Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

7 Julai 2016

Memanfaatkan Sepenuhnya Daripada Iklan Dinamik

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Bulan yang lalu, kami telah melancarkan iklan dinamik di Instagram. Dengan format iklan baharu ini, pengiklan boleh mempromosikan produk berkaitan kepada pembeli yang melayari item di laman web atau aplikasi mudah alih mereka.

Perniagaan boleh memuat naik keseluruhan katalog produk mereka sekaligus dan iklan dinamik di Instagram akan secara automatik menyiarkan produk yang tepat kepada orang yang tepat pada masa yang tepat. Ini termasuk orang yang telah menunjukkan minat terhadap produk tertentu sama ada dengan cara melihatnya, menambahkannya ke troli mereka atau membeli produk lain di laman web atau aplikasi mudah alih.

Semenjak pelancaran iklan dinamik bulan lalu, ramai peruncit dan perniagaan e-Perdagangan telah menggunakannya untuk meningkatkan penukaran dan merendahkan kos setiap pemerolehan merentasi setiap peranti. Sebagai contoh, Birdwell Beach Britches bekerjasama dengan Rakan Kongsi Instagram adMixt untuk menyiarkan iklan yang menampilkan produk berkaitan dengan item yang telah dilihat oleh pembeli di lamannya. Dengan menyiarkan iklan dinamik di Instagram, Birdwell meningkatkan capaian kepada penonton sasarannya sebanyak 18% dan memperoleh 10% peningkatan dalam hasil yang boleh diatribusikan.

Mengembangkan kempen iklan dinamik Facebook ke Instagram bukannya perkara yang rumit. Sepanjang penyiaran kempen, kami telah meningkatkan capaian kepada penonton sasaran kami sebanyak 18% dan menggandakan pemulangan pada perbelanjaan iklan kami. Berdasarkan hasil tersebut, kami membuat keputusan untuk menggabungkan iklan dinamik merentasi Instagram dan Facebook sebagai komponen yang sentiasa hidup bagi rancangan pemasaran kami.
Geoff Clawson, Presiden Birdwell Beach Britches
Cipta iklan dinamik di Instagram
Iklan Dinamik untuk Kembara

Tahun ini dijangkakan bahawa 73% orang di AS akan menyelidiki perjalanan pada mudah alih. Oleh itu, untuk membantu pengiklan berhubung dengan orang yang merancang dan menempah perjalanan ke seluruh peranti, kami melanjutkan kuasa iklan dinamik di Instagram dengan dimensi kembara tertentu yang baharu hari ini. Dengan iklan dinamik untuk kembara, pengiklan kini boleh menunjukkan mesej berkaitan kepada orang yang telah menunjukkan minat dalam pengembaraan ke destinasi tertentu dan semasa tarikh tertentu.

Apabila seseorang melayari untuk hotel, iklan dinamik untuk kembara membolehkan pengiklan menunjukkan pilihan hotel kepada mereka yang berminat untuk membuat perjalanan. Iklan dinamik untuk kembara boleh menyilang penjualan hotel kepada orang yang juga mencari penerbangan sahaja. Dan untuk membantu mencipta pengalaman pengiklan dan pelanggan terbaik, pilihan hotel yang ditunjukkan termasuk ketersediaan dan harga dinamik supaya orang sentiasa melihat maklumat yang paling terkini. Pada masa ini, iklan dinamik untuk kembara tersedia untuk inventori hotel sahaja. Tidak lama lagi kami akan mengembangkannya kepada jenis inventori kembara lain.

Iklan dinamik Instagram

Dengan tambahan iklan dinamik untuk kembara, syarikat telah pun memperoleh faedah menyiarkannya di Instagram.

Iklan dinamik Instagram untuk kembara memudahkan kami untuk berhubung terus dengan orang yang merancang dan menempah perjalanan merentasi peranti. Kami telah memperoleh hasil yang kukuh semenjak pelancaran iklan dinamik untuk kembara dan kami merupakan pemilik hotel yang pertama melancarkan iklan ini di platform Instagram. Kami tidak sabar untuk terus menguji keupayaan penuh yang ditawarkan oleh iklan dinamik untuk kembara, termasuk ciri-ciri seperti harga dinamik, pemesejan tersuai untuk ahli HHonors yang telah habis tempoh, menempah penyasaran tetingkap dan sebagainya.
Dustin Bomar, Timbalan Presiden, Pemerolehan Digital dan Pemasaran Jenama di Hilton Worldwide
Mari bermula dengan iklan dinamik
Mari Bermula

Sama ada anda ingin menyiarkan iklan dinamik atau iklan dinamik untuk kembara di Instagram, anda perlu menyediakannya menggunakan tiga langkah yang sama:

Laksanakan piksel Facebook di laman web anda dan/atau SDK Facebook serta Acara Aplikasi dalam aplikasi mudah alih anda. Piksel Facebook dan Acara Aplikasi akan memberi anda laporan tentang kekerapan inventori anda dilihat atau ditempah.

Muat naik katalog anda ke Pengurus Perniagaan. Anda memerlukan katalog produk atau senarai harta hotel anda dan maklumat lain seperti lokasi, kelas hotel dan harga.

Cipta templat bagi iklan anda. Anda boleh mencipta templat iklan yang akan menyisipkan foto dan butiran secara dinamik daripada katalog anda berdasarkan tindakan yang diambil oleh orang di laman web atau aplikasi mudah alih anda.

Nota: Foto untuk iklan dinamik perlulah 500 x 500 piksel. (Kemas kini pada 10 Jun 2021 jam 3:30PTG PT: Syarat imej minimum 600 x 600 piksel kini 500 x 500 piksel.)

Lihat arahan langkah demi langkah yang lengkap

Jika anda ingin mempromosikan produk berkaitan atau hotel kepada orang yang melayari laman web atau aplikasi mudah alih anda, mari bermula dengan iklan dinamik atau iklan dinamik untuk kembara hari ini. Untuk maklumat lanjut, baca petua tentang menyiarkan iklan dinamik atau iklan dinamik untuk kembara dan tonton webinar kami: Amalan Terbaik untuk Memaksimumkan Kejayaan dengan Iklan Dinamik.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA