Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Memperkukuhkan Komitmen terhadap Keselamatan dan Kemesraan untuk 800 Juta Pengguna Kami
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Pada hari ini, kami mengumumkan kawalan terbaharu untuk ruangan komen dan pelaporan tanpa nama terhadap video siaran langsung untuk memastikan Instagram sebagai tempat ekspresi diri yang selamat dan positif. Sejak awal, kami berusaha untuk memastikan Instagram sebagai tempat yang mesra kepada setiap pengguna. Setelah bilangan komuniti kami meningkat kepada 800 juta, dengan 500 juta orang menggunakannya setiap hari, tanggungjawab kami menjadi lebih penting dalam memperkukuhkan komitmen terhadap keselamatan dan kebaikan.
Kami berasa yakin dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra apabila komuniti kami baru sahaja bermula pada hari ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang alatan ini dan lain-lain, sila baca pesanan daripada CEO yang juga merupakan pengasas kami, iaitu Kevin di sini.
Gambar disediakan oleh @runnerkimhall
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA