 130 juta akaun sentiasa menyemak imbas tag daripada siaran Membeli-belah Instagram setiap bulan.1

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan berterusan kami bagi mewujudkan pengalaman membeli-belah yang terbaik, kami akan menguji keupayaan perniagaan membeli-belah untuk memaparkan siaran membeli-belah sedia ada sebagai iklan dalam Pengurus Iklan. Bermula hari ini, beberapa perniagaan terpilih akan dapat menguji pengalaman ini dalam suapan. Memaparkan siaran membeli-belah ini sebagai iklan memberikan pengalaman yang sama yang orang ramai sudah tahu dan sukai. Pembeli yang mengetik iklan ini akan dibawa ke halaman penerangan produk dalam Instagram dan boleh terus membeli dari laman mudah alih perniagaan.

Kami sangat teruja untuk memantapkan kehadiran membeli-belah kami di Instagram dengan menjalankan siaran membeli-belah organik kami sebagai iklan. Adalah penting bagi kami untuk menguji kaedah baharu dan mengembangkan strategi pemasaran digital kami di samping sentiasa mengkaji tingkah laku dan tabiat pengguna membeli-belah kami melalui produk baharu yang ditawarkan oleh Instagram. Kami tidak sabar melihat bagaimana ciri ini dapat memberikan impak kepada perniagaan kami!
ALISA HARADA, PENGURUS PEMASARAN, REVOLVE

Kami lihat tingkah laku membeli-belah kian rancak dengan ciri membeli-belah organik, dan kini kami teruja untuk menguji pengalaman iklan baharu ini dengan perniagaan. Menerusi iklan ini, perniagaan boleh menjangkau dan meluaskan khalayak sasaran, mempamerkan produk melalui format membeli-belah dan membawa orang menuju ke laluan pembelian dengan pengalaman yang ramai pengguna Instagram sudah sedia maklum.

Ini cuma langkah pertama bereksperimen dengan siaran membeli-belah sebagai iklan dan kami akan memantau sentimen komuniti sepanjang tempoh ujian ini. Pada masa akan datang, kami merancang untuk membina dan menguji pembayaran sebagai sebahagian daripada iklan ini, lantas memudahkan orang untuk membeli di Instagram.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA