Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Cerita kejayaan

7 September 2017

Kejayaan Sorotan di Cerita: Rakan Kongsi Pemasaran Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Pada awal tahun ini, kami menjemput kumpulan terpilih daripada Rakan Kongsi Pemasaran Instagram untuk meneroka unit iklan terbaharu kami, iklan cerita, dan berkongsi cara teknologi mereka membantu perniagaan menyerlah dengan lebih pantas.

Walaupun pelancaran iklan dalam cerita masih baharu—diperkenalkan secara global kepada semua perniagaan pada Mac lalu—kami telah menyaksikan momentum yang hebat daripada rakan kongsi kami yang bertauliah membina penyelesaian yang mendorong objektif perniagaan di Cerita Instagram.

Berikut merupakan beberapa penyelesaian berjaya yang dihasilkan oleh rakan kongsi kami.

Menumpukan kepada Khalayak Yang Penting

Merujuk kepada kerja yang dimaksudkan sebagai “menarik tetapi fokus,” AdParlor mengubah cara jenama dan persembahan pemasar mereka mengurus kempen pengiklanan di seluruh sosial—terutamanya di Cerita Instagram. Menggunakan tag dan analitik kreatif untuk membina penyelesaian bersepadu perniagaan, AdParlor membantu penyelarasan jenama dan meningkatkan pengiklanan sosial mereka yang mencipta pengalaman peribadi kepada khalayak mereka. Jenama seperti Today's Shopping Choice (@shoptsc).

Dengan kerjasama AdParlor dan teknologi Tag Bijak, jenama beli-belah utama berasaskan Kanada telah berjaya merungkaikan wawasan tahap mikro daripada unsur kreatif yang berfungsi untuk kempen terbaharu mereka di Cerita Instagram.

Wawasan ini buka sahaja membantu Today's Shopping Choice menjana pulangan perbelanjaan iklan yang lumayan, malah hasil kempen tersebut memaparkan (di seluruh carta) kos setiap jualan lebih rendah. Paling penting:

• 185% Kos setiap jualan lebih rendah apabila kreatif menampilkan seruan tindakan

• 172% Kos setiap jualan lebih rendah untuk skim warna biru (daripada skim putih)

• 59% Kos setiap jualan lebih rendah bagi kategori produk fesyen (berbanding kategori lain)

Kami percaya dengan kuasa Cerita Instagram dan berusaha sejak pertama kali untuk membantu para pengiklan memahami cara efektif dengan format baharu ini.
Paul Van Winssen, NP Rakan Kongsi Platform, AdParlor
Mendorong Pengoptimuman dan Kecekapan

Dengan menempa nama sebagai inovatif canggih, syarikat teknologi yang berkembang pesat MakeMeReach memberi peluang kepada agensi dan pengiklan seluruh dunia dengan kaedah yang lebih mudah untuk mencipta, mengurus dan mengoptimum kempen pemasaran di Instagram (dengan iklan dalam cerita).

Dengan lebih penekanan terhadap pengalaman intuitif pengguna, platform MakeMeReach menampilkan pembina kempen mudah dengan laporan kempen berpotensi dan pengoptimuman ROI untuk membantu pengiklan meningkatkan prestasi kempen mereka1, sementara memberi mereka masa yang diperlukan dalam pengurusan kempen2—yang disaksikan semasa kolaborasi terkini mereka dengan Disney (@disney).

Untuk terlibat dengan khalayak Instagram dengan pengalaman iklan unik bagi mendapatkan sokongan keluaran yang akan datang, ‘Beauty and the Beast’ dan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’, Disney menggunakan teknologi berhemah daripada MakeMeReach untuk mencipta kempen cerita menarik kepada orang ramai untuk menonton blockbuster mereka yang terbaharu.

Dengan menggalakkan jenama legenda memapar dan mengoptimumkan setiap iklan cerita yang dikeluarkan menerusi carta pin dalam talian dan melaras kerenah berdasarkan prestasi, Disney telah berjaya mencapai CPM 23% lebih rendah (kos setiap ribu) berbanding penanda aras prestasi permulaan di iklan video Instagram.

Dalam kempen ini, kami membenarkan Disney untuk mengoptimumkan prestasi dan menjangkau khalayak besar menggunakan format kualitatif. Cerita Instagram sememangnya membawa iklan video ke tahap yang lebih tinggi.
Pierre-Francois Chiron, Pengasas Bersama, MakeMeReach
Meningkatkan Pengalaman Mudah Alih

Setelah platform kandungan utama untuk perniagaan dihasilkan, diterbitkan dan mengurus iklan video asal, syarikat teknologi sosial Vidsy terus mengilhamkan cara baharu kepada perniagaan untuk berusaha menampilkan kreativiti di mudah alih dengan teknologi mereka yang unik.

Dengan menyelaraskan keseluruhan pengalaman aliran video daripada mula sehingga ke penghujung, rangkaian Vidsy daripada 2000+ penghasil video berjaya mengelakkan kebergantungan perniagaan kepada pihak ketiga dan mengambil semula kawalan penciptaan kandungan mereka—menghasilkan iklan video mudah alih lebih pantas, lebih cekap kos dan mengikut skala.

Tambahan kepada penyelarasan aliran ini, platform Vidsy juga membolehkan perniagaan untuk meningkatkan kreatif video dan mendorong prestasi iklan mudah alih seluruh sosial (dengan kejayaan terkini di Instagram) dengan analitik dan wawasan data video yang berkuasa—seperti yang diperoleh dengan jenama nutrisi sukan dalam talian My Protein (@myproteinuk).

Menggunakan piksel Facebook untuk menjejak, mengoptimum dan menyasar semula bakap pelanggan, Vidsy telah berjaya membantu My Protein untuk menjangkau khalayak lebih besar dengan mencipta kempen perolehan pengguna yang memaparkan keupayaan iklan dalam cerita ke dalam kreatifnya—menghasilkan jangkaan yang mengagumkan dan menyampaikan pulangan pelaburan daripada $3 untuk setiap $1 yang dibelanjakan 3.

Kami bekerjasama dengan pasukan MyProtein untuk menghasilkan kreatif yang memanfaatkan seluruh potensi format iklan menegak Cerita Instagram. Kempen tersebut mendorong kesedaran dan jualan yang kuat, menyerlahkan kecekapan kreatif yang dihasilkan khas untuk paparan menegak.
Alex Morris, Pengasas Bersama, Vidsy

Setelah Cerita Instagram terus memperbaharui cara perniagaan berhubung dan mengilhamkan para pelanggan, komuniti pembangun Instagram dalam kalangan rakan kongsi teknologi kelas tinggi membantu perniagaan pelbagai skala untuk memanfaatkan perbelanjaan iklan dengan penyelasaian dan peralatan disediakan khas dengan keperluan mereka.

Ketahui cara Program Rakan Kongsi Instagram kami boleh membantu perniagaan anda mengenali potensi dengan iklan dalam cerita.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA