Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

4 Jun 2018

Penciptaan Instagram Mempersembahkan: Musim Ke-Dua

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Pada awal tahun ini, kami mencabar sekumpulan enam pencerita yang hebat untuk menguji kanvas menegak dan mempersembahkan gaya unik mereka yang tersendiri menggunakan video 9x16. Menerusi ilustrasi, grafik bergerak dan filem, kami menerokai prestasi berkembang bagi video menegak dan keupayaan kreatifnya yang berterusan. Kini, kami teruja untuk mengumumkan bahawa pemasangan Pencipta Instagram kami akan diperkenalkan pada Festival Kreativiti Cannes Antarabangsa pada tahun ini. Perkembangan ini menampilkan 19 pencipta baharu dari lapan negara berbeza yang terdiri daripada negara-negara antara Australia sehinggalah AS.

Ini ialah imbas intaian bagi beberapa video yang bakal kami persembahkan di Cannes. Kami berharap mereka boleh mengilhamkan anda untuk menyertai ruangan menarik ini dan mula mengirim kandungan menegak semasa mencipta di Instagram.

Kami berharap orang ramai melakukan gimnastik mental mereka sendiri untuk mencari idea yang menakjubkan untuk dilihat secara menegak.
Parallel, Grafik Bergerak dan Studio Animasi, France
Untuk mencipta bingkai menegak pada hari ini, anda perlu menyingkirkan 100 tahun pengalaman sejarah pawagam.
Marcel Izidoro, Pembuat Filem, Brazil
Lihat Lebih Lanjut dengan Menegak

Untuk melihat lebih banyak kerja dari komuniti pencipta kami dan menerokai cara mereka menghasilkan format menegak, rujuk kiriman blog kami yang terdahulu berkenaan kreativiti pembingkaian semula di Instagram.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA