Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi

7 April 2021

Bagaimana Perniagaan Kecil Menggunakan Hadapan Kedai Sosical di Instagram

Oleh: Instagram Business Team

San Francisco, CA

Sepanjang tahun lepas, perniagaan dari seluruh dunia telah membentuk semula pengalaman membeli-belah dalam talian dengan menggunakan cara baharu dan inovatif untuk mencapai pelanggan. Walaupun menghadapi cabaran yang tidak dijangka, idea yang baik telah muncul. Dapatkan inspirasi dengan membaca tentang 3 perniagaan kecil yang membuka jalan untuk pengalaman membeli-belah jenis baharu — pilihan hadapan kedai fizikal.

Mengurus dan mempromosikan inventori di IGTV seperti @locomotivadiscos

Apabila Gilberto perlu menutup kedai rakamannya @locomotivadiscos tahun ini, pemilik perniagaan yang berpangkalan di São Paolo mempunyai idea: membawa muzik kepada pelanggan di mana mereka sudah berada. Gilberto mengubah akaun perniagaannya menjadi hadapan kedai sosial dengan berkongsi inventori baharu — dan mempromosinya — melalui foto dalam suapan dan video Instagram Locomotiva Discos di IGTV. Sekarang, pelanggannya boleh membeli-belah inventori baharu, mengetahui tentang rakaman baharu, dan terus berhubung dengan Gilberto semua di satu tempat.

Pemilik perniagaan berkongsi inventori melalui suapan dan video Instagram di IGTV - video dari Instagram @locomotivadiscosPlay Icon
Gambar botol wain semula jadi di sebelah beg merah jambu yang @wickedwife.official siarkan dalam suapan instagram mereka

@wickedwife.official memberi maklumat kepada pelanggan secara kreatif

Pastikan pelanggan dikemaskini tentang perubahan operasi perniagaan dengan menyiarkan maklumat ini secara langsung dalam suapan Instagram anda. @wickedwife.official, restoran yang berpangkalan di Seoul yang pakar dalam perpasangan anggur semula jadi, menggunakan penutupan perniagaan yang tidak dijangka sebagai satu cara menaikkan permainan perhantaran mereka. Fotografi yang cantik, kolaj foto dan penjenamaan penghantaran baharu mengubah keputusan yang sukar menjadi model perniagaan baharu, yang membolehkan restoran mempromosikan jenama kreatif mereka sambil memberikan pelanggan maklumat yang mereka cari.

@afrik_n_fusion membawa pelanggan masuk ke restoran— secara maya.

Dalam suasana restoran biasa, pelanggan menikmati ruang menggunakan deria mereka. Tetapi dengan penutupan restoran, @afrik_n_fusion melihat peluang untuk mempamerkan menu dengan cara baharu dan kreatif dalam talian.

Dengan siri “Cerita di sebalik Pinggan” mereka, Afrik'N'Fusion mendidik pelanggan tentang latar belakang hidangan paling popular mereka. Dan untuk pelanggan baharu yang melihat suapan mereka, restoran tersebut menyiarkan video masakan mereka yang sedap secara dekat, untuk membantu pelanggan merasakan makanan mereka seolah-olah dalam keadaan fizikal.

Sepinggan makanan dengan ikan dan nasi disusun di atas meja - siaran dari Instagram @afrik_n_fusion

Oleh: Instagram Business Team

San Francisco, CA