Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Inspirasi
Bersedia untuk Pertandingan Yang Besar
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA
Oleh kerana permainan 2016 akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja, orang di seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk menonton pertandingan yang berlangsung di Rio itu. Malah, lebih daripada setengah pengguna Instagram merancang untuk mengikuti pertandingan besar itu setiap hari dan 80% merancang untuk menontonnya sekurang-kurangnya sekali seminggu.1 Melalui kajian yang dikendalikan oleh penyelidik pasaran Gfk, kami mendapat tahu bahawa pengguna Instagram akan berbuat lebih lagi selain daripada hanya menonton pertandingan.
Tahun ini, lebih ramai orang akan menyertai acara tersebut pada mudah alih berbanding sebelum ini. Penyelidikan menunjukkan 52% pengguna Instagram menggunakan peranti mudah alih sambil menonton sukan di TV. Dan dua pertiga orang dalam komuniti kami kemungkinan akan melihat berita, cerita dan kandungan tentang pertandingan di Instagram dan Facebook.1
Selain daripada menggunakan peranti mudah alih semasa menonton sukan, komuniti kami gemar memakan snek. Semasa menonton sukan, 60% menikmati minuman dan 64% menikmati snek.1 Sedia maklum bahawa pengguna Instagram yang berminat dengan pertandingan besar itu melawati apl mudah alih 10 kali sehari secara purata, para pengiklan—seperti penaja rasmi pertandingan 2016, Skol—merakam penonton yang dahaga ini dengan kempen di Instagram.2
Untuk menimbulkan keseronokan pertandingan, Skol memutuskan untuk mencipta perwakilan acaranya yang tersendiri. Menerusi siri iklan foto dan video, pengilang bir menggalakkan penduduk Brazil untuk menayangkan sifat mereka yang menyeronokkan itu dan menjadi “atlet menyeronokkan yang sebenar.” Video utamanya mengajar orang “How to Torcer” — atau bergembira menyaksikan pertandingan tersebut dalam cara Skol yang menyeronokkan. Foto tambahan dan iklan video boomerang menunjukkan pengguna Instagram yang popular bermain How to Torcer. Semasa pertandingan, Skol akan menggunakan akaun Instagramnya untuk menunjukkan kandungan Torcer penjanaan komuniti yang terbaik.
Sebanyak 83% daripada pengguna Instagram kelihatan bersemangat tentang acara 2016 tersebut, oleh itu, manfaatkan situasi itu dengan berkongsi kreatif yang memutuskan kemenangan pertandingan.1 Kongsikan kandungan yang menggambarkan acara tersebut di samping sejajar dengan jenama, produk atau perkhidmatan anda. Sertakan satu atau dua tag cincang yang popular, seperti: #bomdia, #riodejaniero, #familia, #brasil, #rio dan #felicidad.2 Dan, sekiranya anda menjalankan kempen iklan pertandingan yang khusus, jangkau penonton dengan memilih minat penyasaran tertentu seperti olimpik musim panas 2016 atau pertandingan olimpik.
Sama ada anda berfikir tentang penyiaran iklan tertentu atau hanya berasa gembira tentang pertandingan besar tersebut pada suapan anda, dengan lebih daripada 250 juta pengguna Instagram menonton tahun ini, maka ini adalah masa yang terbaik untuk bertindak.
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA