Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi, Tip
Pertimbangkan Kreativiti di Instagram dengan Video Menegak
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Di seluruh dunia, Cerita Instagram dengan cepat mengubah cara perniagaan berhubung dan memberikan inspirasi kepada komunitinya—mmencipta peluang baharu untuk mereka menonjol dalam gaya yang segar dan ringkas. Dan dengan lebih daripada 50% perniagaan mencipta cerita pada bulan lalu1, tiada keraguan bahawa ia akan terus menjadikan perniagaan mereka sentiasa berada dalam bahagian teratas pada suapan para pelanggan mereka.
Oleh kerana orang meluangkan lebih banyak masa pada peranti mudah alih mereka, perniagaan dan jenama mula menyedari potensi video menegak dan keupayaan pemasarannya—terutamanya apabila format interaktif dan berskrin penuh ini dapat menarik perhatian pengguna untuk pertama kali.
Dengan bantuan pasukan Kedai Kreatif kami di Instagram, berikut adalah beberapa cara berbeza yang boleh digunakan oleh perniagaan dan jenama untuk memanfaatkan pelbagai alat kreatif di Cerita Instagram dan mencipta kandungan menarik dan menegak bagi khalayak mereka.
Gunakan iklan dalam bar kemajuan peralihan cerita (di bahagian atas) untuk menggambarkan peralihan kontras dalam iklan anda. Pencatat masa ini adalah cara yang terbaik untuk melihat cara orang menggunakan cerita organik.
Oleh kerana semua iklan video dalam cerita dimainkan maksimum selama 15 saat, kami melihat perniagaan dan jenama memilih video ringkas berserta kreatif yang merupakan padanan terbaik dengan konteks ini.
Foto profil (di bahagian atas sebelah kiri) adalah cara yang mudah dan terbaik untuk mendorong pengguna menavigasi dan mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan anda.
Dengan keupayaan untuk menambahkan teks dan emoji pada cerita, alat kreatif ini adalah cara yang mudah untuk menyesuaikan iklan asli dalam cerita dan menonjolkan akaun anda.
Kami melihat banyak perniagaan dan jenama menggunakan ciri jeda untuk berinteraksi dan berkongsi sesuatu yang menyeronokkan dengan orang dalam iklan mereka.
Jenama sentiasa mencari cara yang segar untuk berhubung dengan pelanggan mereka dan membantu mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan. Itulah sebab kami melancarkan pautan dalam iklan dalam Cerita Instagram pada awal tahun ini.
Dengan lebih 250J pengguna aktif harian di Cerita Instagram yang mengikuti dan berkongsi keghairan mereka setiap hari, adalah menakjubkan untuk melihat semua cara kreatif yang digunakan oleh Cerita Instagram—mendayakan jenama yang memberikan kesan terus terhadap objektif perniagaan mereka, sama ada jualan dan promosi, pelancaran produk baharu atau pendidikan melalui tutorial.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menjangkau khalayak anda dengan keupayaan kreatif iklan dalam cerita, lawat di sini.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA