Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Cerita kejayaan, Inspirasi
Memacu Impak Perniagaan dengan Iklan dalam Cerita Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Setelah pelancaran secara global pada awal tahun ini, Cerita Instagram telah membawa perubahan dalam kaedah jangkauan perniagaan terhadap pelanggan mereka dan mendorong hasil. Dengan 200J pengguna Instagram yang menggunakan cerita setiap hari, pelbagai jenis jenama telah menjana cerita menggunakan keupayaan skrin penuh untuk berhubung dan terlibat dengan komuniti mereka di Instagram. Antara dua syarikat yang mengagumkan ini ialah Beats by Dre (@beatsbydre) dan Michael Kors (@michaelkors).
Terkenal dengan produk utama dan bunyinya, Beats by Dre telah mencari nafas baharu untuk menjangkau pelanggan yang berpotensi dan mempromosikan fon kepala tanpa wayar mereka yang terbaharu. Dengan khalayak sasaran mereka yang aktif di Cerita Instagram, jenama tersebut semestinya tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Bergandingan bahu dengan agensi media PMG, agensi pemasaran Laundry Service dan agensi kreatif Anomaly, Beats by Dre menghasilkan sebuah siri video kreatif dikhaskan untuk Cerita Instagram menggunakan paparan menegaknya yang semakin meningkat naik. Cerita pertama yang mempromosikan kempen jenama BeatsX telah menampilkan barisan selebriti berinteraksi menggunakan fon kepala dan menunjukkan salah satu daripada ciri inovatif mereka—earbud magnetik. Siri yang selebihnya memfokuskan warna koleksi jenama baharu Solo3 Icon, di bawa ke dunia sebenar menerusi penampilan produk dan visual yang menakjubkan.
Kesimpulannya, video tersebut membuahkan hasil kejayaan yang besar.
Menggunakan objektif klikan laman web di Cerita Instagram untuk menyasar dan mendorong kempen, Beats by Dre telah mencapai peningkatan sebanyak 11x dalam trafik laman web, 16x dalam penglibatan pengguna unik, peningkatan 29% dalam kenaikan pembelian dan 15% kadar klikan terus yang lebih tinggi (berbanding saluran pengiklanan yang lain).
Tidak asing lagi dengan penggunaan teknik untuk berkongsi cerita mereka kepada dunia, Michael Kors memilih Rakan Kongsi Pemasaran Facebook VidMob untuk membantu mereka mendorong panggilan semula, pembelian dan pendapat keseluruhan bagi jam pintar mereka yang terbaharu iaitu Michael Kors Access.
Dengan fungsi video produk menegak 30 saat, VidMob telah berjaya mengubah tumpuan asal kepada siri video menegak yang menarik (2, 6, 10 dan 15 saat) untuk ditampilkan di Cerita Instagram. Potongan ini membolehkan jenama untuk menguji durasi video yang sesuai dengan khalayak wanita mereka yang disasarkan di UK, berumur 18 hingga 54 tahun.
Kempen tersebut bukan sahaja mendapat sambutan di Instagram, malah ia telah menjana statistik kenaikan memberangsangkan bagi jenama jam pintarnya yang terbaharu—peningkatan 23.7 mata dalam panggilan semula iklan dan 8.8 mata dalam kesungguhan abagi kedua-dua penanda aras daerah dan industri.
Setelah cerita terus berkembang di Instagram sebagai alat membantu perniagaan seluruh dunia, kami berasa teruja untuk melihat komuniti jenama memanfaatkan kebolehan iklan unik untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dan menyampaikan lebih banyak cerita.
Untuk melihat bagaimana perniagaan lain seperti Beats by Dre dan Michael Kors menggunakan Cerita Instagram untuk mendorong hasil, terokai Instagram untuk Perniagan untuk melihat lebih banyak cerita kejayaan.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA