Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

30 April 2019

Baharu: Penampilan Kedai Daripada Pencipta

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Bermula minggu hadapan, orang ramai dapat membeli penampilan penuh inspirasi daripada pencipta yang mereka suka tanpa meninggalkan Instagram. Dengan keupayaan mengetag produk dalam kiriman mereka, pencipta dapat memudahkan orang untuk terus membeli gaya kegemaran mereka.

Orang ramai datang ke Instagram untuk beramah mesra dengan sahabat karib mereka. Mereka juga datang untuk meneroka perkara yang mereka minati seperti seni, fesyen, muzik dan hiburan, dan insan di sebalik semua ini. Dari tokoh masyarakat dan artis kepada usahawan dan penerbit, pencipta ialah tunjang kepada komuniti di Instagram. Orang ramai suka mendapat cetusan inspirasi apabila mereka belajar tentang rutin penjagaan kulit yang baharu atau melihat ahli muzik kegemaran mereka memakai jaket denim yang menawan. Tidak sama seperti melihat jaket di atas rak, apabila mereka melihatnya dipakai oleh seseorang yang mereka sanjungi—atau seseorang yang mirip—tanpa disedari jaket itu terasa lebih dekat di hati dan ingin dimiliki.

Kini, pencipta mengetag jenama yang mereka pakai, menambah butiran dalam kapsyen serta membalas komen dan DM yang tidak terkira banyaknya. Menerusi keupayaan untuk mengetag apa yang mereka pakai dengan tepat, pencipta dapat mengekspresikan diri dan berkongsi pandangan yang akan turut membuatkan pengikut mereka gembira.

Apa yang saya kongsikan di Instagram merupakan paparan bagi perkara yang memberi saya inspirasi, terutamanya yang menyentuh gaya saya yang tersendiri. Saya sentiasa mengirim foto dan video dalam penampilan fesyen dan kecantikan kegemaran saya kerana saya ingin berkongsi apa yang saya suka dengan komuniti saya. Pengikut saya selalu bertanya dalam komen dan DM tentang jenama yang saya pakai atau tempat membeli barangan tertentu–tag membeli-belah akan memudahkan lagi perkongsian maklumat kepada pengikut bagi barangan yang mereka cari melalui satu sentuhan. Kini, anda tidak perlu lagi membuat tangkapan skrin, menyimpan dalam galeri dan mencari satu persatu produk saya yang digilai ramai!
CAMILA COELHO, @CAMILACOELHO

Sudah menjadi tugas saya untuk berkongsi rahsia dan petua kecantikan. Saya biasanya menulis kapsyen yang panjang dan terperinci berkenaan produk terkini yang saya gunakan. Alat ini lebih memudahkan orang ramai tahu tentang apa yang saya pakai dan sumbernya—sehinggalah ke variasi warnanya.
JALEESA MOSES, @SAYTHELEES

Khalayak kami bergantung kepada kami untuk memberitahu mereka produk terkini daripada jenama dan pereka yang mereka gemari, dan memperkenalkannya kepada orang lain. Penemuan dan keupayaan untuk memupuk budaya sudah sebati dalam DNA kami, dan Instagram ialah platform penting untuk kami menyediakan pengalaman ini kepada pembaca kami. Kemudahan urus niaga menerusi kemas kini ini akan membolehkan kami mengeratkan hubungan dengan pengikut dan menambah baik pengalaman membeli-belah dalam platform.
HUAN NGUYEN, VP NORTH AMERICA, @HYPEBEAST

Tidak kira waktu seseorang mendapat inspirasi, kami komited untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang mudah, sesuai dan selamat. Ini merupakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan membeli-belah kami dan kami akan terus mendengar maklum balas daripada komuniti kami tentang cara mewujudkan pengalaman yang lebih lancar.

Kami akan mula mengujinya dengan sekumpulan kecil pencipta dalam minggu-minggu yang akan datang. Pencipta dalam ujian awal termasuklah: Aimee Song, Alissa Ashley, Alondra Ortiz, Alyssa Coscarelli, Annabelle Fleur, Ashley Strong, Blair Eadie, Brittany Xavier, Camila Coelho, Candace Parker, Chriselle Lim, Cole Carrigan, Chiara Ferragni, Dave Gilboa, Devin Brugman, Diana Saldana, Dylana Lim Suarez, Elle USA, Ellen V Lora, Gigi Hadid, GQ, Hannah Bronfman, Huda Kattan, HypeBeast, Isabel Bedoya, Jaleesa Moses, Jen Atkin, Jenny Cipoletti, Juju Smith-Schuster, Karen Gonzalez, Kathleen Fuentes, Katie Sturino, Kevin Ninh, Kimberly Drew, Kim Kardashian West, Kris Jenner, Kylie Jenner, Laura Kim, Madelynn Furlong, Mary Lawless Lee, Mona Kattan, Natalie Lim Suarez, Negin Mirsalehi, Neil Blumenthal, Nikita Dragun, Nicole Warne, Parker Kit Hill, Refinery29, Romero Jennings, Ronnie Fieg, Rosy McMichael, Stephanie Ann Shepherd, Tyler Haney, Vogue and Yovanna Ventura.

Hanya perniagaan dalam fasa beta membeli-belah akan dapat menggunakan ciri membeli-belah daripada pencipta. Pencipta mesti menggunakan Pencipta Instagram atau Akaun Perniagaan untuk menggunakan ciri ini. Pencipta dan jenama yang mereka tag akan menerima wawasan yang dikongsi dalam Instagram supaya mereka dapat lebih memahami prestasi kiriman membeli-belah. Bagi jenama, ini merupakan cara baharu untuk menjangkau penonton yang sudah terlibat yang aktif mencari pencipta kegemaran mereka bagi mendapatkan inspirasi, dan memudahkan pembelian produk sesuatu jenama. Untuk melihat senarai penuh jenama yang menggunakan pembayaran, klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang membeli-belah di Instagram, klik di sini.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA