Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

23 Oktober 2019

Cara Menulis Kapsyen yang Mendorong Seseorang Untuk Terus Membaca

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Kapsyen yang menawan boleh memberikan inspirasi kepada komuniti anda untuk bertindak, menyampaikan cerita yang menambat perhatian atau membantu anda berhubung dengan komuniti anda. Baca panduan ini mengenai cara anda boleh menulis kapsyen yang menawan untuk siaran dan cerita suapan anda.

5 petua untuk mencipta kapsyen yang memberikan inspirasi

Kapsyen yang menawan mampu memberikan inspirasi kepada pengikut anda untuk berinteraksi dengan foto dan video atau membeli produk atau perkhidmatan anda. Berikut adalah 5 petua yang akan membantu anda menulis kapsyen yang memberikan inspirasi kepada orang ramai:

Sampaikan cerita.

Gunakan kapsyen untuk menyampaikan cerita perniagaan, seperti mengenai penubuhan perniagaan anda atau cara produk atau perkhidmatan anda dibangunkan. Anda juga boleh mempunyai arka cerita yang disertai dengan permulaan, pertengahan dan akhir.

5 petua untuk mencipta kapsyen yang memberikan inspirasi
Tanya soalan.

Pengikut anda boleh meninggalkan jawapan mereka dalam komen siaran atau bahkan menghantarkan mesej kepada anda secara langsung untuk mengetahui lebih lanjut.

Pastikan penulisan pendek dan menarik.

Tulis kapsyen yang ringkas untuk menarik perhatian orang dengan segera. Letakkan pengumuman dan mesej penting pada permulaan kapsyen anda. Sekiranya kapsyen melebihi 125 aksara, mereka perlu mengetik ‘selanjutnya’ untuk membaca keseluruhan siaran.

Kekalkan nada yang konsisten.

Nada kapsyen anda harus sentiasa menggambarkan jenama anda. Sebagai contoh, jika personaliti perniagaan anda lebih ke arah jenaka dan tidak serius, sertakan emoji untuk menjadikan kaspyen anda lebih menyeronokkan.

5 petua untuk menghasilkan kapsyen yang memberi inspirasi
Galakkan pengikut anda untuk mengambil tindakan.

Berterus-terang sekiranya anda ingin menggalakkan pengikut anda untuk bertindak. Sebagai contoh, anda boleh mengatakan, “Beli Sekarang” jika anda menampilkan produk yang anda mahu pelanggan anda beli.

Tambahkan teks pada Cerita Instagram anda dengan 5 petua kreatif berikut

Tambahkan teks pada cerita anda untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan komuniti anda.

Jika anda tidak pernah berkongsi foto atau video pada cerita anda, ketahui cara melakukannya di sini.

Cuba 5 petua kreatif ini:

Bermain dengan pilihan teks yang berbeza.

Bereksperimen dengan warna, saiz, penjajaran dan fon yang berbeza. Jangan lupa menggunakan pemblokan warna untuk menonjolkan teks anda.

Kongsikan cerita hanya dengan teks.

Kadangkala foto atau video tidak akan menangkap perkara yang anda cuba kongsikan. Kemungkinan anda mempunyai cerita peribadi atau puisi atau kandungan lain yang anda mahu orang baca. Apabila anda membuka cerita, gunakan Mod Taip dalam Cipta untuk berkongsi cerita tanpa foto mahupun video.

Tambahkan teks pada Cerita Instagram anda dengan 5 petua kreatif berikut
Buat pengumuman masa terhad.

Gunakan teks untuk mengumumkan promosi masa terhad atau menawarkan kod diskaun masa terhad. Oleh sebab cerita anda lenyap dalam tempoh 24 jam, mengumumkannya pada cerita anda akan mewujudkan sikap kesegeraan dan memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk bertindak serta-merta.

Tambah teks yang bergerak pada video anda.

Selepas menambah teks dalam video anda, ketik dan tahan teks sehingga alat pengepinan muncul. Gunakan bar gelangsar di bahagian bawah skrin untuk menatal lewa video bagi mencari tempat yang dikehendaki untuk mempinkan teks. Dengan cara ini, anda boleh mempinkan teks terapung dalam video anda dan berkongsi mesej bersama pengikut anda dalam cara yang menyenangkan.

Kongsikan petua dan tutorial.

Berikan maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan anda dengan menambahkan teks berserta tutorial langkah demi langkah tentang cara menggunakan produk anda.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA