Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

31 Oktober 2019

Cara Berkomunikasi dengan Pelanggan

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Ketahui petua untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara berkesan pada siaran dan mesej anda.

6 petua untuk berhubung secara langsung dengan komuniti anda

Memberi respons kepada orang ramai pada Instagram boleh membantu anda menguatkan perhubungan dengan pelanggan sedia ada dan berhubung dengan pelanggan baharu. Ia adalah sebab 150J orang pada Instagram berbual dengan perniagaan pada setiap bulan.1

Ketahui lebih lanjut tentang cara anda boleh berurusan menerusi komen dan Pemesejan Direct.

Berikut ialah 6 petua yang anda boleh gunakan untuk berkomunikasi dengan komuniti anda secara berkesan.

Suka pada komen untuk berhubung dengan cepat.
Suka pada komen untuk berhubung dengan cepat.

Anda mungkin tidak mahu memberi respons menggunakan respons bertulis panjang berjela kepada setiap komen, seperti apabila seseorang membalas dengan hanya komen emoji (🔥🔥🔥) atau respons satu perkataan (“Hebat!”). Selain daripada menulis komen, anda boleh suka komen tersebut untuk menjimatkan masa. Ketahui lebih lanjut tentang menyukai komen.di sini.

Tunjukkan personaliti perniagaan anda dalam perbualan.

Perbualan dengan komuniti anda merupakan ekspresi lain bagi personaliti unik perniagaan anda, jadi pastikan respons anda bersesuaian dengan jenama anda. Contohnya, jika jenama anda menyeronokkan dan menceriakan, respons anda kepada orang ramai pada Instagram harus juga menggambarkan yang sama.

Sebutkan pelanggan dan rakan kongsi.

Jika anda sedang menyorotkan orang tertentu dalam kapsyen atau komen anda, jangan lupa untuk menyebut mereka dengan menambahkan @namapengguna mereka dalam teks anda. Dengan cara ini, mereka dapat diberitahu dan terus membina perhubungan dengan anda.

Elakkan jargon.

Gunakan bahasa mudah yang boleh difahami oleh pelanggan dengan senang. Jangan gunakan jargon khusus industri atau ungkapan yang boleh mengelirukan pelanggan semasa memberi respons kepada mereka.

Pindahkan perbualan persendirian kepada Direct.

Jika anda nampak komen yang ingin ditangani secara persendirian, seperti isu pesanan tersuai atau sokongan pelanggan, anda boleh memindahkan perbualan tersebut kepada Direct. Sebagai contoh, anda boleh respons kepada komen dengan, “Terima kasih kerana mengajukan soalan ini — sila semak DM anda untuk balasan kami.” Ketahui lebih lanjut tentang menghantar mesej pada Direct di sini.

Kesilapan berlaku — nyahhantar mesej.

Jika anda menghantar mesej yang anda tidak bermaksud untuk menghantar, anda boleh menyahhantar mesej yang telah anda hantarkan dengan mengetik dan menahan pada mesej tertentu itu. Sentiasa ingat bahawa orang yang anda hantarkan mesej itu mungkin sudah melihat mesej anda. Ketahui lebih lanjut tentang menyahhantar mesej di sini.

Cara menggunakan Balasan Segera untuk menjimat masa.

Gunakan Balasan Segera untuk menjimat masa apabila memberi respons kepada soalan lazim. Melalui Balasan Segera, anda boleh memilih jawapan yang telah anda tulis sebelum ini selain daripada menaip semula jawapan itu sekali lagi.

Pertama, kenal pasti soalan yang paling lazim anda.

Jika anda sedang mencari beberapa idea, berikut ialah beberapa contoh yang boleh anda mulakan dengannya:

• Bagi produk, apakah warna atau saiz produk anda?

• Bagi perkhidmatan, apakah semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda?

• Berapakah kos produk atau perkhidmatan anda? Apakah pilihan pembayaran anda?

• Apakah pilihan penghantaran anda? Apakah dasar pengembalian anda?

• Jika anda mempunyai kedai fizikal, apakah waktu perniagaan anda?

Anda juga boleh mendraf jawapan kepada soalan ini supaya anda boleh menyepadukannya dengan mudah ke dalam Balasan Segera anda.

Sekarang anda sudah bersedia untuk mencipta Balasan Segera anda:
Sekarang anda sudah bersedia untuk mencipta Balasan Segera anda:

1. Ketik ikon Balas Segera (gelembung sembang tiga titik) pada bahagian bawah skrin anda. Ketik Balas Segera Baharu untuk menulis respons yang ingin disimpan.

2. Tambahkan pintasan yang anda boleh masukkan untuk merespons. Contohnya, anda boleh menambah pintasan ‘waktu’ untuk respons, ‘Waktu perniagaan kami ialah jam 9 pg - 5 ptg pada hari bekerja dan 10 pg - 6 ptg pada hujung minggu.’

3. Jika anda telah menjawab soalan lazim sebelum ini, anda juga boleh menyimpan respons anda sebagai Balas Segera. Buka bebenang mesej tempat anda menjawab soalan lazim sebelum ini. Ketik dan tahan mesej yang ingin disimpan — anda boleh menyunting respons dan pintasan sebelum menyimpannya.

4. Setelah anda menambah respons kepada Balasan Segera anda, anda boleh sahaja menambahkannya pada masa lain anda mendapat soalan lazim. Ketik ikon Balas Segera (gelembung sembang tiga titik) pada bahagian bawah skrin anda dan pilih satu daripada respons yang telah anda sepadukan atau taip pintasan untuk Balas Segera yang ingin digunakan.

Menggunakan Balasan Segera bukan hanya menjimat masa anda, tetapi membolekan anda menjadi konsisten apabila memberi respons kepada pelanggan.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA