Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

27 November 2017

Prinsip Iklan Kami

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Pasukan pengiklanan kami berusaha untuk mewujudkan hubungan yang bermakna antara perniagaan dengan orang ramai. Ia merupakan piawaian yang agak tinggi memandangkan ramai orang menggunakan Instagram, Facebook dan Messenger untuk berhubung dengan rakan dan keluarga mereka. Matlamat kami ialah untuk menunjukkan iklan yang berkaitan dan berguna seperti kandungan lain yang anda lihat. Jika dilaksanakan dengan betul, mengiklan di platform kami juga boleh membantu perniagaan kecil dan besar untuk meningkatkan jualan dan mengupah lebih ramai orang—seperti yang diterbitkan daripada kajian baru-baru ini.

Mengikut perkembangan dunia dan perkhidmatan kami yang sentiasa diperbaharui, kami percaya ia membantu untuk mengetengahkan prinsip yang membimbing kami membuat keputusan berkenaan pengiklanan merentas Instagram, Facebook dan Messenger.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang prinsip pengiklanan ini dan usaha berterusan kami untuk mewujudkan komuniti yang telus, teruskan membaca petikan daripada NP Produk Iklan kami, Rob Goldman, menerusi nota ini.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA