Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Memudahkan Orang Ramai untuk Menyokong Perniagaan di Instagram
Oleh: Pasukan Instagram Business
San Francisco, CA
Disebabkan oleh wabak COVID-19 yang berlaku, perniagaan dan orang ramai seluruh dunia sedang menghadapi suasana baharu. Untuk membantu perniagaan kecil di saat getir ini, kami memperkenalkan cara baharu kepada orang ramai bagi menyokong mereka menemui kad hadiah, memesan makanan, pilihan, dan pengumpul dana di Instagram.
Kini, perniagaan dapat bermula dengan memilih rakan kongsi dan menggunakan pelekat Cerita interaktif baharu dengan kandungan Cerita mereka sendiri untuk meningkatkan kesedaran terhadap cara baharu ini supaya orang ramai boleh menyokong mereka. Mereka boleh mengongsikan pautan pada tawaran menerusi pelekat Cerita “Kad Hadiah” atau “Pesanan Makanan”, yang tersedia dalam pilihan pelekat mereka. Penyokong juga boleh mengongsikan semula pelekat ini dalam Cerita mereka sendiri untuk membantu hebahan.
Perniagaan juga boleh menambah butang “Kad Hadiah”, “Pesan Makanan”, atau “Derma” pada profil Instagram mereka. Dengan mengetik butang profil Instagram, orang ramai akan dibawa ke platform pilihan perniagaan untuk melengkapkan pembelian mereka.
Untuk menggunakan pelekat Cerita baharu dan pilihan butang profil, perniagaan Instagram atau akaun pencipta adalah diperlukan. Untuk arahan langkah demi langkah berkenaan cara untuk bermula, lawati artikel Pusat Bantuan kami mengenai kad hadiah dan pesanan makanan.
Untuk memulakan pengumpul dana dan menggunakan butang “Derma”, pemilik perniagaan atau penyokong perlu mencipta pengumpul dana peribadi Facebook terlebih dahulu dan memasukkan pautan itu ke Instagram. Pengumpul dana juga dapat dikongsi dengan mudah dari Facebook ke Instagram Stories untuk menjangkau lebih ramai penyokong dan ini perlu dilakukan menerusi apl Facebook. Ketahui lebih lanjut di Pusat Bantuan Facebook.
Kami berasa teruja untuk melancarkan ciri ini kepada perniagaan pada minggu akan datang. Di Instagram, kami sentiasa fokus dalam menyediakan cara baharu untuk perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka. Dengan ciri ini, perniagaan sentiasa boleh berkhidmat untuk komuniti mereka dan meraih sokongan di saat getir ini.
Oleh: Pasukan Instagram Business
San Francisco, CA