Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi, Cerita kejayaan
Mengembangkan Perniagaan di Instagram: Brownie do Rapha
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA
Bermula di Juiz de Fora, Brazil, Brownie do Rapha telah dilahirkan dalam keadaan yang paling tidak berkemungkinan. Semasa Raphael sedang menyelesaikan major pendidikan jasmaninya, beliau telah tercedera. Tidak dapat menyelesaikan majornya oleh kerana kecederaan tersebut, Raphael menonton rancangan masakan sementara beliau pulih. Satu hari semasa menonton, Raphael melihat satu resipi brownie dan memutuskan untuk mencubanya. Selepas cubaan yang ke 10, Raphael menyatakan brownie tersebut telah menjadi dengan sempurna. Dan tidak lama selepas itu, orang ramai telah membayar kepadanya untuk membuat brownie tersebut.
Maju pantas ke hadapan ke tahun 2016 dan kini Raphael memiliki gedung fizikal dengan lebih 20 pekerja serta gedung dalam talian yang membuat penghantaran ke seluruh negara Brazil. Lebih daripada resipi brownie asas yang beliau telah mulakan, Brownie do Rapha dikenali untuk desertnya yang terlalu mewah, yang dihiasi dengan gula-gula, ising dan kadangkala ais krim juga. Dengan tawaran mengatasi segalanya dan menakjubkan secara visual sebegitu, pelanggan mula berkongsi foto brownie itu di Instagram.
Tetapi lebih daripada mencipta produk yang kerap dikongsi oleh pelanggan di Instagram, Raphael memberi penghargaan kepada platform bagi membantu perkembangan berterusan syarikatnya yang berperisa. “Ia membantu syarikat dengan membawanya lebih dekat kepada pelanggan kami, untuk menyampaikan inti pati syarikat kami dalam cara yang lebih peribadi,” kata beliau. Dan secara lebih khusus, Raphael memberi penghargaan kepada bantuan iklan video di Instagram dalam menggandakan hasil gedung dalam satu tahun.
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA