Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip, Inspirasi

17 Oktober 2019

Cara Mendapatkan Inspirasi dengan Mengikuti Akaun Lain di Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Ketahui cara anda boleh mencari inspirasi daripada foto dan video yang dikongsi oleh orang dan perniagaan lain di Instagram.

6 idea tentang siapa yang harus diikuti di Instagram

Dengan mengikuti orang dan perniagaan lain di Instagram, anda dapat melihat foto dan video yang mereka kongsi untuk mendapatkan inspirasi bagi kandungan anda sendiri.

Berikut ialah 6 idea tentang siapa yang boleh anda ikuti di Instagram.

Pelanggan, rakan dan keluarga.

Ikuti orang yang anda kenali di luar talian untuk menjalinkan hubungan di Instagram.

Akaun Instagram rasmi seperti @instagramforbusiness dan @shop.

Instagram menyusun atur kandungan pada akaun-akaun ini. Layari ruang ini untuk mendapatkan inspirasi, mempelajari petua menggunakan Instagram, dan mendengar cerita daripada perniagaan yang berjaya.

Perniagaan yang serupa dan saling melengkapi dalam industri anda.

Dapatkan inspirasi daripada orang lain dalam industri anda dengan mengikuti perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang serupa dengan perniagaan anda. Anda juga boleh mencari perniagaan lain yang menyediakan produk yang melengkapi tawaran anda. Contohnya, jika anda mengusahakan kedai kopi, anda boleh mencari syarikat pemanggang kopi untuk diikuti.

Perniagaan di kawasan setempat anda.

Anda mungkin menjalinkan hubungan luar talian dengan perniagaan di komuniti setempat anda yang boleh anda ikuti.

Peneraju industri.

Dapatkan inspirasi daripada perniagaan yang menerajui industri anda. Ikuti mereka untuk menjejak sohor kini baharu. Mereka juga mungkin menawarkan bimbingan seperti tutorial, berkenaan produk dan perkhidmatan terkini.

Akaun yang mempunyai foto dan video yang menyerlah.

Ikuti orang atau perniagaan yang mencipta foto dan video yang unik dan menarik bagi anda, walaupun mereka tidak berada dalam industri anda.

3 cara untuk mengikuti hashtag di Instagram

Selain mengikuti akaun, anda juga boleh mengikuti hashtag. Berikut ialah 3 cara anda boleh mengikutinya.

Mulakan carian anda secara meluas, kemudian kecilkan.

Contohnya, mulakan dengan #bakery, kemudian kecilkan ke hashtag yang lebih khusus berkenaan produk atau perkhidmatan anda (#baking, #pastry, #croissant), lokasi tempat anda (#sfbakery), atau hashtag yang menunjukkan niche anda (#japanesebakery). Semakin khusus suatu hashtag, semakin ia relevan buat pelanggan khusus anda.

Lihat hashtag yang berkaitan.

Apabila anda menemui hashtag di Cari & Terokai, anda juga akan nampak hashtag berkaitan yang disenaraikan di halaman itu. Ketik padanya dan lihat sama ada anda turut mahu mengikutinya. Ketahui lebih lanjut tentang Cari & Terokai di sini.

Ikuti hashtag dan jejaki akaun lain menggunakan hashtag.

Setelah anda melihat pelbagai hashtag, ketik 'ikuti' pada halaman hashtag untuk menjejak hashtag yang paling relevan dengan perniagaan anda.

2 sebab anda perlu menyimpan siaran di Instagram

Selepas mengikuti akaun lain serta menyemak imbas foto dan video mereka, anda mungkin ingin mengingati siaran tertentu yang telah anda lihat. Simpan siaran untuk menjejak foto dan video yang anda ingin rujuk kelak. Anda juga boleh menyusunnya ke dalam koleksi apabila anda perasan terdapat corak tertentu.

Ketahui lebih lanjut tentang cara menyimpan siaran di sini.

Berikut ialah 2 sebab menyimpan siaran adalah membantu:

Simpan koleksi siaran untuk membina penampilan anda.

Apabila anda menyimpan siaran dari masa ke masa, anda mungkin perasan corak tentang jenis foto atau video yang anda suka. Berfikir menjangkaui industri anda—dapatkan inspirasi daripada pelbagai jenis akaun. Kemudian, terapkan gaya yang anda suka dalam foto dan video anda sendiri.

Cipta koleksi siaran daripada perniagaan dalam industri anda untuk menjejak sohor kini.

Simpan siaran apabila ia muncul dalam suapan anda untuk mengingati sohor kini dalam industri anda. Contohnya, jika anda seorang pendandan rambut, anda boleh menyimpan gaya ranggi daripada pendandan rambut terkemuka atau gaya rambut yang ditampilkan di akaun salun rambut yang lain.

Anda mungkin mahu menyimpan:

• Jenis siaran yang mereka kongsi seperti syot produk, rakaman di sebalik tabir, testimoni atau siaran pelanggan yang disiarkan semula.

• Topik yang mereka kupas yang berkaitan dengan industri anda, seperti apa-apa acara semasa.

• Hashtag yang mereka gunakan dalam siaran mereka, bersama dengan hashtag industri secara menyeluruh.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA