Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip, Pengumuman

22 April 2020

Mengambil Tindakan Semasa COVID-19

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Setelah merebaknya wabak COVID-19, orang ramai, masyarakat dan perniagaan di seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup yang baharu. Bagi perniagaan di seluruh dunia, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta pelanggan ialah keutamaan mereka. Kami juga memahami keadaan genting saat ini, syarikat menghadapi cabaran yang sukar kerana operasi rutin perniagaan mereka telah terganggu. Berikut ialah 3 cara anda boleh mengambil tindakan.

1. Kembangkan perniagaan dan perkhidmatan anda secara digital

Penjarakan fizikal menjadi realiti buat orang ramai dan komuniti seluruh dunia, perniagaan perlu berkomunikasi dengan pelanggan menerusi cara yang kreatif menggunakan platform digital. Instagram boleh membantu perniagaan untuk kekal relevan dan mengekalkan perkara yang diminati oleh orang ramai pada waktu yang tidak menentu ini. Ini bermaksud mengeratkan komuniti pada saat ini dengan menawarkan cara untuk membeli-belah dalam talian berbanding pergi ke kedai dan menyediakan tempat untuk mendidik serta menghiburkan pelanggan dengan pengalaman video interaktif.

ALATAN UNTUK DIGUNAKAN
INSTAGRAM LIVE
MEMBELI-BELAH INSTAGRAM
IGTV
Eratkan komuniti anda saat ini dengan Instagram Live.

Inilah waktu yang tepat untuk memanfaatkan ruang supaya kita dapat berhubung antara satu sama lain. Anjurkan acara dalam talian atau sesi Soal Jawab menggunakan Instagram Live, dan anda juga boleh menjemput rakan untuk turut serta. Kami dapat menyaksikan pencipta, tokoh masyarakat dan perniagaan bersiaran langsung untuk mendidik dan menghiburkan orang ramai. Tontonan Instagram dan Facebook Live meningkat dua kali ganda dalam tempoh seminggu di Itali. Bagi meraih penonton seramai yang mungkin untuk Instagram Live anda, promosikannya di Suapan dan Cerita anda sebelum bersiaran langsung, dan siarkan video Langsung ke Cerita setelah tamat supaya ia kekal selama 24 jam. Anda juga boleh menyimpan video Langsung anda dan memuatnaikkannya ke IGTV.

Berikut ialah beberapa inspirasi:
  • Jenama pengilat kuku Olive & June (@oliveandjune) menganjurkan langsung bengkel merias kuku, mengongsikan petua merias kuku dan bertanya kepada pengikut tentang perkara yang mereka inginkan (penghantaran percuma, cabaran kuku.).

  • Ilustrator Wendy MacNaughton (@wendymac) menunjukkan cara melukis kepada kanak-kanak pelbagai lapisan umur.

  • Syarikat busana pengantin Anomalie (@anomalie) bersiaran Langsung untuk bercakap tentang cara menguruskan perkahwinan yang dibatalkan.

Tawarkan cara untuk membeli-belah dalam talian berbanding dari kedai.

Memandangkan orang ramai kurang meluangkan waktu di luar rumah, bimbing mereka membeli-belah dalam talian dan mengetahui maklumat yang diperlukan menerusi Instagram. Pastikan URL tapak web anda disenaraikan dalam biografi perniagaan di Instagram. Jika anda telah menutup kedai atau menetapkan waktu perniagaan yang terhad, ini merupakan wadah yang bagus untuk mengongsikan maklumat ini. Jika anda menawarkan kad hadiah, maklumkan kepada pengikut anda supaya mereka boleh menyokong perniagaan anda dan menikmatinya kemudian.

Jika anda menjual produk, gunakan Tag Membeli-belah supaya orang ramai boleh membeli produk anda terus daripada Suapan dan Cerita. Dengan berbuat demikian, produk anda juga akan memenuhi Kedai Profil, di mana orang ramai boleh melayari produk yang penting buat mereka semasa berada di halaman profil jenama anda. Berikut ialah langkah untuk menyediakan Membeli-belah Instagram.

Berikut ialah beberapa inspirasi:
  • Kedai kek Butter& (@butter_and) menawarkan kek “PSA” bagi penghantaran tempatan di San Francisco yang menyertakan nasihat CDC di bahagian atas seperti “cuci tangan anda.”

  • Penulis Helen Rosner (@helenr) mengongsikan barangan daripada perniagaan kecil yang boleh dibeli oleh orang ramai untuk menunjukkan sokongan mereka.

  • Chipotle (@chipotle) kini menawarkan penghantaran percuma dan mempromosikan perkhidmatan ini di Suapan dan Cerita, serta bersiaran Langsung semasa konsert waktu makan tengah hari bersama ahli muzik seperti Luke Bryan.

  • Lihat kedai Instagram @shop untuk mendapatkan idea kreatif bagi mempromosikan profil anda.

Gunakan IGTV untuk mengongsikan kandungan berdurasi panjang untuk mendidik dan menghibur.

Jika anda mahu mengongsikan kandungan berdurasi panjang, cubalah IGTV. Ia membolehkan anda berhubung dengan lebih akrab bersama khalayak anda dengan mengongsikan kandungan yang bersiri lebih panjang supaya orang ramai boleh menyertainya pada bila-bila masa. Hasilkan kandungan yang mengupas topik berkaitan perniagaan anda.

Berikut ialah beberapa inspirasi:
  • Kelas senaman bertenaga tinggi Barry (@barrys), mengadakan kelas harian di IGTV supaya komuniti mereka dapat mengikutinya dari rumah.




2. Sampaikan mesej dan berhubung dengan komuniti anda

Instagram boleh membantu anda menjangkau khalayak sama ada anda sedang beroperasi atau tidak, mengubah model perniagaan, mengongsikan item dalam stok, menawarkan diskaun atau membantu komuniti anda. Jenama juga menggunakan Instagram untuk memupuk komitmen terhadap komuniti mereka dan menunjukkan keprihatinan serta aura positif di saat yang mencabar ini.

ALATAN UNTUK DIGUNAKAN
SUAPAN INSTAGRAM
INSTAGRAM STORIES
Kongsikan mesej penting anda di Suapan.

Suapan juga boleh digunakan untuk mengongsikan komunikasi dan sorotan yang boleh dilihat oleh komuniti anda setiap waktu. Ia akan menunjukkan mesej penting yang kekal berada di profil perniagaan anda. Anda juga boleh mengongsikan #calmingcontent dalam suapan untuk membantu orang ramai kekal positif dan berinspirasi. Siarkan iklan untuk mengembangkan jangkauan bagi mesej penting jika anda mahu menyasarkan segmen khalayak tertentu.

Berikut ialah beberapa inspirasi:
  • Bintang Michelin Canlis Restaurant (@canlisrestaurant), mengubah perkhidmatan mereka kepada menyediakan pengambilan dan penghantaran hidangan keluarga.

  • Syarikat kotak resipi Gousto (@goustocooking) mengambil berat akan komuniti dan meyakinkan mereka yang memerlukan bahawa mereka masih boleh menghantar makanan segar, menderma ke bank makanan dan memberikan diskaun.

  • Jenama kasut Rothy (@rothys) mengongsikan siaran Suapan tentang langkah yang diambil untuk menutup kedai dan memastikan keselamatan komuniti.

  • Di Los Angeles, Nike (@nikelosangeles) menumpukan kandungan digital mereka untuk menunjukkan bagaimana Angelenos kekal aktif semasa berada di rumah, menggalakkan komuniti mereka untuk mengongsikan cerita dengan hashtag #playinside.

Gunakan Cerita untuk mengongsikan cerita anda.

Gunakan cerita untuk menyampaikan jenama anda dan mendorong penglibatan yang menghiburkan bersama komuniti anda. Cerita ialah wadah yang ideal untuk berkongsi mesej setiap waktu dalam situasi yang semakin tidak terjangka ini. Memandangkan Cerita hanya boleh ditonton selama 24 jam, anda boleh menggunakannya untuk memaklumkan pengikut tentang berita terkini menerusi perniagaan anda seperti mengubah waktu atau inventori dalam stok.

Gunakan pelekat interaktif seperti pelekat Undian dan pelekat Soalan untuk berhubung dengan khalayak anda dengan mengetahui apa yang ingin mereka dengar atau apa yang mereka mahu daripada perniagaan anda. Gunakan pelekat Cerita “Stay Home” Instagram baharu untuk mengingatkan pengikut dan komuniti anda agar kekal berada di rumah dan selamat. Libatkan pengikut anda di Cerita menggunakan kandungan harian dan cabaran dengan pelekat “Stay Home”, misalnya menyiarkan resipi, rutin senaman atau ungkapan harian.

Sifat Cerita yang asli menjadikannya sebuah wadah terbaik untuk menunjukkan detik di sebalik tabir perniagaan tentang apa yang sebenarnya berlaku dan apa pendapat anda tentang situasi semasa.

Berikut ialah beberapa inspirasi:
  • Syarikat minyak bijan jernih Brightland (@wearebrightland) mengongsikan resipi dari rumah daripada komuniti mereka.

  • LA County Museum of Art (@lacma) menggunakan pelekat Soalan untuk mengetahui apa yang ingin dilihat oleh orang ramai, kemudian mengongsikan karya seni yang relevan.

  • Syarikat biskut Oreo (@oreo) menggunakan kreatif Cerita untuk mengingatkan orang ramai untuk “kekal ceria” dan berhubung menggunakan sembang video.

3. Berkomunikasi dengan pelanggan anda

Jika peti masuk Direct anda dibanjiri mesej, anda masih boleh berkomunikasi dengan menguruskan mesej anda dan menyediakan Soalan Lazim untuk menjawab soalan lazim dari pelanggan anda.

ALATAN UNTUK DIGUNAKAN
INSTAGRAM DIRECT
SUAPAN INSTAGRAM
INSTAGRAM STORIES
Gunakan Direct untuk mencetuskan dialog bersama pelanggan anda.

Urus mesej Instagram Direct anda menerusi peti masuk akaun atau menggunakan alat perniagaan kami dalam peti masuk Halaman Facebook (ingat bahawa anda perlu menghubungkan Halaman Facebook dan akaun Instagram terlebih dahulu).

Anda juga boleh menggunakan Balasan Segera untuk menjimatkan masa apabila memberikan respons kepada soalan lazim.

Gunakan wadah Instagram lain untuk menjawab Soalan Lazim yang anda lihat dalam Direct.

Anda mungkin tidak mempunyai masa untuk menjawab setiap mesej dalam peti masuk Direct anda, jadi kongsikan soalan lazim yang kerap diajukan pada Suapan atau Cerita. Pertimbangkan untuk mencipta Sorotan dengan jawapan kepada Soalan Lazim.

Berikut ialah beberapa inspirasi:
  • Kedai bunga Flower Bodega (@flowerbodega) menerima semua mesej dalam peti masuk Direct menerusi siaran dalam Suapan, dan mengongsikan jawapan kepada soalan lazim yang kerap ditanya berkenaan dengan cara menyokong orang ramai sewaktu penjarakan fizikal.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA