Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi
Menyusun Semula Jualan dengan Instagram di Shoptalk
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Tidak disangkal lagi mudah alih telah mengubah sepenuhnya cara orang ramai mendapatkan dan membeli produk dalam gedung dan dalam talian. Sama ada dengan membandingkan harga, mencari tawaran atau membuat pembelian, pembeli pada masa kini lebih bergantung dengan telefon mereka—mencipta peluang unik untuk mewujudkan proses pembelian baharu dengan cara yang lebih mendekatkan.
Sempena Shoptalk pada tahun ini di Las Vegas, Instagram akan mengadakan ruangan mesti-lihat di ibu pejabat persidangan Facebook. Dengan perkembangan Instagram yang terus memacu daripada destinasi di mana perniagaan ditemui sehinggalah tempat di mana perniagaan dilaksanakan, kami akan berkongsikan kuasa platform kami kepada para penjual di Shoptalk untuk menukarkan kehendak kepada tindakan serta memacu hasil perniagaan yang sebenar. Daripada penemuan sehingga pencarian untuk membeli, Instagram terus berusaha menginovasi industri jualan dan juga memberikan cara untuk penjual berhubung dengan komuniti unik kami seramai 800 juta.1
Menerusi pengalaman produk yang menyeluruh dan format iklan kreatif, Instagram membantu penjual di serata dunia untuk tampil dan mengilhamkan tindakan dengan lebih hebat. Berikut ialah beberapa cara yang boleh kami berikan untuk mengembangkan petunjuk dan ruang jualan di Shoptalk.
Dengan lebih daripada 300 juta pengguna di Instagram yang aktif setiap hari untuk mencari dan berkongsi minat mereka, format terbaharu ini mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan dan mengilhamkan tindakan. Malah, tempat ketiga bagi tontonan cerita terbanyak ialah daripada perniagaan.2 Dan ini adalah disebabkan visual Cerita Instagran yang membenarkan pengiklan untuk memacu lebih banyak penglibatan dan hubungan bersama khalayak mereka. Hasilnya, perniagaan dari pelbagai saiz merebut seluruh kemungkinan dan peluang dalam menghasilkan cerita mereka sendiri—mencipta kandungan berkaitan dan jenama yang mengilhamkan serta memacu hasil perniagaan sebenar.
Semenjak melancarkan membeli-belah Instagram di AS, kami telah memudahkan para pembeli dalam pencarian produk kegemaran mereka daripada perniagaan yang digemari dan mendapatkan kesemua maklumat diperlukan untuk membuat pembelian. Menerusi penampilan set produk seperti tag produk, tab kedai pada profil perniagaan dan tayangan menarik dengan lebih banyak maklumat dan gambar, pencarian produk di Instagram tidak lagi menjadi perkara sukar, malah membuka peluang baharu kepada perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan semasa ilham mula memuncak. Kini, orang ramai boleh membuat pencarian maklumat dengan mudah dan membeli dengan hanya beberapa sentuhan, serta dengan kaedah yang sama seperti di Instagram.
Instagram tetap menjadi tempat untuk orang ramai menemui serta berkongsi minat mereka—terutamanya apabila berhubung dengan perniagaan dan jenama yang mereka gemari. Bagi mengekalkan kebaikan penemuan ini, format iklan koleksi menyediakan cara baharu kepada orang ramai untuk melayari, menerokai dan mengambil tindakan dengan perniagaan langsung menerusi Instagram dengan menekan iklan dalam suapan. Interaksi ini memudahkan orang ramai mengambil langkah seterusnya bersama perniagaan, di samping membolehkan pengiklan untuk menyampaikan lebih banyak cerita berkaitan dalam iklan mereka di Suapan Instagram.3
Menampilkan sehingga 50 produk berlainan dalam pengalaman beli-belah muatan pantas, format iklan koleksi membolehkan perniagaan untuk memacu lebih banyak pertimbangan orang ramai terhadap pembelian dan jualan tanpa perlu meninggalkan aplikasi Instagram. Walaupun hanya boleh didapati oleh set pengiklan tertentu buat masa ini, kami akan mula mengeluarkan koleksi di Instagram kepada orang lain pada bulan yang akan datang.4
Kami memahami cabaran yang dihadapi para penjual saban hari, dan itulah sebabnya kami bertungkus-lumus menghasilkan dan menyediakan kaedah buat industri jualan yang dapat mengatasi rintangan ini. Jika anda hendak mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana produk beli-belah dan format iklan Facebook dan juga Instagram boleh meningkatkan cara perniagaan anda menjual produk di mudah alih, semak artikel kaedah jualan kami di sini.
Selain itu, sekiranya anda bakal menghadiri Shoptalk pada tahun ini, pastikan anda singgah ke ruangan Instagram di ibu pejabat persidangan Facebook untuk merasai sendiri kaedah beli-belah kami.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA