Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Tip, Inspirasi
Penciptaan Instagram Mempersembahkan: Membingkaikan Semula Kreativiti dengan Format Video Menegak
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Video menegak di seluruh dunia telah mengubah gaya perniagaan dengan pantas, lantas menghubungkan jenama dan pencipta di Instagram serta mengilhamkan komuniti mereka. Setelah orang ramai kerap meluangkan masa dengan peranti mudah alih mereka, semakin banyak peluang yang boleh dilihat daripada video menegak yang berpotensi dengan keupayaan kreatifnya yang tiada berpenghujung. Itulah sebabnya penyertaan ini amat penting dan mengutamakan ruangan yang semakin bertambah semasa menghasilkan kreatif di Instagram.
Bekerjasama dengan pasukan Kedai Kreatif, kami telah mencabar kumpulan pencerita baru-baru ini untuk membuat eksperimen terhadap ruangan menegak dan mempersembahkan sendiri gaya keunikan mereka menggunakan video 9x16. Sebagai sebahagian daripada siri terbaru kami yang baru dilancarkan, Pencipta Instagram, para pencerita inilah kumpulan yang pertama menyertai kolaborasi bersama-sama dengan pencipta untuk menghasilkan video berformat menegak.
Semak di bawah untuk melihat cara enam pencipta dari setiap pelusuk dunia ini menampilkan gaya dan idea mereka sendiri menggunakan kanvas menegak.
Dalam format menegak, penonton memiliki kebebasan untuk menikmati kandungan dalam cara yang lebih asli dan terkini—mencipta peluang kepada pencipta untuk memuaskan pandangan atas bawah penonton berbanding menggunakan video lanskap dengan pandangan sisi ke sisi. Dengan video menegak, tiada lagi kandungan melintang memandangkan ianya bertukar secara berterusan.
Menggunakan gerakan henti atau grafik gerakan 2D, 3D untuk menghidupkan idea anda merupakan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian penonton yang terlibat dengan kandungan di Instagram. Dan dengan video menegak, anda boleh menghasilkannya dalam cara yang lebih tulen dan asli bagi mereka yang berinteraksi dengannya.
Sama ada anda menghasilkan grid untuk menunjukkan sisi produk yang berbeza atau membahagikan skrin, namun menghubungkan cerita sekaligus, video menegak ialah cara terbaik untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan terkini. Dengan membahagikan ruangan, anda boleh mewujudkan perspektif baru untuk melibatkan penonton anda sambil mengalih perhatian mereka kepada bahagian yang paling penting dalam video anda.
Raih perhatian penonton anda menggunakan gabungan daripada jenis rekaan semasa mencipta video menegak. Sama ada anda menggabungkan pelbagai jenis rekaan dengan cara yang menarik atau menggunakan tindihan untuk menambah tekstur dan makna dalam kandungan anda, video menegak akan memberikan pelbagai kemungkinan semasa mencipta kandungan di Instagram.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai video menegak dan cara untuk anda menggunakan keupayaannya bagi menyerlahkan lagi karya anda, teruskan mengikuti siri Pencipta Instagram di Perniagaan Instagram.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA