Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

24 April 2020

Cara Menggunakan Membeli-belah Instagram bagi Memudahkan Orang Ramai untuk Membeli

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Dengan Membeli-belah Instagram, perniagaan boleh memudahkan pembelian orang ramai pada waktu ini. Perniagaan boleh membawa orang ramai ke produk yang relevan pada waktu ini, menunjukkan cara yang berbeza untuk membeli dengan menjemput orang ramai untuk menyiarkan produk kegemaran mereka.

Bermula

Cara menyediakan Membeli-belah Instagram, lihat di sini.

Berikut ialah beberapa cadangan untuk memanfaatkan siaran Membeli-belah Instagram anda:

  • Hasilkan kandungan yang boleh diambil tindakan: Gunakan Tag Membeli-belah untuk menyerlahkan produk yang ditampilkan dalam kandungan anda dan sediakan maklumat sebanyak yang mungkin bagi memudahkan orang ramai untuk membuat tindakan. Jika anda bukan perniagaan yang menggunakan Tag Membeli-belah dengan aktif, inilah masanya untuk anda mula memuat naik Katalog Produk menggunakan tag. Atau gunakan kandungan untuk mendidik orang ramai tentang cara mereka membeli barang yang diperlukan.

  • Miliki cerita jenama anda: Dalam suara dan visual anda yang tersendiri, sediakan pelbagai cara supaya orang ramai boleh membeli produk anda menerusi berbilang peletakan pembelian seperti Tag Boleh Dibeli dalam Cerita dan juga Suapan. Pastikan anda membalas komen dan Mesej Direct daripada orang ramai menggunakan nada yang sesuai dengan perniagaan anda dan sentiasa peka dengan situasi pada saat ini.

  • Cipta strategi corong penuh: Perniagaan yang berada di Semak Keluar Instagram boleh membangunkan konsep jenama untuk menjangkau pelanggan baharu dan mendorong pembelian segera. Sebagai contoh, gunakan Tag Membeli-belah untuk menambah nilai dengan pengalaman digital berasaskan kemudahan. Atau sediakan nilai menerusi kandungan yang menghiburkan kerana semakin ramai orang meluangkan masa menggunakan telefon mereka. Tambahkan produk utama yang paling penting untuk mendorong transaksi dalam aplikasi.

PETUA DAN IDEA

  • Persembahkan produk yang sejajar dengan apa yang berlaku di dunia sekarang ini ke dalam Cerita bagi menyediakan kandungan relevan kepada pengikut dan memacu kandungan. Gunakan alat Sorotan Cerita untuk mengepin kandungan beli-belah ke profil anda selepas Cerita telah tamat tempoh.

  • Cipta kandungan dijanakan pengguna bersama-sama dengan pengikut anda. Jemput mereka untuk menyiarkan produk kegemaran mereka, kemudian pilih siaran yang paling anda sukai ke akaun anda menggunakan Tag Membeli-Belah.

  • Jemput Pencipta untuk menampilkan kit produk kegemaran mereka untuk dikongsikan merentasi Suapan dan Cerita. Pastikan kandungan mengandungi CTA yang jelas bagi membawa orang ramai ke Kedai Profil anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk yang ditampilkan.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA