Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi, Tip
Cara PepsiCo Melakukannya: Menyaksikan Kejayaan di Instagram
Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan
San Francisco, CA
Kebanyakan jenama menggunakan Instagram sebagai tempat untuk mereka berhubung dengan komuniti, menjadi sebahagian daripada budaya dan menyerlahkan kreativiti mereka. Dalam perubahan landskap pemasaran sekarang di mana perkara ini menjadi kunci pendorong kejayaan, semakin banyak jenama beralih kepada Instagram sebagai tempat untuk perniagaan yang bijak. Cerita ini ialah siri yang pertama di mana kami akan mengongsikan cerita tentang bagaimana jenama melakukannya dan mengambil kesempatan atas keupayaan Instagram ini untuk memanfaatkan kempen mereka sepenuhnya. Bermula dari siri ini, kami melihat kepada cara PepsiCo beroleh kejayaan di Instagram.
PepsiCo menggunakan Instagram untuk berkenalan dengan komuniti bagi menghasilkan kandungan yang berkaitan dan mengilhamkan. Berhubung dengan komuniti membolehkan mereka memahami pelanggan dengan lebih baik bagi mengoptimumkan pemasaran mereka dan mengambil tindakan untuk meningkatkan kejayaan mereka. “Perkara yang paling menarik buat kami ialah dengan kebolehan melihat bagaimana anda membinanya,” Daniela berkata. “Semasa kempen berlangsung anda mencipta banyak benda baharu kerana pengguna banyak membantu anda dengan memberikan maklum balas.” Semasa membina kempen, mereka turut menjalinkan hubungan. Sama ada mereka sedang bercakap tentang komuniti LGBTQ+ untuk Doritos atau peminat bola sepak untuk Lay, Instagram membantu PepsiCo dalam memupuk sambungan dengan para peminat, yakni dengan cara yang lebih relevan.
Jenama menggunakan Instagram untuk melihat detik-detik kebudayaan, untuk berhubung dengan apa yang berlaku di dunia dan pendorong gerakan atau peristiwa baharu. Bagi salah satu jenama PepsiCo, iaitu Dorito, Instagram telah mengubah cara mereka mendekati perniagaan. “Doritos ialah 100% digital dan 120% Instagram,” kata Daniela Cachich, TP Pemasaran di PepsiCo Brazil Foods. “Segalanya bermula dengan idea bagaimana kami mampu menyampaikan cerita menerusi Instagram.“ Sama ada ia adalah tentang kandungan atau pengalaman jenama, bagi PepsiCo, ia haruslah berbaloi untuk disampaikan di Instagram. “Apa yang kami fikir ialah: Bagaimana kami mampu menyampaikan pengalaman kepada pengguna menerusi Instagram. Ia mengubah segala yang kami lakukan sepenuhnya.”
Menjadikan Chester Cheetah sebagai pencipta Instagram cumalah salah satu cara kreatif PepsiCo menggunakan Instagram. PepsiCo juga memanfaatkan format natif Instagram di mana mereka telah menggunakan format menegak dalam membina cerita mereka. “Saya tidak lagi menonton dalam format mendatar. Ia merupakan perubahan yang mempengaruhi segalanya dari segi pembinaan jenama,” katanya. Sebagai snek rasmi dalam pesta muzik, Dorito menyampaikan semua liputan dengan cerita mereka. Pelekat interaktif di Cerita Instagram membolehkan pengguna untuk menyertai dan memberi maklum balas dengan apa yang dikirimkan oleh jenama. “Ia bukan lagi monolog, ia merupakan dialog.”
Dari kadar pengekalan dua kali ganda berbanding platform lain hinggalah perkembangan dua digit bagi bahagian pasaran, PepsiCo terus menjana hasil yang menakjubkan di Instagram. “Kami bercakap tentang [ROI] setiap masa dan saya rasa [Instagram] memberi anda peluang untuk menjejaki setiap metrik dengan mudah,“ katanya. ”Kami dipaparkan dengan tahap pengingatan kembali iklan dan juga tahap niat pembelian. Ia banyak menyediakan laporan yang menunjukkan jumlah pulangan perniagaan yang diperoleh dari pelaburan Instagram kami.“ Konsistensi pelaburan mereka, maklum balas dan penggunaan di Instagram membantu mereka mengumpulkan hasil dalam jangka masa pendek, medium dan panjang.
Lihat video penuh bersama TP Pemasaran PepsiCo, Daniela Cachich di bawah.
Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan
San Francisco, CA