Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Tip, Pengumuman
Mendorong Lebih Tindakan dengan Iklan Anda
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA
Semenjak pelancaran penyelesaian berdasarkan prestasi lapan bulan yang lalu—seperti pemasangan apl mudah alih dan iklan pautan penukaran tapak web—pengiklan telah memperoleh kejayaan mendorong tindakan dengan iklan. Malah, 58% daripada kempen jualan dalam talian seperti USTRAA memperoleh penaikan yang besar dalam penukaran dalam talian, 78% daripada kempen pemasangan apl mudah alih seperti Fablic memperoleh penaikan yang besar dalam pemasangan dan 71% daripada kempen prestasi Instagram seperti Too Faced memperoleh penaikan yang besar dalam tindakan.1 Perniagaan yang berjaya tersebut melihat objektif ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Bagi membantu perniagaan mendorong lebih banyak tindakan daripada pengguna, kami menyelidiki amalan terbaik untuk iklan berdasarkan prestasi di Instagram. Dan berikut ialah perkara yang kami temui.
Walaupun Instagram merupakan pemimpin dalam jangkauan mudah alih dan masa terluang, orang berkelakuan secara berbeza di mudah alih. Pengguna membeli-belah merentasi pelbagai peranti, kerap menemui produk pada satu peranti dan membuat pembelian di peranti yang lain. Dalam dunia mudah alih ini, Instagram merupakan tempat utama untuk penemuan. Tetapi lebih daripada penemuan, dalam tinjau semula pengguna Instagram, kami mendapati bahawa 75% orang mengambil tindakan selepas mendapat inspirasi daripada kiriman di Instagram.2 Disebabkan oleh pengalaman pengiklanan mudah alih sahaja Instagram, adalah penting untuk menyediakan kempen respons langsung dengan cara yang betul.
Apabila menyediakan kempen untuk mendorong tindakan di Instagram—seperti pemasangan, klikan atau penukaran apl ke tapak web atau iklan dinamik baharu—adalah penting untuk menyasarkan iklan anda dengan lebih meluas, bida nilai sebenar iklan anda, fikirkan mudah alih, jejaki laluan pengguna ke penukaran dan gunakan kreatif yang mengilhamkan tindakan.
1. Sasaran secara meluas: Untuk memastikan iklan anda menjangkau orang yang tepat, mula sasarkan kempen anda kepada khalayak yang lebih luas. Kemudian, setelah anda lebih memahami orang yang bertindak balas terbaik, anda boleh memperhalusi pendekatan sasaran anda dari semasa ke semasa.
2. Bida untuk penukaran: Jika matlamat anda adalah untuk mendorong tindakan di tapak web, bida untuk penukaran tapak web di sebalik klikan tapak web. Oleh kerana orang membeli belah dan menukar merentasi pelbagai peranti, objektif penukaran tapak web menyampaikan iklan kepada orang yang mungkin menukar pada mudah alih atau pada peranti lain.
3. Fikirkan mudah alih: Apabila menyiarkan kempen berdasarkan prestasi di Instagram, menambahkan Piksel pada halaman pendaratan anda atau SDK pada apl anda adalah kritikal dalam memaksimakan faedah kempen tersebut. Menggunakan Piksel dan SDK, anda boleh menjejaki secara automatik bilangan pengguna yang mengakses dan menukar pada tapak web atau apl anda daripada iklan anda. Dan ingat, jika anda membawa orang ke tapak yang lain daripada Instagram, pastikan halaman pendaratan anda dioptimumkan untuk mudah alih.
4. Jejaki laluan untuk pembelian: Oleh kerana iklan Instagram hanya di mudah alih dan orang membeli belah serta akhirnya menukar merentasi pelbagai peranti, kebolehlihatan ke dalam penukaran pada peranti lain adalah penting. Pastikan anda menyemak tindakan silang peranti dalam pelaporan iklan untuk melihat nilai yang Instagram ciptakan.
5. Cetuskan tindakan: Apabila mencipta iklan anda, berikan maklumat tentang produk atau perkhidmatan anda. Foto dan video anda harus turut mewakili jenama anda, oleh itu tambahkan pautan nod atau visual pada keperibadian perniagaan anda. Anda boleh menggalakkan orang untuk mengambil tindakan yang diingini dengan menambahkan butang seruan tindakan tertentu yang sejajar dengan objektif anda.
6. Sentiasa pertimbangkan faktor peletakan: Jika anda ingin menyiarkan kempen merentasi kedua-dua Instagram dan Facebook, perkara ini adalah yang terbaik bagi pengiklan yang pentingkan tentang keberkesanan ke atas penyampaian. Jika anda sedang mencuba mendapatkan penyampaian boleh diramal di Instagram, maka anda patut menyiarkan kempen secara berasingan.
Sama ada anda menyiarkan pemasangan, klikan atau penukaran apl mudah alih ke tapak web atau iklan dinamik baharu, sentiasa pertimbangkan semua amalan terbaik ini untuk mendorong lenih banyak tindakan dengan kempen anda.
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA