Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi

21 Jun 2018

Bagaimanakah Orang Melihat serta Menggunakan Cerita dan Suapan Instagram?

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Orang dan komuniti di Instagram yang menentukannya. Jadi, apabila pengiklan meminta kami untuk memberikan gambaran yang lebih pelbagai tentang Cerita dan suapan Instagram, Facebook IQ meninjau sekumpulan pakar: hampir 10,000 orang di Brazil, Indonesia, UK dan US berumur 13-55 tahun yang menggunakan Instagram sekurang-kurangnya sekali seminggu . Penyelidikan mendedahkan bahawa orang melihat serta menggunakan Suapan Instagram dan Cerita Instagram dengan cara yang berbeza—ilmu yang dapat membantu pemasar memperbaiki kempen rentas platform mereka.

Kini, lebih daripada separuh pengguna instagram menggunakan cerita dan suapan secara global setiap hari.1 Kedua-dua produk membolehkan orang ramai untuk melihat, mencipta serta berkongsi foto dan video, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama.

Cerita Instagram

Kandungan dalam Cerita Instagram yang dilancarkan pada tahun 2016, adalah dalam skrin penuh yang hilang (kecuali disimpan) dalam masa 24 jam dan boleh dipertingkatkan dengan alat kreatif menyeronokkan seperti pelekat, emoji dan GIF.

Suapan Instagram

Kandungan dalam Suapan Instagram yang dilancarkan pada tahun 2010, menggunakan bahagian yang lebih kecil daripada skrin, kekal pada profil akaun (kecuali dipadamkan) dan boleh disunting dengan penapis.

Para penonton yang kami tinjau melihat persamaan dan perbezaan melebihi apa yang dinyatakan ini. Merentas empat negara, jelas sekali orang ramai melihat Cerita Instagram dan Suapan Instagram sebagai tempat yang indah untuk berseronok dengan kreativiti. Tetapi orang juga cenderung untuk mengaitkan setiap saluran dengan kes penggunaan yang berbeza. Sebagai contoh, mereka lebih cenderung untuk mengatakan bahawa mereka melawat cerita untuk melihat kandungan langsung yang tidak ditapis—klip berfikir di sebalik tabir daripada Bulan Fesyen atau Bumerang atlet bersiap sedia untuk kejohanan besar. Sebaliknya, mereka lebih cenderung mengatakan bahawa mereka pergi ke suapan atas pelbagai sebab, yang paling biasa adalah untuk mencari maklumat serta menemui produk dan jenama.

Berdasarkan penemuan ini, pemasar mungkin menggunakan suapan untuk memperkenalkan orang kepada atau berkongsi kemas kini mengenai jenama atau produk, dan cerita untuk melibatkan mereka dengan lebih mendalam pada kandungan masa sebenar yang asli.

Apakah daya tarikan cerita?

Walaupun Cerita Instagram dilancarkan kurang daripada dua tahun yang lalu, lebih daripada 300 juta akaun aktif setiap hari dicatatkan di seluruh dunia.2 Untuk memahami sebab-sebab peningkatan mendadak ini, kami menumpukan satu set soalan kaji selidik tentang nilai produk yang orang hargai.3

Ramai orang yang ditinjau menunjukkan persetujuan yang ketara dengan idea bahawa cerita telah meningkatkan komunikasi mereka dengan rakan dan keluarga.4 Ada yang mengatakan bahawa mereka menghargai hakikat bahawa kandungan hilang dalam masa 24 jam kecuali disimpan, dan format itu membantu mereka untuk tampil lebih asli. Lebih daripada 1 dalam 3 mengatakan bahawa mereka semakin berminat dengan jenama atau produk selepas melihatnya di Cerita Instagram.

Walaupun keputusan ini jelas di semua empat negara, ia tampak ketara di Brazil dan Indonesia. Ini juga adalah dua negara di mana kita menyaksikan catatat aktiviti cerita tertinggi di kalangan empat negara yang ditinjau. Dengan peningkatan aktiviti cerita di UK dan AS, kita juga dapat melihat peningkatan sentimen positif di negara tersebut.

Orang mengatakan cerita membawa mereka lebih dekat dengan rakan dan jenama.6

• 47% mendapati Cerita Instagram membantu mereka tampil lebih asli dalam komunikasi mereka dengan rakan dan keluarga7

• 44% tertarik dengan Cerita Instagram kerana kandungannya hilang selepas 24 jam8

• 39% semakin tertarik dengan jenama/produk selepas melihatnya di Cerita Instagram9

Apakah perkara yang paling mengaitkan orang dengan cerita dan suapan?

Apabila kita mengkaji keterkaitan orang dengan Cerita Instagram dan Suapan Instagram, kami menemui banyak pertindihan. Orang yang ditinjau jelas sekali melihat kedua-duanya sebagai destinasi kreatif lagi indah, yang memudahkan kebebasan untuk meluahkan perasaan.

Dengan itu, kami turut mendapati beberapa perbezaan mengikut rantau. Orang di Brazil cenderung mengaitkan cerita dan suapan dengan kandungan yang menaikkan semangat, contohnya seperti petikan kata semangat serta imej dan video yang berinspirasi. Orang di Indonesia mengaitkan cerita dengan kandungan asli, mungkin kerana cerita selalunya terdiri daripada sekilas pandangan di sebalik tabir yang langsung dan tidak disunting. Manakala orang di UK mengaitkan cerita dengan luahan semangat, mungkin kerana format ini menawarkan palet alat kreatif aneh yang cukup banyak.

Orang mengaitkan kedua-dua Cerita Instagram dan Suapan Instagram dengan keindahan dan kreativiti visual.

Tiga atribut utama yang orang kaitkan dengan cerita dan suapan:

Bilakah orang menggunakan cerita dan suapan?

Apabila kami meminta orang untuk memilih sama ada Cerita Instagram atau Suapan Instagram untuk pelbagai objektif, kami mendapati bahawa secara purata di empat negara, orang lebih sering beralih kepada cerita berbanding suapan dalam dua situasi sahaja. Pertama ialah apabila mereka ingin melihat apa yang rakan sedang lakukan sekarang, yang mana menunjukkan bahawa cerita berfungsi sebagai cara untuk menyatukan orang secara lebih dekat dalam masa sebenar. Kedua ialah apabila mereka ingin melihat kandungan asli yang tidak ditapis—yang mungkin bermakna detik setiap hari atau bahkan "bukan detik." Di semua negara kecuali Indonesia, orang juga sering beralih kepada cerita berbanding suapan untuk alasan yang ketiga: untuk melihat kandungan yang nakal dan lucu.

Mungkin kerana Suapan Instagram lebih dikenali dan telah digunakan lebih lama, orang memilihnya berbanding Cerita Instagram untuk jumlah kes penggunaan yang lebih besar dan pelbagai. Paling utama adalah untuk mencari maklumat serta menemui produk dan jenama.

Orang memilih cerita untuk kandungan langsung yang tidak disunting dan suapan untuk penemuan.

Apakah jenis kandungan yang paling orang hargai dalam cerita dan suapan?

Hakikat bahawa orang cenderung memilih suapan berbanding cerita untuk menemui produk dan jenama tidak bermakna orang tidak mahu melihat kandungan daripada jenama di dalam cerita. Malah, apabila kita meninjau orang mengenai cerita dan suapan secara berasingan dan membandingkan hasilnya, kita melihat bahawa orang di Brazil, AS dan UK meletakkan nilai yang lebih tinggi pada kandungan yang berkaitan dengan jenama atau produk dalam cerita berbanding suapan. (Satu-satunya jenis kandungan di Indonesia yang lebih dihargai dalam cerita ialah kandungan yang membolehkan mereka menyerlahkan diri mereka yang sebenar.) Nampaknya walaupun orang gemar mengaitkan penemuan jenama dan produk dengan suapan, mereka juga menghargai keupayaan untuk melihat kandungan yang berkaitan dengan jenama dan produk dalam cerita.

Apabila membandingkan suapan dengan cerita, orang di AS dan UK mengutamakan kandungan yang membantu mereka berhubung dengan keluarga dan rakan serta mendapatkan gambaran tentang kehidupan mereka, menemui perkara baru mengenai minat dan hobi mereka serta berhubung dengan orang lain yang berkongsi minat serupa. Manakala di Brazil dan Indonesia, orang menunjukkan bahawa kandungan yang memperlihatkan destinasi lawatan impian mereka lebih penting dalam suapan berbanding dalam cerita.

Orang mengutamakan jenis kandungan yang berbeza dalam suapan dan cerita.

Di bawah ini mewakili kategori di mana kita melihat perbezaan ketara secara statistik antara jenis kandungan yang orang katakan penting dalam cerita dan jenis kandungan yang orang katakan penting dalam suapan.

Apakah kesannya terhadap pemasar

Sampaikan cerita anda. Ramai orang yang ditinjau mengatakan bahawa cerita telah meningkatkan cara komunikasinya. Pertimbangkan untuk bereksperimen dengan menambahkan cerita ke kempen Instagram anda yang seterusnya, dan lihat kajian kes ini untuk inspirasi.

Memenuhi jangkaan. Walaupun cerita dan suapan mempunyai banyak persamaan, orang mengaitkan pengalaman yang berbeza dengan setiap saluran. Sila ingat jangkaan ini apabila memikirkan kandungan yang akan dikongsi di setiap saluran. Sebagai contoh, pemasar mungkin berkongsi detik langsung yang asli dalam cerita, dan menangkap kandungan kekal untuk dilihat oleh orang pada bila-bila masa dalam suapan mereka.

Memenuhi kehendak pasaran anda. Orang dalam pasaran yang berbeza menjangkakan untuk melihat pelbagai jenis kandungan dalam cerita dan suapan. Penuhi keinginan ini dengan mengkaji setiap keterkaitan yang paling kuat antara pasaran dengan platform dan menyesuaikan perancangan anda sewajarnya.

Sentiasa membuat pertimbangan kreatif. Untuk membantu pemasar mencipta iklan Cerita Instagram yang lebih menarik, Facebook IQ menugaskan MetrixLab untuk menjalankan kajian terhadap 30 iklan Cerita Instagram AS daripada jenama CPG. Kami mendapati bahawa strategi seperti memasukkan penjenamaan di permulaan, bergerak pantas dari adegan ke adegan dan memuatkan demonstrasi produk menjadikan iklan cerita lebih berkesan. Lihat lima pertimbangan kreatif teratas.

Sumber kecuali dinyatakan sebaliknya:

"Cerita dan Suapan Instagram" oleh Science Decision Sentient (kaji selidik yang ditugaskan oleh Facebook terhadap 2,400 orang di Brazil, 2,300 di Indonesia, 2,300 di UK dan 2,400 di AS berumur 13-55 tahun), Okt 2017.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA