Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

20 Disember 2019

Alatan Baharu dan Dikemas Kini untuk Perniagaan

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Jutaan perniagaan besar dan kecil menggunakan Instagram untuk berhubung dengan orang ramai, menjalinkan hubungan berpanjangan dan mengembangkan komuniti mereka. Seiring dengan hubungan yang kian meluas, alatan profesional juga harus dikembangkan. Oleh itu, kami baru sahaja melancarkan ciri baharu untuk membantu perniagaan memahami komuniti mereka dan mengawal kehadiran mereka di Instagram dengan lebih baik.

Wawasan Pertumbuhan
Wawasan Pertumbuhan

Ketahui siaran dan cerita yang meraih pengikut paling banyak. Ciri ini akan turut menunjukkan paparan terkumpul bagi perubahan pengikut mengikut hari atau minggu. Lawati pusat bantuan kami untuk mengetahui cara mengakses ciri ini dan amalan terbaik.

Cerita Tentang Anda

Cerita yang menyebut akaun anda dalam 24 jam lalu kini disatukan untuk anda lihat sebagai cerita di bahagian atas tab Aktiviti. Ketahui lebih lanjut tentang ciri ini dengan melawati pusat bantuan.

Pilihan Paparan Profil
Batasan Umur

Anda kini boleh mengawal orang yang dapat melihat profil dan kandungan Instagram anda dengan menetapkan had umur minimum bagi akaun anda. Anda boleh memilih untuk menetapkan umur minimum lalai global, atau anda boleh menetapkan umur minimum khusus negara agar mengikuti dasar tempatan. Lawati pusat bantuan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang batasan umur.

Paparan Profil yang Fleksibel

Berkongsi maklumat profil yang paling berkesan untuk perniagaan anda. Dengan ciri ini, anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan maklumat hubungan dan label kategori perniagaan pada profil anda. Ketahui cara menyunting maklumat anda di pusat bantuan.

Peti Masuk Kedua

Pastikan mesej yang paling penting buat perniagaan anda dapat dilihat. Mengatur peti masuk anda dengan tab utama dan umum dan memindahkan mesej antara 2 tab dengan leretan mudah. Lawati pusat bantuan dan ketahui cara untuk mengatur mesej anda.

Tidak kira apa pun cara perniagaan anda menggunakan Instagram, kami komited untuk membantu anda berhubung dengan orang menerusi perkara yang mereka suka. Manfaatkan ciri-ciri baharu ini pada akaun anda dan selidiki cara ia dapat membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat sorotan kami di @instagramforbusiness.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA